Dari jauh kelihatan tiga orang remaja, seorang lelaki dan dua orang perempuan sedang rancak berbual di meja yang berada di hujung kedai mamak Alee Maju.
"Mesti best kan dinner Prof Yusuf tu nanti? Aku tak sabar gila nak pergi. Mesti majlis tu grand kan? Ye lah, Prof Yusuf tu pun kaya jugak orang nya" Hadirah meluahkan perasaan teruja nya pada Farhan yang berada di hadapan nya dan Tiara yang berada di sebelahnya.
Mereka bertiga sudah selesai makan dan sedang menghabiskan baki air mereka. Farhan yang malas mahu layan bebelan Hadirah itu hanya minum air teh tarik yang dipesannya.
*Flashback
"So, as you all know I will retire in the next two weeks" Prof Yusuf memulakan kata di akhir pembelajaran nya pada hari itu.
Kedengaran keluh kesah daripada semua pelajar jurusan undang-undang yang berada di hadapan Prof Yusuf. Bagi mereka semua, Prof Yusuf adalah pensyarah yang terbaik pernah mereka kenali.
Kini, mereka semua perlu mengucapkan selamat tinggal pada pensyarah kesayangan mereka.
"Ala prof, tak best la nanti prof tak ada dah. Kitaorang tak puas lagi nak tengok muka prof yang handsome tu. Prof dah nak bersara dah" kata Hafiz kuat.
Kata-kata Hafiz itu mengundang tawa semua pelajar dan juga Prof Yusuf. Jujur, dia juga akan merindui semua pelajarnya tapi apakan daya itu adalah tuntutan kerja nya.
"Banyak lah awak punya handsome. Saya dengar, pensyarah baru yang akan ganti saya nanti lagi handsome. Muda lagi. Tak ada lah macam saya ni, dah separuh abad"
Prof Yusuf hanya melayan sahaja jenaka Hafiz itu. Apa salahnya sesekali.
"Biarlah prof separuh abad ke separuh dekad ke, Prof Yusuf jugak jadi favourite kitaorang. Betul tak guys?" Akmal meminta pendapat semua orang.
"Betulll"
Hadi hanya menggeleng kepala sahaja melihat perangai dua sahabat nya itu. Tidak tahu malu langsung.
"Hah, sudah sudah lah tu. Tujuan saya bercakap ni sebab saya nak bagitahu yang hari Jumaat minggu depan saya cadang nak buat majlis makan malam sempena persaraan saya"
"Hari Jumaat tu malam ke petang ke pagi, prof?" Akmal bertanya dengan wajah yang selamba.
"Dah nama pun makan malam, Encik Akmal. Ada ke makan malam tengah hari?" Prof Yusuf menjawab pertanyaan Akmal dengan tangannya berada di dalam poket seluar nya.
Akmal tersipu-sipu malu kerana dia tidak peka dengan apa yang disampaikan oleh Prof Yusuf.
"Jadi, Jumaat malam minggu depan dalam pukul 8 macam tu, kamu semua boleh datang. Saya dah tempah satu dewan, nanti saya share location dewan tu masa hari Khamis" terang Prof Yusuf.
Semua pelajar mendengar penerangan Prof Yusuf dengan penuh teliti dan fokus.
"Boleh bawak kawan ke prof? Maksudnya kawan yang bukan daripada course law" soal Hafiz.
"Good question, Hafiz. Kamu semua boleh bawak kawan tapi pastikan daripada universiti ni jugak. Dan setiap seorang boleh bawak sekurang-kurangnya dua orang kawan sahaja. Is everything clear?"
Melihatkan semua pelajar mengangguk kepala tanda faham, Prof Yusuf menambah lagi.
"But, it costs a little. Only 10 ringgit. Are you good with that?"
"Yess" jawab semua pelajar.
"Good, kamu semua boleh bagi duit tu dekat..."
Semasa Prof Yusuf sedang memikirkan nama seseorang untuk ditugaskan mengutip duit itu, Akmal menyebut satu nama.
"Hadi, prof. Hadi boleh tolong"
Hadi memandang wajah Akmal dengan pandangan yang tajam. Suka suka saja petik nama orang.
"Yes, Hadi. Can you do the job, Hadi? I know I can trust you" Prof Yusuf memandang Hadi dengan senyuman penuh makna.
Dengan senyuman terpaksa, Hadi menjawab.
"Yes, prof. Saya boleh kutip duit tu. Tapi nanti saya nak bagi duit tu dekat prof hari apa?"
"Thursday next week, okay?"
"Okay, prof" jawab Hadi sementara Akmal disebelahnya sedang menahan ketawa kerana tidak pasal-pasal Hadi ditugaskan sebagai bendahari sementara disebabkan dia.
*End flashback
"Aku malas la nak pergi" Tiara tiba-tiba menyuarakan rasa hati nya. Farhan yang sedang leka menikmati air sambil bermain telefon pintarnya, mengangkat kepala memandang muka Tiara.
"Kenapa pulak kau malas nak pergi?"
Belum sempat Tiara menjawab pertanyaan Farhan, Hadirah mencelah.
"Nanti mesti Nia ada kan masa majlis tu. Nia Natasha Dato' Mikail"
Terbeliak biji mata Tiara apabila mendengar kata-kata Hadirah yang sangat tidak disangkanya. Nia pun ada?
"Kejap. Kenapa pulak Nia nak kena ada? Dia kan course lain? Siapa budak law yang berkawan dengan dia? Siapa yang nak ajak dia?" Bertubi tubi soalan keluar daripada mulut Tiara.
"Tiara, sila bawak bertenang. For your information, Nia Natasha ialah anak buah Prof Yusuf. Kan, Farhan?" Hadirah mengalihkan pandangannya ke arah Farhan.
"Haah, Nia tu anak buah Prof Yusuf. Kau tak tahu ke, Tiara?"
Tiara menjadi terkebil-kebil matanya setelah mengetahui perkara itu.
"Tak, aku tak pernah tahu pun. Prof Yusuf tu adik beradik mak Nia ke ayah dia?"
"Tak silap aku lah, Prof Yusuf tu adik beradik mak dia. Jadi, kalau dah Prof Yusuf tu pak cik Nia, mesti lah dia jemput Nia sekali kan masa majlis tu?" Hadirah memandang Tiara dan Farhan bersilih-ganti untuk meminta pendapat.
"Kalau macam tu, memang tak lah aku nak pergi dinner tu" kata Tiara sambil menopang dagu nya.
"Kenapa pulak?"
"Mula mula tadi sebab aku malas nak pergi. Tapi sekarang, bila kau cakap Nia ada, lagi bertambah malas aku nak pergi. Korang tahu je lah yang Nia tu gilakan aku"
"Gilakan kau?" Farhan tidak mengerti apa yang cuba Tiara katakan.
"Ye lah, gilakan aku. Tak habis-habis nak cari pasal dengan aku je. Ini lagi lah Hadi ada dekat majlis tu. Ah! Tak nak lah aku pergi"
"Alah, kau ni Tiara! Cuba relax. Tak ada apa-apa lah. Kau tak payah layan gila si Nia tu. Nanti kalau kau tak pergi, tak kan aku dengan Farhan ni je yang datang? Dah macam couple lah pulak. Tak nak aku"
Hadirah memandang Farhan dari atas sampai bawah menunjukkan yang dia memang tidak mahu datang ke majlis itu hanya berdua sahaja dengan Farhan.
"Kau ingat aku nak sangat datang dengan kau? Perasan betul"
"Alah, Tiara. Jom lah pergi. Pasal Nia tu, lantak dia lah. Attention seeker memang macam tu" Hadirah masih lagi tidak berputus asa mengajak Tiara
"Aku mana lah ada baju untuk pergi dinner tu. Majlis macam tu pun aku tak pernah datang. Paling paling sekali pun, sambutan hari raya masa sekolah. Itupun pakai baju kurung tau" kata Tiara dengan selamba
Farhan tergelak mendengar kata-kata selamba Tiara. Hadirah juga ingin ketawa tetapi ditahan nya supaya dia kekal di dalam mood serius.
"Aku boleh tolong kau carikan baju tu. Berlambak je orang jual baju baju untuk dinner. Dekat mall tu bersepah. Jom lah Tiara"
"Tiara, jom je lah pergi. Naik bingit telinga aku dengar dia ni membebel. Lagipun, bukan selalu kau boleh datang majlis macam ni. Prof Yusuf mesti nak kau datang punya. Kau kan favourite student dia" Giliran Farhan pula memujuk Tiara untuk mengikut mereka berdua ke majlis Prof Yusuf itu.
"Hah, betul tu! Kau kan favourite student prof, mesti dia nak kau datang" Laju sahaja Hadirah mengiyakan kata-kata Farhan itu.
Setelah mendengar Farhan pula memujuk nya, Tiara memandang Hadirah dan kemudian Farhan. Lama dia diam dan akhirnya...
"Ye lah ye lah, aku pergi" Akhirnya Tiara mengalah dengan pujuk rayu dua kawannya itu.
Hadirah teruja mendengar jawapan Tiara manakala Farhan tersenyum gembira melihat Tiara.
"Okey, sekarang ni, jom" Hadirah tiba-tiba bangun daripada kerusi nya.
"Pergi mana?" Farhan mendongak memandang Hadirah dengan kening yang berkerut.
"Pergi cari baju untuk majlis tu lah. Kau dah ada baju ke Farhan?"
"Tapi kan majlis tu minggu depan. Awal lagi lah Hadirah. Hari ni baru hari apa. Kau ni dah kenapa?" Tiara terkejut melihat Hadirah yang tidak sabar-sabar untuk ke majlis itu.
"Tak apa awal pun. Lagipun, kita tak payah lah cari baju yang mahal-mahal. Kita cari baju yang murah, yang sesuai dengan duit kita tapi bila orang tengok macam kita beli dekat butik"
Hadirah menarik tangan Tiara supaya Tiara bangun. Farhan pula tanpa banyak bicara bangun dan mengikut mereka berdua.
Disebabkan kereta Hadirah rosak dan sedanf dibaiki di bengkel, Hadirah menumpang kereta Farhan dan begitu juga dengan Tiara.
//
Sampai sahaja mereka bertiga di pusat beli belah, langkah mereka terus terarah ke satu kedai yang menjual pakaian khas untuk majlis.
Pada mulanya, Hadirah yang mencuba baju dan meminta pendapat Farhan dan Tiara. Disebabkan Hadirah adalah seorang yang sukakan fesyen yang simple, dia memilih blazer kuning sekali dengan seluar.
Dia akan pakai blazer kuning itu bersama dengan kemeja putih dan dipadankan dengan tudung bawal putih.
Selesai giliran Hadirah, giliran Tiara pula mencuba baju. Tiara yang tidak tahu apa-apa tentang pakaian untuk ke majlis makan malam banyak kali meminta pendapat Hadirah. Berkali kali juga Tiara mencuba gaun yang ada di situ.
Tetapi Hadirah tidak berpuas hati dengan gaun yang dicuba oleh Tiara. Farhan pula sesekali melihat mereka berdua dan sesekali melihat telefonnya. Sehingga lah satu gaun labuh berwarna merah yang menarik perhatian Hadirah.
"Oh my god! Cantiknya Tiara!" Hadirah terpegun melihat Tiara yang sedang memakai gaun merah itu. Farhan yang sedang melihat telefon, mengangkat kepalanya untuk melihat Tiara apabila mendengar suara teruja Hadirah.
Begitu juga dengan Hadirah, Farhan juga terpegun melihat kecantikan Tiara dengan gaun merah itu.
"Aku yang cantik ke gaun ni?" gurau Tiara
"Dua-dua!"
"Tapi kan, serius lah cantik? Aku rasa macam pelik je aku pakai baju ni. Aku tengok diri aku macam cili api je"
Tiara melihat gaun yang dipakainya melalui cermin.
"Apa kau merepek ni? Cantik lah! Kau kena pakai tudung warna putih. Kau ada tudung putih tak dekat rumah?"
"Ada, selendang putih" Tiara masih lagi meneliti diri nya di cermin. Disebabkan dia tidak pernah memakai gaun seperti itu, dia rasa seperti dirinya pelik. Kali terakhir dia memakai gaun semasa berumur 6 tahun.
Selepas selesai Hadirah dan Tiara membeli pakaian mereka, giliran Farhan pula membeli baju tetapi di kedai lain.
Farhan hanya membeli sehelai kemeja berwarna forest green dan akan dipadankan dengan seluar jeans berwarna putih.
"Kau tak nak pakai blazer ke?" tanya Hadirah
"Malas lah aku. Aku suka simple je. Kan less is more" Di akhir kata, Farhan mengenyit mata kiri nya.
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorryyyyy for late update :(:(
Share this novel