Chapter 8

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 8

"Arghhhh!! Panas! Panas! Lepaskan aku!"

Menggelupur Mak Salima menenangkan Surya yang meracau sejak tadi. Haron cuma memegang kaki Surya atas arahan maknya. Surya seakan sedang diseksa dengan sesuatu. Suara Surya juga berubah-ubah menjadi beberapa suara. Sekejap suara wanita, sekejap suara garau sekejap seperti haiwan. Mengaum.

Selepas sejam lebih bertarung, dengan bantuan Haji Latiff, pak imam kampung itu dan juga guru silat, Surya ditenangkan. "Ada sesuatu budak ni. Ada benda sukakan dia. Bukan satu. Tapi dua."

"Macam mana tu, pak haji?" Haron seakan pelik.

"Pak cik rasa, ada yang cuba wariskan saka pada dia. Saka bukan daripada turutan warisnya. Dan satu lagi ada makhluk yang sukakan dia. Jadi, dua makhluk ni berebut mahukan dia. Bahaya ni."

"Bahaya macam mana tu, pak haji?"

"Silap hari bulan, budak ni boleh mati."

Seperti drama sinetron, akan dipamer wajah kaget dan dizoom beberapa kali bersama lagu penuh suspen. Haron terkedu apabila Haji Latiff menekankan perkataan mati itu. Terlalu rakus mahu wariskan sesuatu yang tidak pasti hingga mahu mengorbankan nyawa orang.

Pagi itu, Mak Salima menjaga Surya. Tubuhnya pucat, menggigil ketakutan. Seakan trauma. Berkali-kali juga dia meminta dipeluk oleh Mak Salima. Takut. Diusap lembut kepalanya. Mentalnya seakan diganggu. Psiko. Sedikit demi sedikit bubur disuap.

"Makcik, tolong saya..." Suara Surya seakan merayu. Matanya berkaca dan mngalir juga air mata. Mak Salima cuma mampu mengeratkan lagi pelukan. Dia tahu ada sesuatu pada Surya.

*

Maghrib menjengah lagi. Azan dilaungkan penuh semangat menyeru umat Islam untuk beribadah. Tapi, ada saja anak-anak watan yang endahkan saja. Haron menongkatkan motornya betul-betul di hadapan tangga masjid. Seakan VIP.

"Assalamualaikum, Haron. Macam mana budak tu?" Tegur Haji Latiff selepas mengelap muka basah dengan sapu tangannya.

"Oh.. Waalaikumussalam... Alhamdulillah tapi macam gitu ajelah."

"Hah... Haron dengar cerita bawak balik perempuan..." Tegur Sulaiman, rakan karibnya yang muncul dari belakang Haji Latiff. "Dahlah tak bagitahu aku. Senyap-senyap aje ye."

"Banyaklah kau. Budak tu sesat dalam hutan. Aku tolong aje."

Mereka bertiga beriringan menuju ke saf menunggu iqamat.

"Malam ni, rasanya ada benda akan jadi pada budak tu..." Haji Latiff berasa tidak sedap hati.

"Eh... Kenapa pulak pak cik?"

Solat dilaksana selepas iqamat dilaungkan.

**

Adila berteleku di hujung katil. Mengemas barang Surya yang ada. Supaya lebih rapi. Walaupun sudah beberapa kali dikemas.
Kali ini dia membuka laci Surya. Fikirannya secara rawak seperti mencari sesuatu. Belek punya belek...

"Cincin apa pulak ni?" Sebentuk cincin emas putih dengan batu zamrud hijau gelap dibeleknya. Di tengah zamrud itu terdapat satu titik aneh. "Tapi, ni cincin lelaki... Salwa... Tengok ni..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience