BAB 1

Horror & Thriller Completed 9981

-10 malam-

"Siapa kau?" seorang lelaki dalam ketakutan. Fikirnya wanita ini dapat dijinakkannya.

"Panggil aku Tsukiko. Walaupun kau tak kenal aku, tapi aku kenal kau,"

"To...Tolong...Lepaskan aku," lelaki tersebut merayu.

"Pernah ke kau lepaskan orang yang kau bunuh?"

Pemuda tersebut terdiam. Speechless!

"Maaf, aku akan tegakkan keadilan," sambung Tsukiko sebelum pisaunya dicampak ke bahagian dahi lelaki itu.

Lelaki itu maut di situ bersama-sama beberapa orang konconya. Darah berlumuran di atas lantai dengan banyaknya. Tsukiko hanya menggunakan pisau kecil ketika berlawan.

"Nampaknya tugas aku dah selesai," kata Tsukiko sebelum beredar dari dalam rumah Villa milik lelaki itu melalui tingkap.

Keesokannya...

"Woah. Darah terpercik sana sini. Dahsyat pembunuh ni," Inspektor Hazaki seperti sedikit teruja.

"Inspektor. Jangan main-main. Ini kes serius," kata Joan yang merupakan pembantu kepada Inspektor Hazaki.

"Okey okey. Maaf teruja pula tadi. Mari mulakan siasatan,"

Kesemua anggota polis menyiasat di dalam villa tersebut. Jika-jika ada sebarang klu bagi menjejak pembunuh ini. Kesemua mayat mereka diusung keluar bagi bedah siasat. Penyiasatan ini memakan masa selama 3 jam, tetapi Inspektor Hazaki dan pihak polis yang lain tidak menjumpai apa-apa. Tiada sebarang bukti! Atau dalam erti kata lain, tiada jejak! Seolah-olah ini adalah kerja hantu.

"Inspektor, kami tak jumpa apa-apa," kata pihak polis tersebut.

Inspektor Hazaki juga tidak menjumpai sebarang bukti. Nampaknya penjenayah ni agak licik. Bisik Hazaki dalam hati.

"Err anyways, panggil jela Hazaki. Tak berapa kenan sangatlah panggil inspektor sekali," kata Hazaki.

"Kau dah kenapa? Tak nak bantu polis dah?" Joan berang dengan sikap Hazaki yang dianggap tidak serius.

Hazaki hanya bersiul sambil memandang langit. Tidak mempedulikan amarah Joan.

"Dahlah. Toksah memarah. Kita patut marah kat pembunuh ni sebab dia bunuh tanpa meninggalkan apa-apa," Hazaki masih cuba untuk loyar buruk.

Joan bengang. Memang salah ketuanyalah ambil budak seperti Hazaki selesaikan kes ni.

Hazaki, berumur 26 tahun dituduh sebagai seorang pembunuh bersiri dahulu. Namun disebabkan kekurangan bukti, dia hanya dipenjara untuk tempoh 5 tahun. Hazaki berjaya mengelak daripada hukuman tali gantung. Sebab itulah Joan tak berapa serasi dengan Hazaki. Alih-alih ketuanya menginginkan Hazaki menyertai polis! Ah sudah.

"Jom balik. Kita check mayat tu nanti. Mana tau kat mayat tu ada sebarang bukti yang dapat diperoleh," Hazaki memberikan arahan kepada yang lain supaya pulang.

Joan turut pulang. Ini kerana memang tiada sebarang peninggalan daripada jejak pembunuh itu sendiri!

*****

"3 tahun lepas"

"Baiklah para pelajar semua. Ini adalah tahun terakhir kamu bersekolah di sini. CIkgu berharap kamu dapat memberikan keputusan yang baik dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum agar dapat menjadi murid yang berjaya," pesan pengetua.

Semua pelajar mengiyakan kata-kata pengetua tersebut.

"Baiklah, kamu semua dibenarkan untuk masuk ke dalam kelas semula," kata pengetua.

Semua murid bersurai dan melangkah masuk ke dalam kelas kecuali seorang pelajar yang curi-curi ponteng dari sekolah itu.

"Oi Yukiko, nak ke mana tu?" panggil kakaknya, Tsukiko.

Alamak. Kantoi pula.

"Err, nak pergi tandas," jawab Yukiko.

"Tandas kat belakang aku ni je," balas Tsukiko.

Tsukiko adalah pengawas di sekolah SMK Bintang Raja. Adiknya adalah pelajar biasa tetapi nakal.

Yukiko akhirnya terpaksa akur. Nmpaknya dia tidak dapat melepak dengan kawannya, Chenta yang sudah keluar dari kawasan perkarangan sekolah.

Tsukiko menarik telinga Yukiko.

"Aku tau kau nak buat apa. Lagi sekali kau cuba lari, aku bawa kau ke guru disiplin. Faham?!" Tsukiko bersuara tegas.

Yukiko memegang telinganya yang sedikit kemerahan itu. Sakit sungguh kakaknya pulas.

"Hmm," jawab Yukiko malas.

Dia kemudiannya mula melangkah untuk masuk ke dalam kelas. Tsukiko hanya memerhatikan pergerakan Yukiko dari jauh. Kut-kut dia melarikan diri ikut jalan lain.

Tsukiko melihat adiknya sudah masuk kelas. Tsukiko berasa lega. Sekarang gilirannya pula untuk masuk ke dalam kelas.

Tsukiko berada di kelas yang pertama kerana sikapnya yang serius dan suka belajar manakala Yukiko diletakkan di kelas paling belakang kerana suka bermain-main dan kacau orang. Dia memang nakal di sekolah itu!

"Mana Chenta?" tanya Mimi yang duduk di sebelah Yukiko.

"Dia sorang je yang lepas. Kakak aku dapat tangkap aku pula," rungut Yukiko.

Mimi hanya mampu memberikan senyuman. Hampir setiap hari Yukiko akan cuba untuk ponteng sekolah. Mujurlah kakaknya sudah menghidu perbuatan adiknya lebih awal.

*****

"Ceh mana Yukiko ni? Kena tangkap ke?" rungut Chenta.

Berulang-ulang kali Chenta melihat jam di pergelangan tangannya tetapi Yukiko masih belum sampai.

"Aku gerak sorang jela," kata Chenta dengan tidak sabarnya. Malas hendak menunggu Yukiko lagi.

Tiba-tiba ada sebuah van lalu di hadapannya sebelum berhenti di sebelahnya.

Chenta terkejut apabila mendapati ada 3 orang lelaki bertopeng di dalam van tersebut.

Chenta cepat-celat melarikan diri. Pintu van sudah pun terbuka. Dua orang lelaki bertopeng cuba mengejar Chenta. Kawasan yang Chenta tunggu Yukiko adalah sunyi dan jauh daripada kawasan perjiranan. Nampaknya Chenta tak dapat menjerit bagi mendapatkan bantuan.

Lelaki bertopeng tersebut sudah semakin menghampiri Chenta. Jarak mereka hanyalah 5 meter sekarang. Chenta sudah semakin kepenatan. Tatkala ini barulah Chenta terkenangkan ibu bapanya di rumah.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience