Masa Kini - Kuala Lumpur, Malaysia
MAY'NIAL CAKES & CAFÉ BOUTIQUE
SEPASANG mata tua itu redup melontarkan renungan yang begitu sarat dengan kerinduan. Rindunya seorang ibu yang sudah hampir lima tahun lamanya tidak menatap wajah anak perempuan bongsu kesayangan.
Namun renungan penuh redup itu semakin menampakkan emosi kesayuan tatkala anak ini tidak mengendahkan kedatangan beliau. Begitu sibuk dengan kertas kerja yang berselerakan di atas meja. Ataupun mungkin anak ini hanya berpura-pura sibuk.
"Maya. Anak ibu..."
"Anak ibu?! Wow! It's been a while Datin Maira. Sekarang baru nak sedar ke ada seorang lagi anak daripada keturunan Dato' Haji Smith Abdullah?!" Maya Harlisya yang sedari tadi menyelak helaian kertas hanya menyinis.
"Maya sayang. Maya sendiri tahu kan yang ibu tak pernah buang Maya." Datin Maira cuba meraih telapak tangan anaknya namun hanya keluhan berat mampu terkeluar di hujung bibir tatkala Maya Harlisya menepis kasar tangan tuanya.
"Just straight to the point Datin Maira. Atas urusan apa datang ke mari? Nak tempah kek? Boleh pergi ke bangunan sebelah. This is an office and I have a lot of work to do!"
"Ibu nak anak ibu balik. Ibu nak Maya pulang ke pangkuan keluarga kita dan tolong jangan panggil ibu dengan panggilan Datin Maira. Ibu ni ibu kandung Maya, sayang."
Datin Maira menahan sebak di dada. Betapa beliau sangat rindukan panggilan ‘ibu’ dari suara gemersik manja Maya Harlisya. Satu-satunya anak perempuan bongsu di dalam keluarga selain daripada mempunyai dua lagi orang abang.
Maya Harlisya menghempas perlahan pen di atas meja kerja. Lalu menyandarkan sedikit kasar tubuhnya pada kerusi kerja beroda sambil berpeluk tubuh.
Sungguh! Maya Harlisya begitu merindui ibunya. Tetapi hati seorang bergelar anak kandung kepada Dato' Haji Smith Abdullah dan Datin Maira ini masih lagi terluka dengan perbuatan abah. Perbuatan yang terpaksa disokong penuh oleh sang ibu yang begitu menghormati abah sebagai seorang ketua keluarga dan juga seorang suami. Membuangnya tanpa belas kasihan! Menyukarkan perjalanan hidup beliau bersama-sama Danial Armand dengan menggunakan pengaruh korporatnya.
Namun... sehebat mana pun pangkat seseorang itu, mana mampu menidakkan takdir yang sudah tertulis sejak dari azali lagi. Kejayaan yang begitu luar biasa beliau kecapi sehingga ke tahap ini sehinggakan Dato' Haji Smith Abdullah sendiri terpaksa mengundurkan diri!
Tiada lagi gangguan daripada abah. Gangguan demi hanya mahu Maya Harlisya tersungkur dan kembali semula ke pangkuan keluarga.
"Baliklah Datin Maira. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Cukup bahagia dengan anak saya, Danial."
"Mana Danial? Ibu rindu dengan cucu ibu tu..."
Berdekah Maya Harlisya melepaskan ketawa. Ritma bunyi dekahan penuh dengan rasa meluat!
"Such a funny and hypocrite statement Datin Maira! Jangan nak buat lawak dekat sini ya. Baliklah. Sebelum Maya panggil sekuriti!"
Begitu kasar bangkitnya Maya Harlisya dari kerusi kerja beroda sehingga berdentum bunyinya menghentam dinding belakang.
Maya Harlisya menjeling tajam pada dua barang yang diletakkan oleh Datin Maira di atas meja kerjanya.
"Hadiah ibu untuk Danial sempena harijadi yang ke-5 tahun…"
"Dan cincin ni… dari Emir. Dia ada datang ke rumah jumpa ibu. Dia mahu sambung semula ikatan pertunangan dengan Maya."
Datin Maira tersenyum sayu lalu menjatuhkan tangan kanannya kembali. Begitu mengharapkan huluran salam seorang ibu disambut dengan kucupan syahdu seorang anak di kekura tangannya.
Namun... tiada sambutan dari tangan anak perempuan bongsu kesayangannya. Dengan langkah penuh memberat... Datin Maira berlalu pergi.
***
FAROUK Hazami menggeleng-gelengkan kepala. Sudah diagak sahabatnya ini masih lagi berada di pejabat. Masih lagi meneliti fail yang diberikan olehnya pagi tadi.
"Aduhlah Maya oi! Nanti-nantilah baca profil calon-calon Personal Bodyguard untuk Danial. Sekejap lagi majlis nak mula dah. Anak kau tu dah memekik cari kau. Cair tahi telinga aku ni nyah!"
"Masa itu emas Farouk. Dalam sesaat macam-macam boleh jadi. Kalau diikutkan hati aku ni... hari ini juga aku nak upah Personal Bodyguard untuk Danial." Maya Harlisya hanya bersuara tanpa sedikitpun mengkalihkan pandangan ke arah sahabatnya. Beliau masih lagi ralit meneliti profil calon-calon di tangan.
"Don't worry Maya. Semuanya akan baik-baik saja. Aku tak rasa kalau betullah yang keluarga Danial masih lagi hidup tu hebat orangnya. Hebat lagi kau. Pengaruh kau sebagai seorang usahawan Public Figure lagi gah kut!" Begitu yakin Farouk Hazami berkata.
"Yes. Indeed!"
Maya Harlisya memejamkan pasang matanya buat seketika. Sejujurnya... beliau sendiri tidak berapa hendak yakin dengan ungkapan yang dipertuturkan olehnya itu sendiri sebentar tadi!
***
SHAMZY'S MANSION
BANG!
"Argh! Abang!"
"Argh! Shit! Boss! Ini akulah boss!"
Dato' Engku Shamzy Damien Arash pegun sejenak pergerakannya. Hanya cuma beberapa ketika sahaja beliau kembali tersadar pada realiti. Terangkat sebelah kening beliau melihat posisinya kini.
Kenjy Ali. orang kanan kepercayaannya kini berada dalam keadaan terlentang di atas meja ruangan sofa yang terletak di pejabat khas di tingkat lima dan genggaman tangan beliau begitu erat menggenggam pisau Rambo yang kini berada di leher lelaki itu!
Kenjy Ali meregangkan tubuh tegapnya. Mahu memaki hamun Ketua Mafia ini? Dalam hati sahaja bolehlah! Nak mampus maki depan-depan! Mahu kena kelar terus batang leher!
"Aku naik ni sebab aku bawa Red Velvet Cake untuk bos. Kek kesukaan bos ni…" Kenjy Ali menghulurkan sebiji kek bersaiz kecil sebesar piring kecil sahaja. Khas untuk dijamah oleh Encik Mafia Bos tanpa perlu berkongsi dengan yang lain.
Kek yang berbentuk lambang kemegahan Organisasi Mafia Draskull di bawah naungan Dato' Engku Shamzy Damien Arash.
"Sedap." Dato' Engku Shamzy Damien Arash memuji kesedapan Kek Red Velvet yang mencair perlahan di mulutnya. Begitu menepati tekaknya yang cerewet. Sempurna!
"Selamat hari jadi bos!"
Kenjy Ali tersenyum mendabik dada. Adalah satu kebanggaan apabila lelaki ini memberikan kata-kata pujian. Pemilihan tempat menempah kek harijadi bos di May'nial Cakes & Café Boutique adalah pilihannya sendiri.
"Thank god that beautiful lady willing to take last minute order." Kenjy Ali yang sedari tadi menguman perlahan terdiam. Tiba-tiba beliau teringatkan akan sesuatu!
Ya! Sesuatu!
"Capo (Boss)..."
"Hokoku-sho... (Report)" Kenjy Ali sudah menelan kesat air liurnya. Gelabah punya pasal sekali dua bahasa asing beliau tuturkan. Bahasa ibunda Itali dan juga Bahasa ibunda Jepun!
Apa yang hendak dihairankan. Dua bahasa ibunda ini cukup difahami oleh Dato' Engku Shamzy Damien Arash. Merupakan seorang lelaki yang mempunyai dua baka kacukan tersebut di sebelah arwah bapa dan Melayu di sebelah arwah ibunya.
Dan beliau sendiri mempunyai baka kacukan Jepun-Melayu!
"Hokoku-sho! (Report!)" Dato' Engku Shamzy Damien Arash bersuara agak keras lalu menumbuk padu meja. Pantang kiranya anak buah sempat mengelamun tatkala mahu menyampaikan sesuatu informasi!
"Err... aku ada jumpa satu budak lelaki ni dalam umur 5 tahun. Muka dia sebiji macam bos!"
***
MAY'NIAL CAKES & CAFÉ BOUTIQUE
"HAPPY Birthday to Danial Armand..."
"Happy Birthday to you..."
"Yeay! Make a wish sayang mama." Maya Harlisya mengucup raut wajah si comel Danial Armand bertalu-talu sebelum anak ini meniup batang lilin di atas Kek Red Velvet berdekorasi bentuk figura Boboiboy Kuasa Tiga. Kartun animasi kesukaan Danial Armand.
"Mama. Danial want to make a wish in front of my friends. Danial tak nak wish dalam hati. Boleh tak mama?"
"Boleh sayang. Mama pun nak dengar wish handsome boy mama ni juga. Ready… one, two… go!" Maya Harlisya merangkul erat tubuh kecil Danial Armand dari belakang. Sesekali bibirnya mengucup ubun-ubun anak kecil ini.
"Kawan-kawan. Malam semalam Danial ada mimpi tau. Danial mimpi papa Danial."
"Mama. Can you find one papa for me? Please..."
Mellbie ISR
Actual date published: 6/6/2021
Republished cum editing: 31/8/2022
Share this novel