DIA 31

Romance Completed 131781

Punggung dihenyak di atas kerusi. Penat melayan traffic jam berjam-jam. Kepala disandarkan pada kerusi.

"Bum!" Kejut Ryan a.k.a Rina. Hanis mengeluh kecil memandang wajah Ryan.

"Kau nak ape? Aku penatlah menghadap traffic jam. Kau jangan kacau aku boleh tak?" Usir Hanis.

"Alaa kau ni. Cuti panjang takkan masih tak cukup cuti... Ni aku nak tanya, kau cuti lama-lama apahal? Sakit ke ape?" Soalnya lagi.

"Aku kahwinlah." Ujarnya ringkas.

"Kau cakap ape? Kahwin? Bila masa kau couple? Bila kau kahwin? Tak jemput pun? Oii!?" Soalnya bertubi-tubi.

Semakin rimas Hanis dibuatnya. Wajah Ryan dipandang lama dengan pandangan bengis.

"Kau pergilah buat kerja aku rimaslah. Aku nak rehat sekejap." Halau Hanis lagi.

"Ermm yelah. Semoga kau bahagia dengan suami misteri yang aku tak kenal tu. Kalau dia ada buat apa-apa dekat kau, call aku. Biar aku belasah dia." Ujarnya.

Hanis sekadar mengangguk malas. Ryan mengeluarkan telefonnya lalu mengambil gambar bersama dengan dengan Hanis secara rahsia. Instagram dibuka lalu mengongsi gambar tadi.

"#bestiedahkahwin #takbagitau #frust. Done." Ujar Ryan lalu menuju ke mejanya.

Hanis masih tidak tahu apa yang telah Ryan lakukan. Dia menegakkan badannya dan memulakan kerjanya.

---

Kaef, Ruzaini dengan Luqman masih berada di pejabat Hazzar. Hazzar bangun lalu mendekati mereka bertiga. Kaki disilangkan.

"Malam ni korang free tak?" Soal Hazzar.

"Aku ada date. Kenape?" Ujar Kaef.

"Aku nak ajak korang pergi tempat biasa. Sejak seminggu dua ni aku jarang pergi." Mana taknya, takkan nak cakap dekat Hanis dia nak pergi kelab malam.

"Aku tak dapatlah."

"Aku pun." Sambung Luqman.

Hazzar merengus. Badan disandar malas. Mata mereka tertumpu pada Hazzar.

"Ala kau ni, nanti kitaorang datang rumah kau jugak kan? Sambil-sambil tu bolehlah... Kau fahamkan? Arak apa semua." Ujar Luqman.

"Yelah yelah. Terpaksalah aku menghadap muka si Hanis tu." Bebelnya.

"Hanis? Pembantu rumah kau?" Hazzar mengangguk.

"Apa susah, kau ajaklah Ernie. Kan kau dah berbaik dengan dia, kan? Macamlah kitaorang tak tahu." Ujar Kaef.

Hazzar mengerutkan dahi. Macam manalah diorang boleh tahu yang dia dah berbaik dengan Ernie ni?

"Kau tak payah tertanya tanya macam mana kitaorang tahu. Semalam aku terserempak dengan dia dekat kelab. Dia bagitahu tentang kau dengan dia termasuk maid baru kau tu. Dia kata lawa, tutup aurat." Sambung Kaef lagi.

Hazzar tidak membalas apa-apa.

---

Kamal dan Kasih duduk di sofa yang sama. Kasih masih memikirkan cara untuk musnahkan hidup Hanis. Dia buntu. Ada Kamal pun tak guna, bukan dia tolong fikirkan ke ape. Tak habis-habis ajak Kasih masuk bilik.

"Kau fikir apa tu?" Soal Kamal.

Kasih balas dengan jelingan tajam.

"Aku... Tak tahu lagi macam mana nak kenakan si Hanis tu. Arghh!" Kasih menjerit perlahan.

"Okay senang. Kau pergi rumah dia, tikam dia guna pisau lepas tu blah. Bila dia mati, kau ngoratlah si Hazzar tu. Dengan badan kau yang macam model tu." Cadang Kamal selamba.

"Cantik muka kau! Aku punyalah plan tak nak dia tahu siapa aku sebenarnya, kau? Suruh aku jumpa dia? Kalau dia tak mati? Sah-sah aku masuk ke dalam!" Marah Kasih.

"Sebelum ni, kau baik dengan dia pun bukan sebab kau memang nak berkawan dengan tapi sebab apa? Nazrul kan? Lepas Nazrul, kau Hazzar pulak." Kasih merengus.

Dia menoleh ke arah Kamal.

"Memang pun! Aku tak fahamlah, semua orang yang aku sayang, aku cinta, semua dia dapat. Dasar perampas!" Kamal tersenyum kecil.

"Kau kata apa? Ulang sikit. Perampas? Hanis tu perampas? Kau sendiri tak pernah luahkan perasaan kau dekat diorang, tak pernah bagitahu Hanis tentang perasaan kau dekat mamat tu. Sekarang kau nak salahkan Hanis pulak? Gila." Balas Kamal.

"Aku tak pernah bagitahu apa-apa? Aku belum mula lagi, Hanis dah rembat! Si*l!

"Fine fine! Sekarang ni aku dah malas nak bertekak dengan kau, kau nak suruh aku buat apa pulak kali ni?" Kasih menoleh dengan senyuman sinis, scary.

"Aku nak... Kau hancurkan rumah tangga dia. Hasut keluarga mertua dia, buat Hazzar semakin benci dekat dia. Senang je kan?"

"Senang. Sebab kau cuma bagi arahan. Yang payahnya aku! Okay, hancurkan rumah tangga dia, hasut keluarga mertua dia dan buat Hazz benci dekat dia. Tapi macam mana?" Soalnya lagi.

"Untuk keluarga mertua dia aku nak... Kau hantar gambar yang aku pernah hantar dekat babah dia dulu. Rumah tangga dia pulak, kau kena menyamar jadi... Kekasih dia."

Kamal mengangguk lalu meleret senyuman sinis.

"Aku tahu apa yang aku nak buat. Tapi aku tak boleh buat dalam minggu dengan minggu depan. Aku ada urusan lain nak buat." Kasih menarik nafas panjang.

"Suka hati kau. Tapi aku nak diorang bercerai dalam masa 2 bulan. Kalau tak, kau yang akan menyesal." Ugut Kasih.

"Whatever miss Lara Kasih. Asalkan kau bayar gaji aku sudah. Kalau tak, semua plan kau, kita, aku dedahkan dekat semua orang. Termasuk Hanis." Ugut Kamal kembali.

---

Bom!

Pintu dihempas kuat. Matanya meliar mencari kelibat Hanis tapi tiada. Anak mata Hazzar menoleh ke tingkat atas.

"Hanis! Hanis!" Panggilnya.

Matanya mengerling jam di dinding. Sudah pukul 10 tapi Hanis tak balik-balik lagi. Hazzar merengus kasar.

"Mana perempuan ni tak balik-balik lagi. Kata balik pukul 7, kau ni memanglah." Ujarnya dengan nada marah.

Kaki dihentak kuat menaiki anak tangga. Sekali lagi pintu ditutup kasar.

---

Kereta Hanis selamat masuk ke dalam perkarangan rumah. Pintu di buka dan kaki melangkah keluar dari perut kereta. Tiba-tiba sahaja hatinya berdegup kencang. Hanis toleh ke arah pintu, dia betul-betul tak sedap hati.

Pintu kereta ditutup rapat. Langkahnya diatur mendekati pintu rumah. Bergegar tangannya mahu membuka pintu.

"Assalamualaikum..." Ucapnya lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Dia melihat sekeliling, gelap. Takkan Hazzar tak buka lampu? Beg tangannya diletakkan pada sofa lalu dia mendekati suis lampu dan kipas. Hanis mengukir senyuman apabila setiap ruang di dalam rumah sudah diterangi.

Tap! Tap! Tap!

Hanis menoleh apabila mendengar bunyi hentakan tapak kaki Hazzar. Perlahan-lahan muncul wajah Hazzar dengan tangannya berada di dalam koceknya.

Hanis cuba mengukir senyuman manis kepadanya, tetapi wajah Hazzar langsung tidak memberikan sebarang respon.

Jantungnya mula berdegup kencang apabila Hazzar mendekati Hanis. Hanis menurunkan pandangannya. Takut untuk melihat Hazzar dihadapannya. Masing-masing tidak bersuara dan hanya mendengar bunyi kipas angin yang berpusing.

"Kau pergi mana? Kenapa baru sekarang nak balik? Kenapa tak balik minggu depan je?" Soalnya dengan nada dingin.

"Ta--Tadi Hanis ada buat over time sebab banyak sangat kerja yang nak disiapkan." Ujarnya dengan nada takut-takut.

Kedengaran Hazzar mendecit.

"Kau ingat aku ni b*doh ke ape? Kau cakap jelah yang yang pergi berfoya-foya dengan jantan dekat luar sana!" Marahnya.

Hanis sabar. Bibir diketap.

"Kalau abang tak percaya, abang boleh periksa cctv dekat pejabat Hanis. Cuma ada Hanis dengan beberapa staf lain je." Ujarnya.

"Habis tu ni apa?" Hazzar menunjukkan satu gambar didalam telefonnya kepada Hanis.

Hanis mengecilkan matanya untuk melihat gambar tersebut. Matanya membulat besar kemudian memandang wajah Hazzar.

"Apa? Terkejut? Terkejut aku jumpa gambar kau dengan jantan lain? Tak payah terkejut, gambar ni dari Instagram. Kau cakap apa dulu, kau bukan macam apa yang babah kau cakap, bukan macam gambar yang kau tengok dulu dan ni ape!? Jawab aku Hanis Adawiyah!" Ujarnya marah.

"Itu Ryan!" Balasnya.

"Kau bagitahu aku nama jantan dah kenapa? Kau ingat aku nak pergi jumpa dia belasah dia?" Tengkingnya lagi.

"Tunggulah saya habis cakap dulu. Ryan tu dia pondan- " Hazzar mendecit sekali lagi.

"Dia cuma rakan sepejabat dengan saya. Itu je, tak lebih pun. Rapat? Saya, Lara dengan Ryan atau Rina ni, dah kawan masa dekat kolej lagi. We're nothing. Lagipun dia dah kahwinlah!" Terang Hanis dengan harapan Hazzar akan percaya.

Hazzar mendekatkan wajahnya dengan Hanis.

"Kau cakaplah apa sekalipun, sepatah pun aku takkan percaya. Tadi bonda call aku, dia suruh aku bawak kau jumpa dengan dia esok! Tengahari. Aku tak tahu macam mana kau nak keluar ke ambik cuti, yang penting aku akan jemput kau tengah hari esok! Kalau tak, aku masuk pejabat kau aku heret kau keluar. Faham!"

Hazzar berlalu pergi meninggalkan Hanis. Keluhan dilepaskan. Hanis terduduk.

"Bila masa pula si Ryan ni ambik gambar dengan aku? Ni lagi satu masalah, bonda. Harap-haraplah bukan sebab benda yang... Buruk." Ujarnya lemah sebelum melangkah naik ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience