Saraa duduk menghadap mereka dengan memeluk lututnya. Ekspresi wajahnya berubah-ubah daripada senyuman manis kepada jelingan dengan perasaan yang penuh geram. Semua yang berada di situ menelan liur gerun melihatnya.
“Kenapa ni? Nampak takut je,” tanya Saraa sebelum ketawa mengilai.
Tiada siapa yang menjawab.
“Hey! Jawablah! Nak kata aku tutup mulut korang, aku tak tutup pun!,” Saraa tiba-tiba berang lalu mengacukan pistol ke arah mereka.
“Saraa! Kau dah hilang akal ke?! Yang kau acukan pistol tu darah daging kau sendiri tau!” Haris panik.
“Kau diamlah pembunuh!” marahnya. Bebola matanya yang merah akibat amarah memandang tepat di mata Haris.
Haris terkejut besar apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut wanita ‘tak ada akal’ di hadapannya. Pembunuh? Jangan-jangan…..
“Mereka tak pernah pun anggap aku ni darah daging mereka jadi kau jangan nak menyibuk!” sambungnya lagi.
“Pe…pembunuh???” Mila hairan lalu memandang wajah Haris.
“Apa maksud Saraa? Haris pembunuh?” tanya Maklang.
Saraa melihat wajah mereka satu persatu lalu tergelak besar.
…
“Wey! Lepaskanlah kami!” Syaza menumbuk bahu bidang Zack.
Zack hanya melihatnya dengan tenang dan membiarkan dia menumbuk bahunya.
“Kau tak kesiankan diorang ni ke?!” dia menunjuk ke arah Afif dan Mikail yang terlena di atas tilam.
“Ke memang kau ni tak berhati perut? Spesies kau ni memang pentingkan duit je ke?” provoknya.
Zack masih kekal tenang walaupun hatinya sakit mendengar tuduhan keras wanita mengandung yang berada di hadapannya itu.
“Hey kau dengar sini ya! Hidup kau takkan tenteramlah sebab makan duit haram!”
Kesabaran Zack kini semakin tipis. Dia mencengkam leher Syaza lalu mendorongnya ke dinding. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Syaza dengan nafas yang turun naik.
“Aku tak kebulur pun nak makan duit Saraa lah! Aku buat ni bersebab!” dia mengetap giginya geram.
“Apa sebab kau?!” soal Syaza dengan berani sambil menatap tepat di mata Zack.
“Sebelum dia suruh aku tawan korang, dia dah tawan adik aku dulu!” nada suaranya meninggi.
“Kalau dia dah tawan adik kau, kenapa tak report polis? Kenapa nak dengar jugak arahan dia?!” soal Syaza lagi.
Zack melepaskan cengkaman di leher Syaza. Dia terduduk lalu meraup wajah buntu. Keluhan berat dilepaskan.
“Aku tanya ni… kenapa?!” Syaza terus mendesak.
“ Kalau aku report, aku pun akan kena tangkap jugak. Adik aku siapa nak jaga?” jawabnya perlahan. Air mata jantannya mula tumpah.
Syaza terus tergamam melihat air mata Zack mengalir membasahi pipi.
“Aku ni pun penjenayah. Aku peragut dan pernah diburu oleh polis. Kalau aku report kat polis, tu maksudnya aku sedang serah diri aku kat polis. Adik aku, aku nak letak kat mana?” sambungnya lagi.
Syaza yang tiba-tiba kasihan melihat Zack menangis memgenangkan adiknya terus mendekatinya lalu mengusap bahunya untuk menenangkannya.
“Adik kau umur berapa?” suara Syaza kini mulai lembut.
“12. Dia ada Down Syndrome,”
“Aku mintak maaf sebab tuduh kau tadi tapi…,” kini giliran air mata Syaza yang mengalir.
“Aku risaukan ahli keluarga aku. Aku, Mika dan Afif ni pun tak tahu lagi apa nasib yang menunggu kami selepas ni,” sambungnya sayu.
Zack mengangkat wajah lalu mata mereka bertaut.
“Mungkin inilah takdir yang dah tertulis dalam hidup korang sebab dah seksa jiwa wanita bernama Saraa Airisha. Dia tak buat ni sekadar untuk suka-suka, tapi korang yang dah dorong dia untuk jadi macam ni,” nada suara Zack bertukar serius.
Syaza mengeluh berat mendengarnya. Air mata semakin deras mengalir.
“Aku….menyesal,” luahnya.
“Dah takde guna, Syaza. Sekarang ni aku nak mintak tolong satu je kat kau. Tolong jangan cuba nak larikan diri kalau kau tak nak apa-apa berlaku kat kau. Aku tahu Saraa tak akan apa-apakan budak dua orang ni sebab diorang tak berdosa. Tapi kau…,”
“Aku tahu,” Syaza terus memintas kata-katanya.
Zack menghela nafas panjang.
“Suami aku takde kena mengena dengan hal ni tapi kenapa dia pun kena?”
Belum sempat Zack menjawab, Mikail sudah terjaga dari lenanya kerana terdengar esakan Syaza..
“Kenapa Kak Syaza nangis? Abang marah Kak Syaza ke?” tanyanya mamai.
Syaza dengan cepat mengesat air matanya dan mengukir senyuman buat Mikail.
“Eh takdela. Kepala akak sakit sangat sebab tu akak nangis,” jawabnya lalu mendekati budak lelaki itu.
“Akak tanya abang Zack kut-kut dia ada ubat tapi takde pulak,” sambungnya dengan berpura-pura mencebikkan bibirnya.
“Betulke abang Zack?” Mikail memandang wajah Zack meminta kepastian.
“Takkan Kak Syaza nak menipu kot,” Zack mengukir senyum.
…
Saraa bangun dari duduknya lalu mendekati Haris.
“Kau nak tahu apa tujuan aku kat sini?” dia berpeluk tubuh di hadapan Haris.
“Pertama, seperti yang semua orang tahu, aku nak balas dendam kat darah daging tetapi bukan ahli keluarga aku ni. Kedua….,” wajahnya mula mendekati wajah Haris.
“Aku nak balas dendam kat pembunuh ibu dan ayah aku!” jeritnya di telinga Haris.
Haris menelan liur takut manakala Maklang, Maksu, Paksu, Syaza dan Mila masih terpinga-pinga kerana tidak mengetahui hal sebenar.
“Lima tahun lepas, kau ingat tak yang kau pernah terlibat dalam kemalangan. Sebab apa? Sebab kecuaian kau! Dah tahu takde lesen, nak jugak bawak motorsikal! Kalau takde lesen je aku tak kisah tapi yang kau modified motorsikal tu, bawak kat jalan raya lepastu motorsikal tu tak berfungsi terus langgar kereta Adam sampai ibu ayah aku terkorban, TU YANG AKU KISAH!!” Saraa terus menumbuk perut Haris kuat.
“Kau..dan kau…,” dia memanggil dua orang suruhannya.
“Tumbuk dia untuk aku!” arahnya lalu meraup wajah terus duduk memeluk lutut di sudut ruang itu. Matanya dipejamkan.
Mereka berdua hanya menurut arahan Saraa. Ada yang menendang dan ada yang menumbuk muka Haris dengan menggunakan knuckle weapon. Haris yang mengerang kesakitan langsung tidak dihiraukan. Mila dan Sufrina memejamkan mata kerana tidak sanggup melihat Haris dibelasah depan mata mereka. Maklang pula sedaya upaya memanggil Saraa untuk mengarahkan mereka berdua supaya berhenti membelasah Haris.
“Saraa! Tolonglah arahkan mereka supaya berhenti! Mati dia nanti….,” suara Maklang sayu.
Saraa ketawa sepuas hati mendengarnya.
“Dah, stop,” arahnya lalu mendekati Maklang.
Mereka berdua terus berhenti menumbuk dan menendang Haris yang sudah tidak bermaya itu. Mulutnya berdarah dan wajahnya dipenuhi lebam akibat tumbukan yang kuat.
“Kenapa kau takut dia mati? Dia dah bunuh ibu ayah aku dulu, kau tahu tak?!” dia duduk mencangkung menghadap Maklang. Matanya merah menahan air mata.
“Kau tahu? Aku bersyukur sangat dia nikah dengan anak kau. Tak payah aku nak cari dan buru dia sebab dia sendiri dah masukkan diri dia dalam jerat Saraa Airisha Binti Azman dengan menikahi anak mak saudara kesayangan Saraa ni,” sambungnya dengan senyuman sinis.
“Saraa…. maafkan aku,” suara Haris lemah.
“Sssssshhhhhh,” Saraa memandang Haris dengan jari telunjuknya berada di bibirnya sebagai arahan kepada Haris supaya jangan memyampuk.
“Untuk hari ni, part kau dah habis. Sekarang, part diorang ni pulak,” dia menjeling wajah ahli keluarganya satu persatu.
“Ka..kamu nak buat apa ni Saraa?” Paksu cemas.
Share this novel