BAB 14

Romance Completed 13766

Sejurus sampai di dalam rumah, Aqisha memberi salam.

"Assalamualaikum.. Aqish dah balik.."

"waalaikumsalam Aqish. Aqish dari mana ni? Jam sekarang baru balik?"

Puan Maisarah yang sedang berada di dapur segera didekati. Tangan tua itu disalam dan dicium dengan penuh hormat.

"Maaf ma. Aqish lewat balik sebab kereta Aqish masuk ICU. Tadi kawan yang hantarkan.."

"Hah? Kenapa dengan kereta Aqish???"

"Dalam perjalanan balik, kereta Aqish bertembung dengan kereta dari arah depan. Habis kemek bahagian depan kereta Aqish. Tu yg bawak pegi bengkel tadi tu.."

"Astaga anak aku.. Aqish okay? Ada cedera di mana-mana ke?"

Tubuh Aqisha dibelek satu persatu. Tak puas dibelek, dipusing-pusingnya badan itu untuk mencari cacat cela. Risau benar hati seorang ibu.

"Ape ni mama. Aqish pening la mama pusing-pusing badan Aqish. Aqish okay ma. Takde cedera pun. Kereta Aqish je yang kemek. Anak mama masih dalam keadaan sempurna.."

Aqisha menenangkan mamanya seraya tersenyum manis. Pipi Puan Maisarah dikucup lembut. Kedua tangan ibunya digenggam kemas.

"Syukur alhamdulilah kalau Aqish tak cedera. Risau mama.. Aqish satu-satunya anak mama. Kalau mama hilang Aqish, tak tahu la apa yang jadi dengan mama nanti.."

Puan Maisarah menundukkan kepala. Sebak memikirkan jika dia harus kehilangan anak kesayangannya itu. Aqisha yang perasan perubahan Puan Maisarah pantas memeluk kejap mamanya.

"Mama.. Jangan cakap macamtu.. Aqish sayangkan mama. Tak mungkin Aqish akan bahayakan nyawa Aqish.. Yang penting, Aqish masih lagi berada di depan mama. Yang peluk mama ni, still princess mama yang selalu mama gomol, peluk, geletek dan semuanya.. I love you, mama.."

Aqisha meleraikan pelukan. Wajah tua itu dipandang dengan penuh kasih. Terdapat sedikit senyuman diukir di bibir Puan Maisarah.. Aqisha lega hati mama nya berjaya dipujuk.

"macamtu la My Beauty Adorable Queen. Senyum selalu kan comel. Kalah anak dia.. Tak aci tak aci."

Makin lebar senyuman Puan Maisarah. Hidung Aqisha dicuit lembut.

"Merajuk tak padan dengan umur. Dah. Pergi mandi. Lepastu turun. Kita makan sama-sama. Tak lama lagi papa Aqish balik.."

"yeahhh.! Makan..! Lauk ape harini ma??"

"Rahsia. Dah dah. Pergi mandi. Kalau lambat, lauk habis.."

"mama.....janganlaa.... Kebulur Aqish nanti.. Tadi kata sayang dengan Aqish..."

"kalau taknak kebulur. Siap cepat! Mama kira sampai 3. Tak cepat mandi, tiada lauk untuk Aqish.. Satu....."

Aqisha menarik muncung. Membuat muka seposen.

"Duuuuuuuu........aaaaaaa"

Aqisha mulai cuak. Biar betul mama dia ni?? Tapi apa yang tak betul nya. Mama dia jenis strict..!

"Tiiii......."

Bushhhhhhh! Aqisha membuka langkah seribu naik ke tingkat atas. Tak sampai seminit pintu bilik kedengaran ditutup menandakan Aqisha sudah sampai di dalam bilik. Puan Maisarah hanya tersenyum melihat gelagat Aqisha. Dengan Aqisha yang berbadan montel, boleh masuk sukan pecut 100m.
Puan Maisarah mulai memasak lauk-lauk kesukaan suaminya serta Aqisha. Tidak sabar berkumpul bersama-sama sebentar sahaja lagi. Dia memandang jam di dinding sekilas. Sudah pukul 7.30 malam. Suaminya bila bila masa akan pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience