Bab 9

Romance Series 113890

"Senyap je. Kau fikir apa" soal Syam sambil memandang sekilas pada Aniq yang duduk di kerusi penumpang.

Terbit satu keluhan. "Tak ada apa"

"Eh, kau nampak tak apa yang aku nampak kat rumah Uncle Syed tadi?" soal Syam sambil meneruskan pemanduan.

"Mana la aku tau apa yang kau nampak, mata kau, bukan mata aku" jawab Aniq dengan pandangan yang tegak ke hadapan. Mulut sahaja membalas tapi fikiran entah ke mana.

"Amboi.. Garangnya abang kunyit" usik Syam dalam gelak-gelak.

Hahahaha...

"Macam mana la boleh terfikir kita ni termasuk dalam golongan tu" tergeleng-geleng kepala Syam sambil gelak.

Aik, senyap je orang sebelah ni. Tidur ke. Syam memandang sekilas ke sebelah. Mak oi.. Muka, merahnya. Marah le tu.. Kih kih kih..

"Jangan la marah, gurau pun tak boleh. Payah duda hot sorang ni" Syam masih dengan ketawanya sambil terhingut-hingut bahu. Aaish, apa rasa seram semacam je nih. Syam toleh pada Aniq. Makin tegang wajahnya.

"Ye.. Ye.. Salah jugak. Tak boleh sebut. Baiklah Tuan Aniq yang hendsome lagi sado. Adakah Tuan Aniq nampak apa yang saya nampak di rumah Uncle Syed tadi." ucap Syam sambil tersengih-sengih.

Ni la payah dapat kawan yang tak makan saman. Mulut ikut sedap je kan.

"Hm... " balas Aniq.

"Hm... Je. Adoi.. Tak, kau nampak tak motor merah hitam tu. Kan nombor plat motor tu nombor badan kau. Motor tu yang langgar side mirror dan nyaris nak langgar kita hari tu" terang Syam sungguh-sungguh.

"Tau, motor tu milik Afya." balas Aniq selamba.

"Aik! Kau dah tau la ni. Tak bagitau aku pun ek. Tau la Yus tu.." tak sempat Syam meneruskan ayat. Tangan kanan Aniq naik menandakan dia tidak mahu dengar apa yang ingin dikatakan oleh Syam.

"Okey, sorry-sorry." balas Syam.

Sepi seketika keadaan di dalam kereta hanya radio yang memutarkan lagu.

"Hm.. Aku tanya sikit boleh. Tapi kalau kau tak nak jawab pun tak apa, aku tak paksa.. Betul ke keputusan yang kau buat tu? Memang la Untie Sakina selalu tanya aku pasal kau. Ada girlfriend ke tak de tiap kali aku ikut kau balik kampung. Jangan sebab tu kau terima selain dari kau nak balas budi Tuan Haidar. Boleh ke kau nak hidup dengan dia. Rumah tangga tanpa kasih sayang dan cinta boleh ke. Kau tak cintakan dia. Jangan kerana budi, kau terima semua ni. Kau tak kesian ke pada dia. Terseksa nanti." panjang kata-kata Syam pada Aniq. Bukan Syam nak menghalang tapi bukan begini cara Aniq mahu membalas jasa Tuan Haidar. Syam tidak mahu tindakan Aniq akan mendera perasaan kemudian hari.

"Aku pun tak tahulah Syam. Serba salah. Tapi kalau kita dapat settelkan kes Uncle Syed dengan cepat, aku rasa perkara ni dapat dielak." balas Aniq. Jelas terpancar pelbagai rasa di wajah sahabatnya itu. Kusut, serba salah takut menyakiti menjadi satu.

"Kita cuba selesaikan sebelum Uncle Syed dan keluarganya berangkat ke Mekah." ujar Syam sambil menepuk bahu sahabatnya itu untuk memberi semangat.

"Ni kita balik office ke nak aku hantar kau kat rumah?" soal Syam.

"Balik office la, aku ada kerja sikit lagipun kereta aku masih kat IPK. 2-3 hari ni cuaca tak menentu. Hujan nanti payah pulak nak balik." balas Aniq.

"Ye lah. Tapi jangan lewat sangat balik. Kau tu bukan aku tak tau, kalau ada apa-apa kerja sanggup tidur office" balas Syam. Bukan dia tidak tahu perangai Aniq, kalau ada satu-satu kes yang hendak diselesaikan cepat. Memang berumah di office lah dia. Kadang-kadang sampai tiga empat hari tak balik rumah. Nasib baik la kat rumah tak ada sesiapa. Aniq.. Aniq.. Kuat kerja sangat.

"Kau ni dah kenapa tergeleng kepala dari tadi. Sakit tengkuk ke?" soal Aniq pelik.

"Ha ye ke? Haah sakit leher banyak tengok komputer siang tadi". Balas Syam menutup ulahnya.

Kereta masuk ke kawasan parkir IPK Selangor. Syam berhentikan kereta di pintu hadapan untuk menurunkan Aniq.

"Okey, Syam. Drive save. Thanks." ucap Aniq sebelum Syam berlalu.

Sampai di dalam pejabat. Aniq mengambil fail yang mengandungi butiran mengenai kes ugut Uncle Syed. Maklumat diperhatikan satu-satu. Apa motif sebenar ugutan ni dan kenapa ugutan ni melibatkan Afya. Hm.. Di mana tempat kerja Afya? Syarikat MOSA? Pelipis kepala dipicit, sakit pulak kepala ni. Makin diteliti makin serabut jadinya. Aniq mengambil panadol di dalam laci lalu mengambil botol mineral. Dua biji panadol diambil dan air mineral diteguk. Botol kosong di lempar ke dalam tong sampah. Makin menyengat pulak sakit kepala ni. Badan disandar pada kerusi sambil mata terpejam.

"Tinggalkan kenangan yang lalu, terimalah kenyataan. Mungkin ini adalah tentuan Allah untuk abang." lembut suara berbicara di telinga Aniq. Macam biasa didengari suara tersebut. Ah.. Fatin.. Jangan pergi Fatin.

"Fatin...!!" jerit Aniq.

"Astarfirullah... Mimpi rupanya" muka diraup dengan tangan. Jam pada pergelangan tangan ditilik. Pukul sebelas malam. Lamanya aku tertidur. Nasib baik sudah solat maghrib di surau sebelum naik ke pejabat tadi.

Laci meja paling bawah di tarik. Bingkai gambar warna merah ditarik keluar.

Tertera gambarnya bersama dua orang lagi dalam uniform lengkap dan ceria terpancar di wajah. Gambar kenangan selepas tamat Latihan Asas Inspektor di PULAPOL Jalan Semarak.

Bibir tersungging senyuman tapi hanya seketika dan terus mati senyuman di bibir. Gambar diusap perlahan.

Rambut dirapikan dengan jari. Sebelum itu, bingkai gambar disimpan semula sebelum laci ditutup.

Baik aku balik. Duduk di pejabat pun satu kerja tak boleh buat. Aniq kemudian bangun lalu mengemaskan fail yang ada di atas meja lalu keluar dan mengunci pintu pejabat.

Kaki diatur menuju ke tangga untuk ke tempat parkir kereta. Sampai di kereta. Alarm ditekan dan badan diloloskan ke tempat pemandu. Enjin dihidupkan untuk meneruskan destinasi.

'Ting ting ting'

Bunyi whatsapp.

Lampu isyarat kiri diberikan dan kereta berhenti di tepi jalan. Telefon diambil dari sisi pintu kereta. Sekeping gambar diterima dari satu nombor yang tidak dikenali. Setelah gambar di download, dapati gambar tersebut adalah gambar Afya berdiri di tepi keretanya. Kalau ikutkan pada gambar yang diambil, gambar ini gambar terbaru.

Aniq kemudian terus menghubungi nombor tersebut tetapi telefon telah dimatikan.

"Tak guna."

Stereng dipukul kuat dengan tangan kanan. Bergerak-gerak rahang menahan geram. Siapa sebenarnya orang ni. Banyak persolan yang tidak dapat dijawab. Aniq meneruskan pemanduan. Esok akan disemak butiran pemilik nombor telefon ni.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sis harap para pembaca terhibur. Terima kasih pada yang sudi singgah di "Pelindung Si Dia" sayang semua. Muahh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience