BAB 2

Horror & Thriller Completed 4375

Bila sampai di tempat itu bulu roma saya tak semena-mena meremang.

Masa tu saya betul-betul pelik, kenapa tempat ni macam tak terurus dan saya amati kawasan keliling, saya lihat macam kawasan orang mengaji, sebab nampak rehal (tempat letak kitab).

Saya istighfar, terus ke tempat berwuduk. Ketika berwuduk, sekali lagi bulu tengkuk saya meremang.

Saya terus pusing ke belakang, tiada apa-apa yang pelik. Terus saya ambil wuduk dengan kelam kabut,dengan hati tak tenang.

Selesai berwuduk, saya terus ke tempat kain telekung. Agak terkejut bila saya tengok kain telekung bersepah-sepah. Saya terus membebel sendiri..

‘haishhh budak-budak ni…dah solat,tak reti nak lipat balik..’

Selesai pakai telekung, saya masih rasa tak tenteram, tak tahu kenapa dengan kain telekung yang senteng saya pusing-pusing mencari arah kiblat.
Masa tu memang tak fikir la kenapa telekung tu macam pendek sebab saya fikir itu telekung kanak-kanak.

saya intai tempat solat lelaki, untuk pastikan arah kiblat. Setelah betul-betul pasti arah kiblat, saya mula untuk solat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience