BAB 13

Crime Completed 2825

Semuanya bermula pada detik itu. Ketika saya dan isteri berjalan kaki di Kuala Lumpur, seorang lelaki telah meragut beg tangan isteri saya. Perbuatannya itu tidak dapat saya maafkan. Kerana perbuatan peragut itu isteri saya telah mati.

Saya berlari mengejar peragut itu tanpa menyedari isteri saya turut mengejar dari belakang dan sebuah kereta keluar dari satu susur telah melanggarnya. Dia mati di situ. Peragut itu meloloskan diri. Namun wajah peragut itu tidak pernah luput dari ingatan saya. Seminit sebelum beg tangan isteri saya diragut, si peragut itu datang kepada kami berpura-pura bertanya jalan. Seminit kemudian dia datang kepada kami untuk melakukan jenayahnya.

Sejak itu saya bertekad mencari peragut itu dan membuat keputusan untuk membunuhnya jika berhasil ditemui. Banyak pembunuhan yang telah saya lakukan dan tidak seorang pun yang mempunyai wajah yang saya cari selama ini. Namun tidak pada malam ini.

Wajah yang saya cari sejak sekian lama telah saya temui dan tadi dendam saya telah terlerai. Terima kasih pada seorang lelaki yang telah mencopet dompet saya ketika di stesen LRT seminggu yang lalu.

Kerana dia saya menemui apa yang saya cari selama ini. Bahkan dia, lelaki yang mencopet dompet saya itu antara sasaran saya pada mulanya. Namun semuanya berubah dalam sekelip mata dan dia yang pada mulanya sasaran berubah menjadi klien.

Saya fikir kejujurannya adalah kunci kenapa dia terlepas dari dibunuh oleh saya. Lima minit sebelum saya bersedia mahu menamatkan riwayat hidupnya, saya tersedar sesuatu.

Saya memeriksa telefon saya dan Ya! nombor telefon si pensyarah yang diberi olehnya untuk dihubungi juga merupakan nombor yang sama di dail oleh perempuan yang dicopet olehnya ketika di laluan pejalan kaki stesen LRT Pasar Seni. Itulah punca saya berubah fikiran dan mula mempercayainya.

Saya fikir kini dia sedang menonton tv bersama emaknya dan mungkin lebih menghargai hidup.

Pembunuhan itu tadi merupakan yang terakhir saya lakukan. Selepas ini saya akan cuci tangan. Saya sudah menemui tujuan akhir sebagai pembunuh upahan. Ini hari terakhir saya bergelar pembunuh upahan.

Tiada lagi prinsip seorang pembunuh upahan yang saya pegang dan tiada lagi istilah sasaran seterusnya, namun suka saya mengingatkan

“Whoever commits murder shall be punished with death.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience