Rate

BLACK ROSE (broken inside) 20

Drama Completed 921510

Mawar masih diam tanpa menjawab soalan dari Syakir. Syakir pula masih lagi menanti dan menunggu kata-kata dari Mawar. Namun, apabila dia melihat Mawar seolah tidak mahu menjawab pertanyaan tersebut, Syakir mengalah.

"It's okay kalau you tak nak jawab soalan I," kata-kata Syakir meluncur bersama renungan yang tajam. Dia tidak mahu memaksa Mawar lagi. Dia tahu sikap keras kepala wanita itu. Jika diletak pisau sekali pun ke leher Mawar, wanita itu pasti tetap dengan pendiriannya.

Keras kepala!

"You tahu tak disebabkan you, restoran ni viral. Viral ni ada dua sebab. Satu sebab benda baik, satu lagi sebab benda bodoh atau buruk. So, you rasa restoran ni viral sebab apa? Perkara baik atau buruk?" suara Syakir kembali keras. Dia tidak lagi memandang wajah Mawar. Matanya tertumpu kembali pada skrin komputer. Jari telunjuknya pantas menekan tetikus yang berada di atas meja.

"Look here. You pukul lelaki tu teruk Mawar. You baca tak semua komen dalam tu? Ramai kecam you. Kecam Aydean and of course our restoran. Sebab you, habis semua terpalit," Syakir menghalakan skrin komputer menghadap ke arah Mawar. Mawar angkat muka. Matanya tertumpu ke arah skrin komputer. Namun, riak wajah dingin Mawar membuatkan hati Syakir sebal. Wanita itu seolah-olah kelihatan tidak peduli dengan apa yang berlaku.

"Mawar, you dah membawa imej buruk pada restoran ni. I menyesal sebab tak dengar cakap Dean. I hire seorang samseng dalam restoran I," sinis kata-kata Syakir saat itu. Mawar menarik nafas dalam. Dia bangun dari duduknya. Apron dibuka dan diletak ke atas meja Syakir.

"Encik Syakir boleh berhentikan saya," tenang kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Mawar. Dia berjalan menuju ke pintu pejabat. Syakir tarik nafas dalam. Hilang sabar dengan sikap Mawar.

"Tengok perangai you. Tak boleh ditegur! You ingat hidup you hanya tentang diri you sahaja? Tengok sekeliling Mawar! You ada kerja yang you kena jaga! You ada sikap yang you kena bawa! You pergilah mana-mana pun, if you jenis tak boleh ditegur, you tak kan kekal dengan siapa-siapa pun!" kata-kata itu bagaikan ledakan bom yang memecahkan angkasa. Nampak benar Syakir sudah hilang sabar dengan sikap Mawar. Matanya mencerlung ke arah Mawar. Sungguh Syakir sudah tidak dapat mengawal amarahnya terhadap wanita itu.

"It's okay encik Syakir. Sikap saya tanggungjawab saya. Tak perlu encik Syakir risaukan. Saya kekal atau tidak dengan sesiapa pun, bukan masalah encik Syakir. So, tak perlu fikir," balas Mawar tenang. Wajah Syakir dipandang. Mata mereka bertaut. Namun, mata Mawar yang tenang itu, mengendurkan amarah Syakir secara tiba-tiba. Terbit satu perasaan saat mata mereka bertembung.

"Anyway, thanks sebab sudi hire saya di sini," tambah Mawar sambil melarikan anak matanya ke arah lain. Tak sanggup dia bertentang mata dengan Syakir lebih lama. Bimbang air matanya tumpah. Lantas Mawar memulas tombol pintu dan keluar dari ruangan itu.

Syakir mendengus kasar. Wajah diraup dengan kedua belah tapak tangan. Sungguh wanita yang bernama Mawar itu telah membuatkan Syakir keliru dan serba salah. Setiap balasan kata-kata Mawar pasti akan membuatkan mulutnya terkunci serta merta. Hilang kata-kata.

MAWAR berjalan pantas menuju ke lokar krew. Dia membuka peti lokarnya dan mengambil segala barang yang ada di dalam lokar tersebut. Di sumbat ke dalam beg sandang miliknya. Mawar cuba menahan perasaan dari menghamburkan tangisan. Kepalanya ligat memikirkan tentang sumber pendapatannya akan datang. Mata dipejam seketika. Cuba mencari semangat yang hilang. Dia meneguk air liur sendiri dengan hati terkilan. Perlahan nafas dihela.

Mungkin rezekinya di restoran itu sudah terhenti. Fikiran Mawar menderas cuba memikirkan di mana harus dia mencari rezeki selepas ini. Wajah diraup perlahan. Dia termenung seketika di lokar miliknya.

Beberapa minit kemudian, Mawar kembali mengosongkan lokarnya.
Setelah itu, Mawar melangkah keluar dari situ. Kelihatan dari jauh susuk tubuh Siti seolah sedang mencari Mawar. Siti mendekati Mawar sebaik sahaja melihat kelibat Mawar.

"Kak Mawar, ada sorang uncle ni nak jumpa," kata Siti sambil menarik tangan Mawar membawanya ke arah ruangan restoran. Mawar terpinga. Namun, langkah kaki hanya menurut tanpa membantah.

Kaki Mawar terhenti apabila melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya. Hati Mawar bagaikan bergayut dengan sebeban debaran. Puas Siti cuba menarik Mawar menghampiri lelaki itu. Namun, kakinya seakan memaku di situ.

"Kak.. Tu uncle tu. Pergilah," Siti menyedarkan Mawar dari lamunan apabila melihat Mawar masih tidak berganjak dari situ. Perasaan yang dirasuk kebimbangan cuba dikikis sedikit demi sedikit. Air liur ditelan terasa berpasir. Setelah Siti beredar, perlahan Mawar melangkah ke arah susuk tubuh yang dimaksudkan.

Sebaik sahaja dia berdiri di hadapan lelaki tua itu, Dato' Khalid mengangkat wajah merenung Mawar. Dato' Khalid terpaku seketika tatkala melihat penampilan anak gadisnya itu. Wajah tenang Mawar direnung lama. Mawar memandang Dato' Khalid dengan pandangan kosong.

"I'm impress melihat penampilan you. But, your attitude still the same, Kirana! Tak guna pakai tudung begini, if you punya perangai masih seperti dulu!" keras suara Dato' Khalid menghina anak gadisnya sendiri. Penuh sindiran yang sinis, kata-kata itu bagai menghiris hati Mawar. Pelanggan yang berada di situ mula melihat adegan tersebut.

"Kenapa you pukul Johari?? You marah dia sebab benda ni?" soal Dato' Khalid sambil menunjukkan salinan surat untuk Mawar tanda tangani. Mawar masih merenung Dato' Khalid. Sungguh dia rindu akan wajah itu. Dia rindukan ayahnya. Namun, sikap Dato' Khalid tetap sama. Masih menghukum dirinya.

"Dasar penagih dadah! Pelacur!! You ingat I akan serahkan syarikat untuk diuruskan oleh orang macam you??" suara Dato' Khalid mula meninggi. Jarinya ditunjuk-tunjuk ke arah Mawar seakan melepaskan geram.

Mawar masih tegak berdiri di situ tanpa memberi sebarang reaksi. Walaupun kata-kata Dato ' Khalid seakan menikam-nikam hatinya. Namun, dia tetap menatap wajah yang dia rindui selama beberapa tahun ini.

"What are you looking at? You nak pukul I pula???" suara Dato' Khalid mula memenuhi ruang restoran. Syakir yang baru sahaja melangkah keluar dari pejabat, tergesa-gesa menghampiri Mawar.

"Mawar, you buat apa lagi ni???" soal Syakir tanpa menyiasat perkara sebenar. Dia menyangka Mawar cuba memberi masalah sekali lagi. Mawar diam. Matanya masih tertumpu pada Dato' Khalid. Dia cuba menahan airmata, tetapi matanya tetap bertambah kelam. Dada mula terasa sebak dan perit. Namun, tetap ditahan kuat dan erat. Agar segala perasaan itu tidak dikeluarkan tika ini.

"I akan sign kertas tu, Dato' Khalid. But, with one condition," ujar Mawar masih tenang. Dia tidak mempedulikan kehadiran Syakir di situ. Syakir terpinga seketika. Matanya silih berganti memandang ke dua-dua susuk tubuh di hadapannya. Dia masih tidak jelas apa yang sedang berlaku saat ini.

'Dato' Khalid??' detik hati Syakir.

"Syarat? You rasa you layak letak syarat pada I?" soal Dato' Khalid mula bengang apabila Mawar meletakkan syarat sebelum kertas itu ditanda tangani olehnya. Namun, melihat akan wajah dingin Mawar, Dato' Khalid sudah malas mahu berbalah. Dia hanya menunggu Mawar menghabiskan kata-katanya.

"I mahu syer I diserahkan pada Qistina. Bukan Zaryn atau Johari atau Aunty Zahlia. Jika tidak, I sendiri akan hire lawyer untuk dapatkan hak I," jawab Mawar dengan senyum paksa. Namun senyuman itu, tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya. Walaupun dia tahu dia tidak mampu untuk mengupah peguam, tetapi, sengaja dia menggertak Dato' Khalid.

Syakir yang berada di sebelah Mawar terkedu seketika tatkala mendengar kata-kata Mawar. Baru Syakir dapat menangkap kenapa anak Dato' seperti Mawar bekerja keras untuk menampung hidup. Rupa-rupanya ada perkara yang berlaku antara Mawar dan ayahnya sendiri iaitu Dato' Khalid.

"What?? Berani you menentang I? You bekerja direstoran seperti ini and you bermimpi nak hire lawyer untuk menentang I, Kirana??" sinis Dato' Khalid melontar kata. Lelaki itu melepas tawa mengejek. Dia tidak sangka Mawar akan menentangnya sebegitu. Tiada lagi rayuan seperti dulu dari anak gadisnya itu. Mawar yang sekarang, kelihatan lebih berani. Dato' Khalid sedikit sebanyak kagum dengan perubahan sikap Mawar. Kalau dahulu, Mawar masih bergantung harap pada harta miliknya, kini anak gadisnya itu sudah tidak kisah lagi. Dan tiada lagi rayuan memohon maaf dari Mawar.

"Take it or leave it?" perlahan Mawar menutur kata. Tetapi, masih bisa didengari oleh Dato' Khalid. Tidak menunggu lama, Mawar mengangkat kaki melangkah melintasi Dato' Khalid yang masih berdiri di situ.

Dato' Khalid pula memandang sekilas ke arah Mawar yang baru sahaja melintasinya. Dengusan kasar sengaja dilepaskan. Kemudian, matanya dihala ke arah Syakir yang masih terpinga-pinga sejak dari tadi. Mereka bertukar renung. Tanpa bicara, Dato' Khalid turut keluar dari restoran meninggalkan ruangan itu.

Terbit rasa kasihan di hati Syakir terhadap Mawar. Barulah dia dapat menangkap serba sedikit apa yang berlaku antara Mawar dan ayahnya. Sungguh Syakir kasihan dengan Mawar seakan hidup tanpa meneguk sepuasnya kasih sayang dari seorang ayah.

××××××××××

Mawar melangkah masuk ke dalam pusat latihan kickboxing art itu. Dia yang masih berpakaian restoran duduk termenung di satu sudut. Fikirannya seakan kosong dan buntu. Entah mengapa kakinya melangkah ke pusat latihan ini.

Sejak dari restoran Mawar cuba menahan airmatanya dari mengalir. Namun, berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak mata. Sayu dan pilu menghambat perasaannya tika ini. Kekesalan hatinya terhadap Dato' Khalid begitu bertubi-tubi datangnya. Dia tidak membenci lelaki itu, tetapi, setiap kata-kata Dato' Khalid bagai mencurahkan cuka di kelukaan hatinya. Pedih dan sakit. Itu yang dirasakan Mawar tika ini.

Zack yang perasan akan kehadiran Mawar di pusat latihannya, terus menghampiri wanita itu. Hatinya diburu rasa bimbang apabila melihat air mata wanita itu mengalir membasahi wajahnya.

"Mawar, are you okay?" soal Zack cemas. Dia bimbang melihat Mawar sebegitu. Dia melabuhkan punggungnya di hadapan Mawar. Matanya tepat memandang ke arah mata Mawar. Mawar tunduk wajah. Tidak mahu dilihat dengan keadaan sebegitu. Dia malu. Airmata dikesat perlahan. Nafas ditarik dalam. Dia cuba menenangkan hatinya sendiri.

"Mawar what's wrong? Bagitahu aku kenapa?" soal Zack sedikit keras suaranya. Mawar geleng kepala tanda tidak mahu membahas perkara tersebut. Dia bangun dari duduknya. Perlahan kaki melangkah ke arah punching bag yang tergantung di sebelah kanan sudut latihan.

Mawar berdiri di situ. Punching bag jenama Everlast yang berwarna hitam itu direnung lama. Wajah Johari muncul saat ini. Dadanya berombak kencang secara tiba-tiba. Kebencian terhadap Johari terpateri jelas dalam ingatannya. Zack hanya memerhati setiap tingkah laku Mawar dari duduknya. Dia pasti, wanita itu ke sini untuk melepaskan kemarahan melalui tumbukan pada punching bag tersebut.

Tiba-tiba, Zack teringat akan video yang tular sejak semalam. Iye, wanita di dalam video itu adalah Mawar! Tentu segalanya ada kaitan dengan video tersebut. Zack yakin, Mawar tidak bersalah. Pasti ada sebab kenapa Mawar memukul lelaki di dalam video itu.

Tumbukan bertalu-talu di halakan ke arah punching bag tersebut. Padu dan kuat tumbukan Mawar. Wajah Johari seakan muncul setiap kali tumbukan dilepaskan di dada punching bag itu.

"Aaarrggghhhhhhh......!!!!!!!" tumbukan terakhir yang padu di berikan seiring dengan jeritan kemarahan dari mulut Mawar. Zack dan beberapa peserta latihan yang lain agak terkejut saat mendengar jeritan Mawar itu. Masing-masing memandang ke arah Mawar.

Mawar terjelepok jatuh ke lantai dengan linangan air mata yang sudah tidak dapat ditahan lagi. Esakan Mawar bergema di ruangan pusat latihan itu. Zack meraup wajah. Dia bangun dari duduknya menghampiri Mawar.

"Mawar, jom masuk office aku," lengan Mawar ditarik perlahan. Mawar memberatkan badan tanda tidak mahu berganjak dari situ. Esakannya mendayu-dayu berlagu di bibir. Zack menyangkung sambil melihat wajah Mawar yang sudah basah dengan air mata itu.

"Apa yang jadi sebenarnya ni sampai kau menangis macam ni?" soal Zack dengan dahi yang berkerut. Ini pertama kalinya Mawar kelihatan begitu sedih. Zack memegang bahu Mawar. Ditepuk perlahan.

"Kita berbual dalam office aku. Come!" sekali lagi Zack mencuba. Namun, Mawar masih berdegil. Dia mengesat air matanya sambil bangun dari situ. Baju putih yang dipakai Mawar sudah dibasahi peluh. Beg sandang yang berada di sisi dinding, dicapai. Kemudian, Mawar melangkah keluar dari pusat latihan itu.

Zack geleng kepala. Dia sedia maklum sikap Mawar yang degil dan keras kepala itu. Tetapi, dia kesal apabila dalam keadaan yang sebegini pun Mawar masih berdegil dan tidak mahu meluahkan apa-apa kepadanya.

××××××××××

Syakir meneliti segala maklumat yang berada di depan mata. Dahinya berkerut. Tubuh disandar ke kerusi. Tangan kiri ditongkat ke lengan kerusi. Pelipis ditekan perlahan.

"Mawar Kirana binti Dato' Khalid..," gumam Syakir seorang diri. Rahang digosok lembut. Matanya meliar ke sekeliling bilik seakan cuba mencerna maklumat yang baru dibaca sebentar tadi.

Mawar Kirana Dato' Khalid? Familiar name. Familiar face. Syakir menarik nafas dalam cuba melegakan dada yang seakan sesak tiba-tiba. Berulang-ulang kali nama itu timbul di dalam kotak fikirannya. Syakir cuba bertenang, namun
ketenangan yang diidami tidak kunjung tiba.

Segala maklumat Mawar di selongkar dari dalam file. Namun, tiada apa yang Syakir perolehi dari situ. Hanya ada nama Mawar dan alamat rumah serta beberapa butiran yang tidak penting baginya.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sehelai kertas yang mempunyai photostat kad pengenalan Mawar. Di ambil dan diteliti wajah di dalam kertas tersebut. Kertas yang terkejap di tangannya ditenung lama. Mata Syakir terpaku saat melihat wajah Mawar di dalam kertas tersebut.

ZAP!!!! Jantung Syakir seakan terhenti tika ini. Wanita yang selama ini dia cari rupa-rupanya berada di depan matanya selama ini. Rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hati Syakir saat ini.

Kie!! Kie!! She's Kie!!!! My Kie!!

Lantas telefon bimbit dicapai. Syakir mendail nombor seseorang dan dia sabar menanti panggilannya dijawab. Bibir Syakir tidak surut dari mengukir senyum. Sungguh, semuanya dirasakan seakan mimpi. Dia sudah bertemu dengan Kie!

Kie yang sudah sangat berbeza penampilannya dari dahulu sehingga menyukarkan Syakir untuk mengecam Kie disebalik Mawar. Penampilan Mawar yang sekarang sangat lain dan berbeza dengan Kie yang dahulu.

Pelbagai soalan sudah di kumpul di dalam kotak fikiran Syakir untuk di ajukan kepada Mawar nanti. Sungguh dia terlalu teruja dengan perkara yang baru sahaja dia ketahui itu.

I don't care how complicated this gets, I still want you - Amir Syakir -

bersambung....

happy readinggg....

Share this novel

ezzlybeth
2020-11-27 19:19:00 

best jalan cerita ni...Smp kan tiap2 hr tgg episode be..


NovelPlus Premium

The best ads free experience