CHP 1

Romance Series 55119

Dayen sedang meneliti komputernya, satu persatu kekunci papan tu ditekan. Sambil sempat dia menjeling ke arah jam mejanya yang semakin berdetak menunjukkan hampir ke jam berikutnya.

"Dato... Are you ready?" Soal Sham, sambil menyusun failnya yang akan mereka gunakan untuk mesyuarat selepas ini. "Dah.. aku dah lama sedia. Jom." Kata Dayen, lebih tepat Dato Dayen Dylan, jutawan muda yang mempunyai segalanya.
***

"Iryna.. lawa tak bunga ni kalau kita beli? Sesuai kan gubahannya kalau kita letakkan dalam tiga tona warna?" Soal bosnya di kedai bunga, Puan Marini.

"Ya Puan. Cantik ini, kita beli banyak sikit. Saya tahu nak buat apa dengan gubahan ni nanti." Senyum Iryna atau nama sebenarnya Iryna Irsha, gadis naif yang meminati bunga.

"Errr.. Puan Marini, Iryna nak ke sana kijap ye." Kata Iryna. Sambil meninjau ke arah bunga yang seterusnya. Puan Marini hanya tersenyum melihat tingkah laku pekerjanya dan menganggapnya sebagai anak sendiri. Kisah Iryna Irsha sudah diketahui olehnya. Namun, dia cuma berharap agar kisahnya satu hari nanti akan bahagia.
***
"My pleasure to meet young billionaire from Malaysia, thanks for showing interest to our hotel." Kata salah satu pemegang salah satu hotel di Paris. Dayen hanya tersenyum, dia membeli hotel ini kerana ada potensi. Terletak di tengah-tengah bandar Paris, kota cinta sudah semestinya akan memberikan banyak peluang kepada mereka.

"Excuse me, i still have a work to do, if you need anything, just contact my assistant." Kata Dayen, laju dia meninggalkan mesyuarat tersebut. Bukan apa, dirinya sekarang dalam persiapan untuk mengahwini seseorang. Dia menghubungi keluarga di Malaysia.

"Assalamualaikum Uncle, saya ni Dayen. Saya nakkan dia! Selepas ini, saya akan terus hantar rombongan, and please remember our promise six years ago." Tegas nada Dayen. Dia tidak sabar memperisterikan seseorang.

"Nak Dayen.. bukan apa, pak cik risau Iryna.. dia.." belum sempat Pak Ahmad bercakap dipotong oleh Dayen, "saya tak nak dengar alasan Uncle, hujung bulan ini.. Irsha kena jadi isteri saya. Dan, Uncle tahukan .. apa masalah yang Uncle akan dapat kalau Uncle mungkir janji." Kata Dayen, terus mematikan telefon.

"Bukan kah perkara itu sedikit kejam Dato?" Soal Sham, sedikit patuh. "Ya, kejam.. untuk masa sekarang. Tapi, aku dah janji akan bahagiakan dia. Kau jangan banyak cakap. Sediakan semua dulang, pastikan semuanya sempurna dan terbaik!" Kata Dayen. Sham hanya menganggukkan kepalanya dan keluar daripada bilik Dayen.

Dayen melihat gambar dia dan seorang perempuan sewaktu kecil. Terlayar kembali kenangan mereka bersama.
***
(IMBAS KEMBALI)

"Budak gemok! Gemok! Gemok!" Rakan sekelasnya mengejek dirinya yang berbadan gempal dan pendek, walaupun dia sebenarnya sudah berada di tahun lima, namun disebabkan tubuh badannya yang gempal dan rendah menyebabkan dia menjadi bahan usikan rakannya.

Dayen terus berlari ke arah kolam sekolah. Dia tidak tahan mendengar ejekan kawan-kawannya. Dayen cuba mengambil batu dan membaling batu tersebut ke arah kolam. "Eh, awak.. jangan lah buat macam tu, tak baik. Nanti ikan mati." Kata seorang budak perempuan yang entah muncul dari mana bersama bunga di tangannya. Dayen hanya diam sambil menahan tangisnya daripada pecah. "Kenapa nangis?" Soal budak perempuan tersebut, "kawan jahat. Dia ejek saya." Kata Dayen. Budak perempuan itu hanya tersenyum, "nah bunga.. jangan lah nangis lagi. Nama saya Iryna Irsha. Nama awak siapa? Awak kelas berapa? Saya tahun satu." Kata Iryna. Dayen hanya diam memandang kolam di hadapannya. "Saya panggil awak Ontel lah ya. Sebab awak tak kenalkan nama." Kata Iryna. Dayen hanya memandang bunga kuning di tangannya. Kedengaran bunyi lonceng menandakan masuk kelas.

"Kelas awak dekat mana Ontel? Mari saya hantarkan. Jom." Kata Iryna Irsha. Dayen hanya berjalan di belakang Iryna Irsha, takut-takut budak pembuli masih ada di sana. "Ni kelas awak? Awak darjah lima lah.. jangan lah nangis lagi. Nanti kita jumpa esok ya Ontel. Bye..." Kata Iryna Irsha, hanya melambaikan tangannya ke arah Dayen.
***
(SEKARANG)

Dayen hanya tersenyum mengenangkan kisah lamanya. "Tak lama lagi Irsha, izinkan saya gembirakan awak pula." Kata Dayen. Masih merenung gambar mereka berdua.
***
Iryna sampai ke rumah hampir petang. "Mak, ayah.." panggil Iryna. Tiada sahutan daripada mereka. Dia menuju ke dalam rumah. Sambil tu, sempat dia melihat gambar mereka sekeluarga. Kadangkala dia tertanya, kenapa wajahnya tiada langsung persamaan dengan mama dan ayah mereka, termasuk Kak Halisa dan adiknya, Idham.

"Iryna.. dah makan ke?" Soal mamanya. " Dah ma, mama dengan bapa dah makan?" Soal Iryna. Namun, belum sempat Mamanya membuka mulut. "Iryna.. bapa nak cakap sikit." Kata Bapanya. Iryna menganggukkan kepalanya, menuju ke meja makan.

"Kenapa Pa?" Soal Iryna. "Bapa nak kamu berhenti kerja." Tutur bapanya, lembut. "Ahh??" Terkejut Iryna. Bapanya seakan rasa bersalah untuk memberitahu hal yang tepat kepada anaknya, bagaiman caranya untuk memberitahu bahawa anaknya akan berkahwin tak lama lagi.

"Bapa dah terima perminangan daripada seseorang." Kata Bapanya. "Pa, saya tak nak kahwin, saya belum rasa nak kahwin, Pa. Saya masih muda, baru 23 Pa. Iryna masih nak bekerja, masih nak hidup bujang Ma. Pa.. lagipun Iryna tak kenal dengan lelaki ni, kenapa bapa terima perminangan daripada orang yang Iryna tak kenal." Luah Iryna.

Bapanya dan Mamanya hanya melihat antara satu sama lain. "Kalau Iryna tak nak.. tak apalah.. Nanti Mama dan Bapa fikir, macam mana nak ganti semua ni balik?" Soal Bapanya. "Semua ini balik? Maksud Bapa apa?" Soal Iryna. "Bapa ada buat perjanjian.. kahwinkan Iryna dengan dia.. demi rumah dan hutang-hutanh yang dulu Bapa tanggung." Jujur bapanya.

Iryna terkejut mencari sinar kejujuran dari Mamanya. Iryna mulai menangis, "Iryna tak nak mak.. Iryna tak nak kahwin." Tangisnya pecah. Bapa dan Mamanya yanh menarik nafas. "Ya.. kalau Iryna tak nak.. nanti Bapa dan Mama selesaikan hutang dengan dia." Kata Bapanya. Seakan dia bersalah dengan anaknya.

Halisa dan Idham disebalik pintu mendengar kesemuanya. "Aishh.. anak pungut ni, tak habis-habis nak menyusahkan kita. Dah disuruh tu, kahwin jelah." Kata Halisa. "Apa yang kak long bising-bising ni?" Kata Idham. "Yalah, kau fikirlah.. mana kita nak cekau duit nak bayar balik dengan lelaki tu. " Marah Halisa. "Takpe kak. Esok pagi, kita mentalkan c Iryna tu." Kata Idham.
***
Dayen hanya diam melihat gambar Iryna. Panggilan daripada Malaysia sedikit membuat hatinya sakit. Katanya Iryna tidak mahu berkahwin dengannya. "Dato.. saya rasa kita ni terlalu kejam kan?" Soal Sham.

"Tak.. aku tak kira! Aku nak dia juga." Kata Dayen.

Hai Readers.. Bertemu lagi. P/s : Mesti ada yang dah baca cerita ini. Kalau yang dah baca tu, terima kasih Killa ucapkan. Cuma, nak pesan.. cerita ini sudah diberi nafas baharu.. yang baru nak baca, terima kasih juga Killa ucapkan. enjoy reading, readers.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience