BAB 12

Crime Completed 12625

“Kau sengaja umpan aku ke sini kan? Kau nak bunuh aku sekarang?” Harum Zawani terjerit-jerit umpama orang hilang akal. Zulfaqar Warid mula bergerak menghampiri isterinya. Tujuannya cuma satu, dia mahu memeluk dan menenangkan isterinya yang amat dia rindui selama ini. Selama tiga tahun ini, dia cuma dapat memandang isterinya dari jauh sahaja.

“Kau jangan datang dekat aku. Jangan berani nak cuba apa-apakan aku lagi!”

Zulfaqar Warid langsung tidak mempedulikan jeritan isterinya. Dia terus mara dan mara. Harum Zawani menjadi panik lalu menyelongkar beg tangannya. Pisau belati milik Zulfaqar Warid dikeluarkan. Melihatkan pisau itu, Zulfaqar Warid terhenti melangkah. Dadanya sebak.

“Kau ingat lagi pisau ni kan? Kalau kau dekat lagi, aku bunuh kau seperti mana kau bunuh keluarga aku!” Harum Zawani mengacu-acu pisau tersebut ke arah Zulfaqar Warid. Zulfaqar Warid mengetap bibirnya, dia cuba membendung perasaan pilu yang menyengat pangkal hatinya. Dengan dada yang berombak, Zulfaqar Warid nekad mendekati isterinya.

Perbezaan jarak mereka sekarang cuma tinggal sejengkal. Tangan Harum Zawani yang memegang pisau jadi menggeletar. Dia ketakutan yang amat sangat.

“Abang tak pernah tinggalkan Wani...” Zulfaqar Warid bersuara lirih. Terbuntang mata Harum Zawani mendengar pengucapan Zulfaqar Warid. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa terkejutnya dia. Dengan perlahan tangan Harum Zawani digenggam suaminya.

Prup...

Darah memercik membasahi baju Harum Zawani. Belati yang dipegangnya kini sudah menusuk perut suaminya sendiri. Tangan Harum Zawani menjadi lemah. Dia sendiri tidak tahu bagaimana perkara itu boleh berlaku. Dia langsung tidak berniat mahu membunuh suaminya. Zulfaqar Warid rebah jatuh terbaring ke lantai. Air matanya mengalir.

“Akhirnya, dapat jugak Wani bunuh abang...” Zulfaqar Warid tersenyum. Dia tersedak lalu darah yang bertakung di dalam mulutnya terlimpah keluar.

“Abang...” Perlahan-lahan Harum Zawani mendekati suaminya. Dia jadi keliru. Pembunuh ibu bapanya kini adalah suaminya.

Harum Zawani membaringkan suaminya ke atas pangkuan. Dia menangis semahu-mahunya. Tidak tahu perlu berbuat apa.

“Bangun Abang. Jangan, jangan tinggalkan Wani. Apa dosa Wani? Jawab!’’ tertunduk lesu dia mencium dahi suaminya yang sudah terkulai layu. Linangan airmatanya deras bersama esakan tangis yang semakin memenuhi segenap ruang. Digoncangnya bahu suaminya namun suaminya tidak memberi sebarang respon. Deras linangan airmata yang keluar dari tubir mata suaminya, perlahan-lahan mata yang lemah itu terpejam, terpejam dan semakin erat.

‘’Selamat tinggal Wani.’’

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience