BAB 10

Drama Completed 21201

Ni tak boleh jadi! Sampai bila Haikal nak marah kat aku? Aku mesti buat sesuatu yang lebih ekstrem. Sebelum ni dah macam-macam yang aku buat tapi memang tak boleh cairkan ego dia.

Selama ni aku bagi hadiah, buat kopi. Kali ni aku nak guna pendekatan psikometri hehe. Jangan fikir aku ni tak pandai, tau!

“Haikal..” Aku menarik kerusiku dan meletakkannya di sebelah Haikal.

“Aku rindukan Haikal yang dulu. Dulukan, orang tu selalu sakat aku, layan aku biarpun aku berperangai macam tak betul je, kawan dengan aku, di saat aku tengah muram durja. Bila aku muram seorang diri, ada orang pujuk aku. Sampailah aku jadi ceria semula masa kat universiti.”

Haikal pun terus berpaling ke arahku, “Aku pun rindu juga kawan aku sebelum dia kenal Alif. Tapi aku sedar yang cemburu aku ni tak berasas. Kau kawan aku je pun. Okeylah, aku bagi kebenaran kau dekati dia.”

Erk? “Cemburu?”

“Yalah, cemburu. Kau lagi rapat dengan dia macam aku ni bukan kawan kau pula.”

“Eleh, maknanya sekarang ni kau dah maafkan akulah ni, layan aku elok ni?”

“Sudah-sudahlah tu, baik kau balik ke tempat kau. Nanti kalau bos lalu, kau juga yang kena!” Haikal menjelirkan lidahnya. Aku hanya mencebikkan bibir.

***

“Amani, keluar bilik jap. Ramai orang nak jumpa ni.” Panggil ibuku. Ada apa? Kenapa ramai orang? Kawan-kawan sekerja ke?”

“Tengoklah sendiri. Hehe.”

Alangkah terkejutnya aku bila keluar bilik sebab nampak ada kelibat Alif. Dahlah ramai orang tengok aku sambil senyum-senyum.

“Alif kata dia dah berkenan dengan anak puan ni sejak sekolah menengah. Tak sangka pula cantik benar anak puan ni ya! Nampak macam baik dan sopan-santun je! Harap-harap dia terimalah jadi menantu kami.” Sapa seorang mak cik. Mungkin mak Alif kot.

Pipiku terasa panas semacam je. Alif ni sah-sah, suka sangat buat kejutan.

“Hm, yang tu kena tanya tuan punya badanlah dulu. Amani, duduklah sini cepat. Kenapa asyik tercegat berdiri depan pintu bilik?” Ibu memanggilku. Aku pun cepat-cepat duduk sebelah ibu.

“Jadi, macam mana?” Tanya Encik Rosman, ayah Alif.

Aku mengangguk perlahan. Ada batu ke apa tolak dagu aku ni. Kenapa susah sangat nak angguk? Serentak itu, semua yang ada di situ mengucapkan syukur. Aku memandang ke arah Alif. Dari tadi dia tak habis-habis sengih.

***

“Tahniah, Puan Allyn, Encik Alif.” Sapa Haikal.

“Hehe, kau bila lagi?” Tanya Alif, mengusik.

“Hm, bagi aku masa dulu ya. Aku nak jadi jutawan dulu baru nak kahwin. Hahaha.” Kami bertiga tergelak.

Nasib baik Haikal seorang kawan yang baik. Bukan aku tak tahu, yang dia pun sukakan aku. Dia pernah luahkan kat aku sebelum aku jumpa Alif lagi. Tapi nak buat macam mana, sebelum dan selepas jumpa Alif pun aku masih tak boleh suka kat dia.

“Kau dah tahukan, yang aku suka kau dari dulu lagi tapi nak buat macam mana kan. Sekarang ni aku pasrah. Aku akan doakan kebahagiaan kau berdua. Selamat pengantin baru!” Aku masih ingat lagi ni ayat dia sehari sebelum aku diijabkabulkan dengan Alif. Aku harap dia dapat berjumpa dengan perempuan yang baik.

Kawan-kawan sekolah menengah kami pun ramai yang datang dan ramai yang meminta maaf kat aku. Paling terharu, Hana dan Fikri pun datang dan minta maaf! Tak sangka mereka pun dah jadi suami isteri. Rata-rata daripada mereka berkata bahawa tindakan mereka tu childish dan tak boleh diterima akal. Aku bersyukur segalanya dah terlerai.

Sekarang ni, memang dah kemas betul aku ikat tali yang Alif letak kat hati aku. Aku bahagia sangat! Walaupun dia senior aku, tapi dia baik. Hehehe.

Sekarang ni aku tak nak dah buat-buat lupa zaman silam aku. Aku akan cuba atasi trauma aku. Tak semua orang jahat kat sekolah tu. Cikgu mesti terasa hati kalau aku buat-buat lupa kat mereka.

Bak kata ibu, sekolah menengah ialah zaman yang terbaik sepanjang hidup kita. Mungkin masa tu aku rasa mereka buli aku. Tetapi aku pasti, mereka semua sekarang ni dah matang dan semua kenangan pahit tu hanya untuk digelakkan sebab childish sangat. Masa tu mungkin mereka dipengaruhi sinetron yang pelik-pelik. Sekarang aku enjoy hidup aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience