Spm semakin hampir.lagi tiga bulan kami bakal menghadapi peperiksaan besar itu.kami sibuk jadual kami padat.
"sayang mengantuk"bisik arash
"tengok buku tu"suruh ku
"korang buat apa hah malam tadi"usik syira
"berenang"balas arash.mereka tertawa.muka merah kerana malu
"yang tiga orang tu... korang kan tak lulus paper saya siap korang"bebel cikgu riduan.tanganku di pegang arash. ditepuk tepuk tanganku dipahanya bagi menghilangkan mengantuknya.loceng rehat berdering.arash lah orang paling gembira.
"lapar oii"tempiknya.suasana bingar merebak keseluruh kelas.
"iyan pergi kantin dulu.. anisa nak pergi bilik guru hantar ni"laporan pandu puteri aku tunjuk kepadanya.
"ala... jom la pergi sekali"rengeknya.
"takpe anisa pergi dengan syirah."ujarku.
"ok"tanganku diciumnya.kami berpisah ditangga. arash menuruni anak tangga tapi aku dan syirah berhenti seketika kerana bertemu dengan sir rahimi.aku yang berdiri ditangga dilanggar farah yang juga hendak turun..aku jatuh tergolek ke bawah
"hajar"tempik syirah.arash yang berjalan
jalan menoleh dan berlari mendapatkan ku yang terbaring dilantai.
"hajar"sir rahimi juga berada disitu.
"sayang..."panggil arash
"iyan perut anisa sakit"ujarku..perutku sakit yang teramat.. memulas mulas.
"saya hantar awak ke klinik"sir rahimi mahu mengangkat ku tapi dihalang arash
"biar saya"ujarnya.mereka berebut untuk mengangkatku
"dia isteri saya"sir rahimi terkejut.. bahkan pelajar yang lain juga.sir rahimi memandangku. aku mengangguk sambil memegang perutku
"cepat bawa dia ke klinik"tempik syirah. aku dibawa ke klinik dengan kereta sir rahimi. aku diperiksa.
"macam mana doktor"soal arash risau. sir rahimi juga
"tiada apa yang parah cuma kaki dia terseliuh sikit.. balik tuam dengan ais.. tapi saya ada sikit kerisauan"ujar doktor
"kenapa doktor"soalku
"kamu mengandung"ujar doktor. berita gembira bagi kami tapi ada risau dan takut disitu
"sayang"arash memelukku erat.ubun ubun ku dicium berkali kali. sir rahimi kaget
"saya perlu kan pengesahan waris untuk beri ubat untuk bayi...sebab kalau ikut kan usia kandungan tiga minggu dan perkembangannya tidak begitu baik"ujar doktor
"kenapa doktor"soalku
"janin agak terlalu kecil.. ini bahaya bagi bayi dan ibu.. jadi saya perlu bekalkan supplement untuk kedua dua.. saya perlukan pengesahan waris."ujar doktor
"saya suami dia"kad perakuan nikah kami di beri kepada doktor. sir rahimi hanya memerhati. kecewanya jelas.suasana dalam kereta tegang.aku tidak tahu apa yang harus aku bicarakan.kami dibawa ke tasik.
"bila korang nikah"soal sir rahimi
"bulan dua belas tahun lepas"balas arash
"kenapa nikah muda"soalan itu sentiasa ditanya apabila hubungan kami diketahui.
"keluarga yang putuskan kami ikut je"balas arash lagi
"siapa lagi yang dah tahu korang dah kawin"soal sir rahimi
"sebelum ni hanya syirah tapi sekarang ramai dah tahu rasanya"balas arash lagi
"sir saya minta maaf sebab rahsiakan hubungan kami,saya tak bermaksud nak menipu atau mempermainkan perasaan sesiapa"ujarku.aku juga bersalah dalam hal ini kerana tidak berterus terang akan hubungan kami sehingga lelaki itu menaruh harapan padaku.
"saya yang patut minta maaf sebab saya jadi orang ketiga dalam hubungan korang"hatiku sedikit lega dan sekarang yang tinggal hanyalah liputan dari paparazzi disekolah.
"kau ok.. "soal syirah apabila melihat kelibatku
"ok.. weh aku nak bagitahu sesuatu"aku teruja
"apa dia"soal syirah
"aku mengandung"ujarku.syirah menjerit keriangan.
"shuuttt diam.. nanti orang dengar"bisik ku
"weh tahniah korang"ucap syirah. arash mendabik dada.. bangga akan menjadi seorang ayah.
"eh kau tahu tak lepas korang blah.. aku kena panggil dengan cikgu HeM.dia tanya pasal kau"cerita syirah
"habis tu"soalku
"aku cerita la"ujarnya.aku memandang arash.kami tidak tahu apa yang mahu dijelaskan
"dah tu ramai tanya pasal kau.. kau tahu meroyan si farah tu bila aku kata korang dah kawin"jelasnya.aku tersenyum kelat.
"Alhamdulillah"syukur ibu kepada Yang Maha Pencipta.airmatanya kesyukuran mengalir dipipi ibu.ibu mula sibuk mahu membayar nazarnya.
"ibu esok cikgu nak jumpa ibu.. sebab hal kami dah heboh satu sekolah"ujar arash.
"ibu dapat panggilan dari cikgu korang tadi"cerita ibu. arash mengusap perutku.
"baby..baby sihat ya... baby duduk dalam tu baik baik.. jangan nakal nakal.. kesian ummi"ujarnya
"ummi"soalku
"yelah kalau ibu nanti dua dua menyahut,ummi kan sopan sikit.. ummi walid.. islamik kan"ceritanya.aku tersenyum. arash paling teruja.
"iyan rasa iyan nak cari kerja la.. sayang dah mengandung.. takkan nak harapkan ibu lagi"ujarnya
"nak kerja apa.. kat mana.. sekolah macam mana"soalku
"sekolah macam biasa, habis sekolah iyan kerja"hasratnya itu aku terasa risau kerana spm semakin menghampiri
"anak kau tu anak sapa.. kau jadikan arash pak sanggup kau"herdik farah
"kesian arash jadi pak sanggup anak ayah sendiri"fitnah liza. aku menggenggam jariku kemas.
"jom la hajar, jangan dilayan mangkuk jamban dua biji ni.. kau buat fitnah menjawab la kau di masyar nanti"ujar syirah. kami beredar.malas memanjangkan cerita.aku hanya diam.suasana sekolah sekarang bukan lagi tempat yang mengembirakan. pelbagai fitnah dijaja. aku risau akan iyan yang akan terkesan dengan perkara ini apatah lagi kisah ayah ku dibunuh oleh paksu menjadi berita hangat.
"hei anak pembunuh.. kesian kau kan.. bapa kau sedap sedap dengan bini kau.. kau yang jadi pak sanggup"herdik pelajar lelaki di tandas. aku yang lalu di hadapan tandas lelaki berhenti melangkah. aku tahu iyan ada didalam
"itu anak aku.. kau jangan hina isteri aku kalau kau tak tahu cerita"arash mempertahankan ku
"wow.. lelaki sejati.. agak agak dia larat lagi tak nak layan aku.. aku macam nak rasa macam mana dibelai perempuan"ujar pelajar itu.
"kurang ajar kau"usai tempikan arash suasana bertukar kecoh. mereka bergaduh. aku memanggil guru agar meleraikan pergaduhan. muka arash bengkak bengkak.. bibirnya luka.
"biadap la budak budak ni"ujar syirah geram. aku tidak dapat menahan sebak. luka arash aku sapu ubat yang diberikan guru.
"iyan ok.. jangan risau.. selagi iyan ada tiada siapa boleh apa apakan atau hina isteri dan anak iyan"ujarnya.dia mengesat air mata ku.
"hurrmmmm.... mak nak kawin mak"usik syirah
"nanti aku bagitahu qayyum"balas arash
"ok ok... bagtiahu dia tau"syirah tertawa.paha arash aku cubit
"sempat lagi dah sakit sakit macam ni"ujarku.arash tersenyum.
Arash mula bekerja di kedai makan di hujung kampung.kedai makan yang beroperasi sampai pukul 1 pagi itu menyebabkan arash agak lesy disekolah. rekod disiplin arash juga tidak berapa baik kerana kerap bergaduh hanya untuk mempertahankan ku.walaupun aku bangga mempunyai suami seperti dia tapi aku punya rasa bersalah kerana tidak dapat membantu arash disaat sukar begini.
"tak tidur lagi"soal arash
"tunggu iyan.."ujarku.dia mencapai tuala lalu masuk ke bilik air.
"iyan nak air"soalku
"nakk.. milo ais"tempiknya.
"malam malam minum manis lagi"tempikku.aku membancuh milo ais kesukaannya lalu aku bawa ke bilik.aku hanya memerhatinya.
"kerja sekolah dah siap"soalnya
"dah... "dia membuka buku dan mula belajar.
"iyan mesti letihkan.. mana dengan sekolah.. mana dengan kerja.. anisa ni menyusahkan iyan je"sebakku
"sayang kenapa cakap macam tu.. sayang tanggungjawab iyan... memang patut iyan sedia kan semua untuk sayang"ujarnya.rambut ku dibelai lembut dan dikucup dahiku.
"pergi tidur dah lewat ni.. iyan nak siapkan kerja sekolah lepas tu iyan tidur ya"ujarnya.lampu bilik dipadam.aku ketiduran seorang dikatil.
jam sudah enam pagi.iyan tiada disebelahku.aku bangun...iyan terlena dimeja belajar.bukunya aku kemas dan letakkan didalam beg. usai aku bersiap aku kejutkan dia.
"iyan bangun.. dah pukul enam lebih.. nanti terlepas subuh"kejutku.
"hah...ok.. "dikesat matanya.dia meletakkan kepalanya diperutku.
"baby.. baby baik baik ya hari ni.. ummi dengan walid nak pergi sekolah"ujarnya.mungkin hormon keibuan,aku mudah sebak akan reaksi canggungnya.dia bersiap untuk kesekolah. kami menaiki motor kerana terlewat.
"arash cikgu disiplin nak jumpa.."kami saling berpandangan.arash berlalu pergi.
"syirah kau tahu kenapa iyan kena panggil pagi ni"soalku
"entah.. mungkin pasal semalam kot yang dia bertumbuk dekat kantin tu"ujar syirah.arash bergaduh dengan pelajar lelaki yang lain,marahnya kerana mereka menghina aku.arash hilang sabar lalu menghentak kepala pelajar itu dengan kerusi.aku mula risau. aku menanti arash pulang ke kelas dengan debaran.
"iyan kenapa" soal ku apabila arash masuk ke kelas.Dia mengemas semua barangnya.aku hairan
"sayang balik sekolah nanti iyan ambil ya.. iyan balik dulu"ujarnya.aku hairan. arash keluar tanpa menoleh.
"saya ada satu pengumuman.. Arash Sufiyan digantung sekolah selama dua minggu kerana melakukan kekerasan terhadap pelajar lain sehingga mendatangkan kecederaan.. jadi saya mahu ini dijadikan peringatan kepada semua pelajar agar tidak mengulangi kesalahan yang sama"badanku menggeletar. syirah bangun dan duduk ditempat arash lalu memelukku yang sudah teresak esak.
"Sebab kau arash kena gantung sekolah"kepalaku ditunjal farah. aku diam. esakan masih berbaki.liza duduk ditempat syirah dan merenungku
"kau takde rasa bersalah buat arash macam tu.. dah lah jadi pak sanggup.. kena terima pula hinaan orang sebab perempuan kotor macam kau"herdik liza.aku sendirian. tiada siapa yang mahu membela.. syirah keluar kerana ada mesyuarat pengawas dan pelajar lain tidak berani membantu kerana takut akan tiga gadis ini. tudung ku dikeronyok. kepala ku ditunjal tunjal liza. aku menangis
"korang buat apa ni"tengking sir rahimi.
"hah penyelamat kau dah sampai.. laki kau kena gantung kau menjalan dengan cikgu pula"fitnah liza.
"maaf sir.. "ujar mereka dan berlalu pergi
"hajar.. awak ok"soalnya.aku hanya terdiam.
Share this novel