Bab 36

Action Series 6386

Jam 3:00 pagi, Nuhayra dihubungi oleh dokter agar datang melihat keadaan anaknya buat kali terakhir kerana Naufal Khadeeja sudah semakin nazak dan kuman sudah merebak ke seluruh tubuhnya.

Naura dan ibunya mengekori langkah Nuhayra menuju ke bilik yang menempatkan seorang bayi yang begitu kecil. Hanya kulit yang membaluti tulang badannya.

"Assalamualaikum anak ibu. Naufal Khadeeja apa khabar? Sihat? Comelnya anak ibu."

Makin sebak hatinya melihat semangat Naufal Khadeeja hari ini seperti luar biasa. Tidak seperti hari-hari sebelumnya.

"Semangatnya anak ibu."

Jarinya dibawa ke bibir Naufal Khadeeja yang mengelupas.

Hati Naura dan ibunya sakit melihat kejadian yang dirasakan begitu mencengkam jiwa. Sebolehnya air mata ditahan namun tetap mengalir.

"Naufal Khadeeja, tengok tu nenek datang nak jenguk Deeja. Mari nenek, tengok Deeja." tangan ibu Naura ditarik.

Lantas, ibu Naura menapak merapati Nuhayra. Dia hanya melihat si kecil itu bergerak-gerak. Badannya sangat halus. Walaupun dia sudah cukup sifat, namun tubuhnya terlalu kecil.

"Sayang anak ibu, nampak tak nenek tengok Deeja ni? Nenek yang jaga ibu dari dulu tau. Dari ibu dapat tau yang Deeja ada dalam perut ibu sampailah hari ni. Anak ibu jangan tinggalkan ibu, ya. Jangan tinggalkan ibu."

Hatinya tidak dapat ditahan apabila jarinya digenggam anak kecil itu. Nuhayra menyembankan wajahnya ke dada Naura.

Naura tidak bersuara sebaliknya dia hanya mengusap belakang badan Nuhayra Amanda. Dia sendiri tidak dapat mengawal rasa sedih apatah lagi bahu yang menanggung derita ini.

"Na, tengok anak aku. Lepas ni kalau Deeja dah tak ada, kau tak boleh tengok dia bergerak lagi." Naura hanya cuma berdiam sambil bibir ditarik senyuman pahit.

Naura menutup mulut menahan menangis saat matanya terpandangkan si kecil yang berselirat dengan wayar. Bayangkan si kecil yang tubuhnya sehalus itu tapi penuh dengan wayar satu badan.

"Ayra..." Naura yang kalah dengan perasaan sendiri terus memeluk tubuh temannya.

"Tabahnya kau Ayra. Kuatnya kau Ayra." tambah Naura yang masih dalam pelukan Nuhayra.

"Aku kuat sebab Deeja, Na."

Makin sebak hati Nuhayra apabila melihat tangan kiri Naufal Khadeeja terawang-awang. Seakan sedang ingin memberitahu ibunya bahawa dia sihat-sihat sahaja.

"Sejuknya tangan anak ibu. Amboi, ligatnya dia. Sayang nak pegang apa tu? Kuatnya Deeja genggam jari ibu. Deeja tak nak lepaskan ibu ke? Deeja sayang ibu ke? Alaaa... sayang anak ibu ni." dikesat air mata dengan hujung tudungnya.

"Jangan tinggalkan ibu ya, sayang."

"Jom Na, kita keluar. Biarkan Ayra dengan anak dia. Mak dah tengok muka Deeja pun mak dah rasa lega dah." tangan Naura ditarik keluar dari bilik itu.

Pejuang kecil...

Akhirnya kau pergi juga meninggalkan ibumu yang dikejar dengan bayangan silam. Wanita yang kalah dengan takdir sendiri setelah kau pergi. Hanya kau satu-satunya punca semangat dia.

segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience