Bab 8i

Romance Series 8735

Satu lagi rencana rompakan yang hendak dilakukan di sebuah bank gagal bila van yang membawa empat orang lelaki yang terbabit dalam pelbagai kes jenayah diserbu sebelum tiba ke bank yang mereka rancangkan iaitu CIMB bank. Kesemua lelaki dalam van itu ditangkap atas maklumat penuh perisik yang berjaya membongkar rancangan jahat tersebut.
‘Huhh …’ Nika mengeluh stres dengan semua berita jenayah. Malas hendak membaca berita selanjutnya lagi dia meletakkan kembali suratkhabar itu di atas meja ruang tamu dan masuk ke dapur hendak menjamu makan malam ala kadar disediakan maknya yang mungkin masih sibuk di rumah besar. Dalam keadaan berwaspada selepas apa yang berlaku semalam dia tetap meneruskan aktiviti rutinnya.
Sedikit bimbang. Apatah lagi bila sendirian di dalam rumahnya, kejap-kejap dia akan mengintai ke luar.
Setakat ini cuma laman kosong sahaja yang terbentang di luar sana. Ketika dia menceritakan hal itu pada mak, mak turut bimbang dan bercadang lebih baik kalau mereka laporkan perkara itu pada polis. Tetapi, betul, lah kata Amr, dia tak ada bukti malah tak kenal pun siapa dua lelaki semalam tu.
Kalau ayahnya kena siasat pun belum tentu ayah senang-senang mahu mengaku pada polis dan cakap ‘ya memang dia nak jual anak sebab nak tutup hutang.’ Bukannya ayah bodoh sangat nak kena tangkap biar pun dia memang jelas-jelas berotak tepu.
Masa tempat kerja tadi, kebimbangannya tidaklah separah ini. Setalah berada di rumah tak semena-mena dia gelisah dan takut sendirian.
Di saat benaknya masih dipenuhi cerita-cerita dari suratkhabar dan nekad mahu membuat laporan polis tiba-tiba dia dikejutkan dengan ketukan bertalu-talu dari pintu depan. Suara ayahnya memekik kuat memanggil namanya berkali-kali. Antara nekad mahu memarahinya ayahnya dan takut ditangkap Nika membukakan juga pintu dengan mood yang mendadak teruknya.
“Apa lagi ayah mahu!” tempelaknya sebaik membuka pintu. Nasibnya masih baik sebab ayahnya balik seorang diri selepas tiga hari tak balik. Tidak ada lelaki lain bersamanya. Bagaimanapun kemunculan ayahnya memang selalu menyakitkan hati, dia benci bila menghidu bau arak yang merebak pantas di muka pintu.
“Mana mak kau!” ayah meredah masuk mencari isterinya.
“Mak tak ada!” pekik Nika berang ketika ayahnya memeriksa rumah kecil mereka seperti pegawai polis mencari penjenayah yang bersembunyi.
“Jangan tipu Nika! Dia di rumah besar kan!” tidak puas hati, ayahnya kemudian keluar semula dan menghayun langkah pantas menuju ke rumah besar.
Nika yang gerun dengan tingkah ayahnya yang sedang mabuk itu lantas menyusul dari belakang, dia harus menghalang ayahnya dari membuat hal di rumah Amr pula.
“Ayah…! Ayah mak tak ada di situ!” pekik Nika kuat sambil berlari, dia hampir terjatuh bila kakinya tersandung batu tetapi tetap menguatkan langkah.
Ayahnya langsung tidak peduli dan terus berjalan lebih laju. Beberapa langkah lagi mereka akan sampai ke pagar halaman belakang. Nika semakin tidak sedap hati. Angin awal malam itu bertiup laju dan terasa deras sepanjang dia berlari.
Emak muncul dari pintu belakang dan berlari mendapatkan ayahnya yang terus berteriak. Nika berdoa dalam hati semoga Amr tidak berada di dalam rumah besar itu sekarang.
“Ros! Ros aku perlu duit Ros..! Mereka akan bunuh aku kalau aku tak bayar hari ni… tolonglah Ros…” rayu ayahnya sambil memegang tangan emaknya.
“Ahh … ayah, itu bukan masalah kami! Pergilah dari sini..!” kata Nika geram.
Sekarang ini mereka bertiga betul-betul berada di belakang halaman rumah Amr dan saling bertengkar dengan suara yang kuat.
“Mana saya nak cari duit Zali... dari dulu lagi awak tahu kita tak ada wang,” jawab emak dan cuba menarik tangan ayahnya pergi dari situ.
“Mana rantai emas yang Tuan Rahmad beli dulu, beri pada aku!” desak ayah.
“Bukankah awak dah gadai!” rintih emak hampir menangis.
Nika semakin risau.
“Aku ingat kau dah tebus balik rantai tu. Nika… mana kau simpan rantai tu,” ayah berpaling padanya pula dengan muka merayu yang tidak tahu malu.
Nika hanya mampu meredam perasaan marah hingga dia tidak mampu berkata lagi. Suara guruh dari langit di kejauhan menyahut pertengkaran mereka.
“Rantai tu dah tak ada… sudah! Pergilah dari sini, awak tu mabuk.. tak malukah dengan perangai buruk awak.”
“Tidak!” bantah ayah.
Tiba-tiba ayahnya bertindak menerpa Nika dan menariknya ke dakapan lalu mencekik leher Nika dengan tangan dan sebilah pisau lipat ditusuk ke lehernya.
“Razali!!!” jerit emak bimbang. “Lepaskan Nika! Itu anak awak!” mak melangkah ke depan mahu menghalang.
Seperti orang kerasukan setan ayahnya berundur ke belakang dengan Nika tercekik tidak mampu melawan. Dia hampir-hampir tidak bernafas dan meronta-ronta dalam cengkaman kuat tangan ayahnya.
“Berikan aku wang atau aku jual Nika pada Samuel! Beritahu mana rantai tu..!” ayah merapatkan lagi ancamannya.
“Ayah…” rayu Nika dengan perasaan gerun ketika mendengar nama bapa ayam yang pernah didengarnya dari cerita Husin.
“Razali! Tolonglah…. lepaskan Nika,” rayu emak lagi hingga berlutut di depan ayahnya yang berbau arak itu.
Angin berhembus kuat. Awan gelap meliputi dada langit mungkin memberi petanda musibah bakal tiba. Nika sedaya upaya meronta hendak melepaskan diri dari cengkaman ayahnya.
“Lepaskan dia!” bentak satu suara asing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience