Chapter 71

Romance Completed 35261

"Adam !" mulutnya lancar menyebut nama lelaki yang baru dipanggil itu. Sudah berbulan mereka tidak mendengar apa-apa berita mengenai lelaki itu. Kali terakhir mereka jumpa Adam pun masa Adam cuba memperkosa Sofia Amelia.

Sofia Amelia terkedu melihat Adam yang berdiri di hadapan dengan tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Iskandar Faiz pula menjadi cacing kepanasan.

"Sayang, we go back now!" kata putus Iskandar Faiz. Bimbang kalau berada terlalu lama, Adam akan menyakiti Sofia Amelia.

"But we haven't finish our shopping, abang." Sofia Amelia masih belum puas membeli barang bayi.

"We still have time sayang. Sekarang bukan waktu yang sesuai." tegas Iskandar Faiz.

"Sofi, aku nak cakap dengan kau." bersuara Adam. Adam tahu Iskandar Faiz cuba untuk mengelakkan Sofia Amelia daripada bercakap dengan dirinya.

Sofia Amelia hanya berdiam. Tidak tahu bagaimana hendak mengambil keputusan. Muka suaminya ditenung bagi mendapatkan bantuan. Sama ada perlu bercakap ataupun tidak dengan Adam.

"Kau nak cakap apa dengan bini aku?" keras suara Iskandar Faiz.

"Is, aku bukan nak cari pasal dengan kau ataupun dengan Sofi. Aku nak minta maaf atas semua kesalahan aku dulu."

Sofia Amelia tekun mendengar setiap bait-bait kata yang dituturkan oleh Adam. Tetapi Iskandar Faiz pula senyum sinis.

"Kau nak aku percaya yang kau sudah berubah? Kau nak kami maafkan kau?" soal Iskandar Faiz sinis.

"Sumpah demi Allah Is. Aku dah berubah. Aku sudah sedar apa yang aku telah buat selama ini semuanya satu kesilapan yang besar. Masa aku di penjara, aku sedar semuanya. Please Is, Sofi, maafkan aku." dengan bersungguh-sungguh Adam meminta maaf.

"Abang, kita maafkan dia." kata Sofia Amelia kepada Iskandar Faiz. Sofia Amelia berasa kasihan dengan Adam. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan? Apa salahnya kita maafkan orang itu setelah mereka sedar kesilapan mereka? Allah pun maafkan umat-umat. Jadi, kita sebagai manusia biasa boleh maafkan orang yang telah membuat kesilapan. Bukan dosa pun!

"Baik, abang akan maafkan dia. Tapi, abang tak akan lupakan apa yang dia sudah buat kat sayang!"

"Is, aku tahu susah untuk lupakan peristiwa yang telah pun berlaku. Masa itu aku tak fikir secara waras. Aku bertindak secara melulu. Aku janji lepas ini aku tak akan ganggu kau dan Sofi. Cukuplah sekadar kau dan Sofi maafkan aku dengan sepenuh hati." Adam berasa gembira walaupun Iskandar Faiz tidak bersedia untuk melupakan peristiwa yang telah berlaku, tetapi syukurlah setakat Iskandar Faiz maafkan.

"Adam, awak muda lagi. Lepas ni, cuba berubah jadi baik. Jangan terjebak dalam perkara-perkara tak elok. Awak masih ada masa depan. Don't spoil your future, Adam. Mak ayah awak pun orang bekerjaya. Ada business sendiri. So, focus on your career." nasihat Sofia Amelia lembut.

"I will Sofi. Thank you for your advice."balas Adam sambil senyum kecil.

"Baik lah aku balik dulu. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Iskandar Faiz dan Sofia Amelia memberi salam serentak. Penglihatan mereka tidak sedikit pun beralih sehinggalah bayang Adam hilang dari situ.

"Abang, can we continue our shopping ?" tersengih Sofia Amelia.

"Yelah, yelah." mengalah juga Iskandar Faiz. Walaupun penat, Iskandar Faiz tetap melayani semua kehendak Sofia Amelia.


*****************

"Boleh cakap ke tak? Kalau aku cakap, dia akan dengar ke?" Wahidah Tiara berkira sambil berdiri di luar bilik tidurnya.

"Hehem..."

Terdengar bunyi orang yang berdeham di sebelahnya. Dengan laju, Wahidah Tiara menoleh ke sebelah.

"Mak..."

Melihat keberadaan Datin Mariam di sebelahnya. Mukanya tak payah cakap. Merah. Renungan matanya seperti singa menunggu untuk terkam mangsanya.

"Bila kau nak buat kerja yang aku suruh?" soal Datin Mariam. Suaranya tidaklah begitu tinggi. Risau Hafiz terdengar pula.

"Mak... Itu..." gugup Wahidah Tiara.

"Apa? Kau dengar sini betina! Aku bagi kau dua hari je, tau! Aku nak kau pujuk Hafiz sampai dia setuju kahwin Sara. Faham?"

"Fa...ham...mak..." tidak tahu mengapa Wahidah Tiara bergugup semasa bertutur dengan Datin Mariam. Tetapi cara menjawab Wahidah Tiara berjaya meninggikan rasa amarah Datin Mariam.

"Kalau kau tak buatkan Hafiz kahwin dengan Sara, kau tahulah padahnya. Jangan cabar aku!" ugut Datin Mariam. Dagu Wahidah Tiara cengkam kuat sehingga menyebabkan Wahidah Tiara terasa sakit.

"Auch... Sakit mak..." keluar juga mutiara jernih dari mata Wahidah Tiara.

"Ya Allah, sampai bila aku kena hadap semua ini?" rintih Wahidah Tiara dalam hati.


**************

Rumah banglo yang mewah itu dipandang lama. Hatinya berbelah bahagi. Patutkah dia masuk ke dalam rumah banglo itu?

“Sayang, kenapa tak turun lagi? Are you okay sayang?” soal Iskandar Faiz sedikit cemas. Dia bukan apa, dia cuma risau sekiranya isteri awal bersalin. Memandangkan kandungannya sudahpun cecah tujuh bulan, doktor pakar wanita ada memberi amaran supaya berhati-hati. Sekiranya terasa sakit, terus membawa ke klinik.

“I am fine, abang. Cuma…” terhenti Sofia Amelia. Tak jadi untuk meneruskan.

“Cuma apa sayang? Tell me.” lembut sahaja suara Iskandar Faiz. Tangannya menggenggam jari jemari isterinya.

“Are you sure daddy sudah maafkan sayang?” tanya Sofia Amelia sambil menunduk.

“Daddy sudah maafkan kamu Sofi.” entah dari mana Dato’Johari muncul.

“Daddy!” Sofia Amelia terus keluar dari perut kereta untuk menghampiri Dato’Johari. Namun, malangnya kaki Sofia Amelia tersilap langkah. Sedikit sahaja mahu mencium jalan bertar itu.

“Careful sayang!” nasib baik Iskandar Faiz menahan Sofia Amelia. Hampir berhenti degupan jantung Dato’Johari dan Iskandar Faiz. Apakah yang akan berlaku sekiranya Sofia Amelia terjatuh tadi?

“I am sorry abang. Sayang tak sengaja.” kata Sofia Amelia. Tangan mengusap perut yang sarat itu.

“Sayang, abang tak marah. But please take care of yourself and our babies. Macam mana kalau abang tak sempat tahan sayang tadi?” risau Iskandar Faiz.

“Sofi jangan terburu-buru lepas ini. Tolong jaga cucu daddy. Daddy tahu Sofi happy sangat bila daddy mula cakap dengan kamu.” potong Dato’Johari.

“I am sorry daddy. Next time I will be more careful.” ujar Sofia Amelia.

“That’s my wife.”

“Sudah lah, masuk dalam. Berapa lama mau diri kat luar? Malam nanti kenduri doa selamat.” ajak Dato’Johari.

“Baik papa. Marilah kita masuk ke dalam. Come sayang.”


*******************

“Hafiz, can we talk for a while?” tanya Wahidah Tiara perlahan. Gelas yang mengandungi air kopi diletak di atas meja kerja Hafiz.

“Yes Tiara? Anything?” Hafiz mengalihkan perhatian terhadap Wahidah Tiara yang berdiri di sebelah.

“Erm, awak sibuk ke?”

“Tak, kenapa sayang? Kenapa muka awak pun nampak pucat? Come.” tangan Wahidah Tiara diraih. Wahidah Tiara tanpa membantah melabuhkan punggung di atas riba Hafiz.

“Okay, tell me now. Apa yang awak nak cakap?” soal Hafiz separuh berbisik. Tangannya melingkari pinggang isterinya.

“Awak akan dengar semua cakap saya ke?” tanya Wahidah Tiara. Matanya menatap mata suaminya.

“Yes. Saya akan buat yang terbaik untuk selesaikan apa yang awak suruh, Tiara.” jawab Hafiz tenang. Mereka berdua membalas pandangan. Masing-masing diam seribu bahasa.

“Saya nak awak kahwin dengan Sara!” sekali nafas Wahidah Tiara memberitahu kehendaknya.

Terkejut Hafiz mendengar permintaan Wahidah Tiara. Berubah riak wajah Hafiz.

“No Tiara!” bantah Hafiz.

“Please Hafiz. Awak kata awak akan buat apa yang saya cakap kan.” Wahidah Tiara masih memujuk.

“Kalau permintaan lain, saya akan cuba buatkan. Tapi permintaan ini, I am sorry Tiara. I can’t.”

“Saya merayu Hafiz. Kahwin dengan Sara. Dia baik orangnya. Apa kurangnya dengan Sara? Sebenarnya dialah wanita yang sama taraf dengan awak.” sayu suara Wahidah Tiara. Kalau dirinya dibandingkan dengan Sara, memang tarafnya rendah.

“I said no means no Wahidah Tiara!” meninggi suara Hafiz. Orang sudah cakap tak boleh, masih memaksa. Siapa yang tak akan marah?

“Awak marah saya ke?” air matanya berkumpul di tubir mata Wahidah Tiara.

“Tiara, dengar sini. Hanya awak sahaja dalam hati saya. Only you are my wife. No one can replace you in my heart. Jadi, tolong hentikan memaksa saya!”

“Aduh, macam mana ni?” fikir Wahidah Tiara. Dia sendiri tidak bersedia untuk bermadu. Tetapi, disebabkan Datin Mariam, Wahidah Tiara terpaksa buat sedemikian.

“If there is nothing to talk, you go and sleep. Saya ada kerja yang kena siapkan.” dingin suara Hafiz. Hilang mood gembiranya tadi.

“Hafiz, awak sayangkan saya tak?”

“Soalan apa yang awak tanya ni? Awak adalah nyawa saya, Tiara.” jawab Hafiz.

“Do you love our baby?” tanya Wahidah Tiara lagi.

“Yes. Of course.”

“Then kahwin dengan Sara.” kata putus Wahidah Tiara.

“No Tiara!” menolak Hafiz.

“Kalau ini adalah keputusan awak, hari ini adalah hari terakhir awak jumpa saya. I will leave this house.” ugut Wahidah Tiara. Dia tahu Hafiz terpaksa bersetuju kalau dia ugut sebegitu.

“Apa awak merepek Wahidah Tiara?” naik suara Hafiz seoktaf.

“I am telling you seriously. Kalau awak tak nak saya keluar dari rumah ini, setuju dengan permintaan saya.” keras nada Wahidah Tiara.

Hafiz berdiam. Tidak mampu untuk berfikir. Dia terpaksa mengalah. Kalau dia masih membantah, Wahidah Tiara akan meninggalkan rumah itu. Hafiz tahu, Wahidah Tiara seorang yang degil. Dia akan buat apa yang dia cakap.

“Fine, kalau ini yang awak nak, saya setuju!” akhirnya Hafiz mengalah.

Wahidah Tiara hanya senyum kecil. Walaupun hatinya terasa sakit, dia terpaksa berbuat sebegini. Biarlah waktu mengubahkan segalanya. Biarlah waktu mengubati hatinya.


***********************

“Sofi, minum susu.” Mak Ziah mendekati Sofia Amelia yang duduk lesu di sofa.

“Penat Mak Ziah.” keluh Sofia Amelia. Kakinya sakit.

“Mak Ziah tahu. Minum susu ini dulu. Lepas itu pergi berehat. Tadi, awak layan tetamu kan.”

“Sayang, abang nak urut kaki. Letak kaki di atas riba abang.” arah Iskandar Faiz. Minyak gamat diletak sedikit lalu diurut kaki Sofia Amelia yang bengkak itu.

“Sofi, Mak Ziah tak sabar nak tengok anak awak.” kata Mak Ziah. Siap bayang muka anak yang bakal lahir itu.

“Sofi pun teruja juga Mak Ziah. Tapi, takut bila fikir masa bersalin nanti.” terdapat nada risau.

“Jangan risau Sofi.” kini Dato’Johari pula muncul di situ.

“Pa, duduk lah.” pelawa Iskandar Faiz.

“Abang, daddy, Sofi ada benda nak cakap sikit.” Sofia Amelia mengambil keputusan untuk memberitahu sesuatu yang masih disimpan di dalam hati.

“Apa dia sayang?” soal Iskandar Faiz sambil mengurut kakinya.

“Sebenarnya, dulu sayang ada makan ubat mencegah hamil sebelum sayang disahkan hamil.” kata Sofia Amelia perlahan.

Iskandar Faiz hanya diam. Dato’Johari pula menggeleng kepalanya perlahan.

“Abang, daddy, Sofi minta maaf. Sofi tahu Sofi tak sepatutnya ambil ubat itu.”

“Sofi kejap.” celah Mak Ziah.

Mereka bertiga memandang Mak Ziah. Kenapa tiba-tiba Mak Ziah mencelah?

“Sebenanya, awak tak ambil ubat cegah hamil Sofi. Ubat yang awak makan itu adalah ubat untuk kuatkan rahim dan kekal subur.” akhirnya Mak Ziah memberitahu hal sebenar.

“Apa? Sofi kan beli ubat cegah hamil haritu?” terkejut Sofia Amelia.

“Memang betul Sofi beli ubat cegah hamil. Tapi, selepas beli ubat itu, Sofi kan pergi tandas. Ingat tak?” Mak Ziah mula mencerita.

“Masa itulah, Mak Ziah beli ubat kesuburan. Mak Ziah tukar ubat. Nasib baik ada ubat kesuburan yang sama warna dan sama bentuk dengan ubat cegah hamil. Sebab itulah Sofi tak dapat nak syak apa-apa.” cerita Mak Ziah kejadian sebenarnya.

“Thank you Mak Ziah.” Iskandar Faiz bangkit. Kaki isterinya diletak perlahan di atas lantai.

“Tak apa Is. Mak Ziah tak nak rumahtangga kamu berdua hancur. Sebab itulah Mak Ziah berbuat sebegitu. Sofi, anak adalah penyeri hidup. Pengikat cinta antara suami dan isteri.” kata Mak Ziah.

“Sofi sudah sedar Mak Ziah. Terima kasih sebab tukar ubat.”

“Dah Sofi. Ingat cakap Mak Ziah. Lepas ini, kalau nak ambil keputusan pasal rumahtangga, tolong fikir pasal perasaan suami kamu. Is seorang suami yang baik. Jangan sesekali kecewakan dia.” nasihat Dato’Johari.

“Baik daddy. I am very lucky for getting Is as my husband. I love you abang.” ucap Sofia Amelia romantik.

“I love you too sayang.” balas Iskandar Faiz sambil melingkari tangan di pinggang isterinya.

“Kalau nak romance pun, tengok lah sekeliling. Daddy pula rasa malu. Daddy masuk bilik lah. Daddy tak nak kacau romantic couple.” usik Dato’Johari.

“Mana gelas Sofi? Mak Ziah pun tak nak lama-lama kat sini. Tak nak ganggu bakal ibu bapa ini.” Mak Ziah pun masuk ke dalam dapur. Kini tinggallah Sofia Amelia dan Iskandar Faiz di ruang tamu.

“Sayang, thank you sebab mengandungkan zuriat-zuriat abang.”

“Abang, I am glad that we are going to be parents. Kita besarkan anak-anak kita bersama-sama.” ujar Sofia Amelia.

“Abang selalu ada bersama sayang. You and our kids are my world.” dahi isterinya dicium dengan penuh kasih sayang.

Enjoy reading :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience