Aku pulang ke rumah sewa tanpa bersarapan di rumah angah. Hishh... tak betah aku menumpang kat rumah orang yang tak bersuara. Ada emas agaknya dalam mulut.
Sampai di rumah, aku terus berbaring di sofa selepas mengecas bateri telefon yang telah mati sebaik tiba di rumah angah semalam. Pengecas pula tertinggal di rumah mak. Jadi dungu aku seketika sebelum dapat lelapkan mata.
Pagi ini, aku kelelahan. Penat kenduri bercampur dengan penat keluar dari rumah angah secara tergesa gesa. Penat bulanan lagi. Aku tertidur di sofa.
Sedar sedar azan zuhur berkumandang. Ada beberapa panggilan dari along dan kak Zah sebaik aku menghidupkan telefon. Tapi tiada dari Arif. Mesej aku pun tak dibalas. Sudah lebih 24 jam.
"Kenapa kak Zah?", tanyaku terus sejurus Kak Zah menjawab salamku.
"Kakak kat mana? Kenapa tak jawab call?"
"Kat rumah. Bateri kong. Ni baru cas. Kenapa?"
"Nuha dalam perjalanan ke PD, nak berbulan madu. Nanti dia singgah rumah kakak, bagi air dan lauk. Air tu kakak buat minum dan mandi ye. Lauk tu makan terus, takut basi nanti".
"Aaa.. ok. Air untuk apa ni?", soalku curiga. Ye la, air untuk minum dan mandi. Kat rumah aku pun ada air. Siap ada tangki besar.
"Buat aje la. Jangan ditanya. Untuk kebaikan kakak juga", pujuk Kak Zah. Aku syak pasti berkaitan hal semalam.
"Ermn.. ye la. Mak ok?". Kami berbual panjang tentang kenduri. Langsung kak Zah tak sentuh bab aku balik awal dan pertelingkahan di dapur. Aku nak bertanya pun serba salah sebab bila aku beri hint pasal maklong Yam, pasti kak Zah mengubah topik perbualan.
Bau gulai masak lemak cili api ikan keli dengan belimbing buluh menusuk ke hidung sebaik penutup bekas plastik aku buka. Kecur air liur aku. Siap mak bekalkan nasi. Memahami betul mak, anak dia rajin masak.
Lauk tak bersisa langsung. Memang tak merasa la Joy. Nanti nanti la aku masak untuk kau ye Joy. Sedap tak sedap, telan je la. Kekenyangan makan, aku tidur semula. Macam ular sawa betul aku hari ni.
"Eh... bila balik? Bukan ke semalam kenduri adik kau?", sapa Joy baru balik kerja. Mataku terkelip kelip cuba membiasakan pandangan apabila Joy menekan suis lampu. Di luar sudah gelap gelita. Tah berapa jam aku tertidur agaknya.
"Pagi tadi. Pukul berapa dah ni? Aedy mana?," balasku masih terbaring di sofa. Malas betul nak bangun. Aku panjangkan tangan bagi mencapai remote astro. Satu persatu saluran aku tekan, tak menarik perhatian langsung.
"Ada kerja belum siap. Kejap lagi dia balik la. Kau cuti lagi kan esok?". Joy menolak kakiku ke bawah kerana dia mahu duduk di situ. Aku mengerekot. Syukur kali ini, aku tak sakit seperti dulu. Kunjunganku ke pusat kesihatan nampaknya berkesan tapi tu la, azabnya aku terpaksa menelan ubat.
Aku menggeleng. "Esok kerja dah. Bukan kenduri kawin aku pun, nak cuti lama lama".
"Eh, tau tak Hanim dengan Yazid dah clash?", tanya Joy dengan mode membawangnya.
"Ha??? ". Aku rasa takde sembang pasal ni dalam kumpulan sembang di Whatapps ke aku terlepas sebab tertidur tadi?
"Hanim call aku, menangis nangis. Dia terpaksa putuskan hubungan dengan Yazid", cerita Joy beriya. Aku berganjak ke belakang sedikit demi sedikit dan duduk bersandar mengadap Joy. Baru best nak bersembang.
"Kenapa? Dia yang nak putus. Dia pula yang nangis. Komplikated sangat". Aku bersuara, aku cuba berfikir secara lojik walaupun sel sel otak aku masih mamai.
"Hanim dah nak kawin tak lama lagi. Kita je la tinggal, tak kawin kawin", keluh Joy. Kau sorang je Joy, aku dah kawin.
"Dengan siapa?", tanyaku sambil menguap. Mata terpaku pada skrin tv.
"Tunang dia". Jawapan Joy buat aku semakin pening.
"What??? Tunang? Bila pula Hanim bertunang? Apa benda kau cerita ni Joy?", rungutku.
"Hanim dah bertunang dari kecil rupanya. Dia pun tak tau. Semalam baru tau sebab keluarga lelaki tu datang nak tetapkan tarikh. Naya betul. Kesian Yazid".
Aku terdiam. Bercinta tak semestinya berakhir di jinjang pelamin. Jodoh tiba tanpa disangka. Dan jodoh aku terus membisu. Mungkinkah jodoh aku merajuk?
"Eh, kau nak apa apa tak? Aedy nak tapaw", tanya Joy sambil menaip sesuatu di skrin telefon. Aku menggeleng. Perut masih kenyang.
"Joy, jom kita try tu", ajakku sambil menudingkan jari ke skrin tv - Pencarian Pengacara dan Wajah Baru Femina. Joy terbahak bahak ketawa.
"Kenapa kau gelak? Salah ke?", tanyaku dengan seribu kerutan muka.
"Tak la. Tapi kita kena cermin diri dulu", ujar Joy nada sinis. Berdesing telinga aku.
"Maksud kau?", soalku bodoh padu.
"Kau tengok ek Nura, ada tak yang huduh, gemuk, hitam jadi pengacara rancangan tu?", balas Joy merenung aku serius kemudian mengangkat kening.
Aku menggeleng. Semua pengacaranya muka manis dan bertubuh tinggi langsing. Kulit bak telur dikupas. Bila kena cahaya matahari, menjadi kemerah merahan. Sangat mempersonakan.
"Aku pernah try dulu. Tapi diorang suruh aku betulkan gigi, sebab senyuman aku tak cantik", ujar Joy kelihatan sedikit kecewa.
Melopong aku. "Wow!! Sampai macam tu sekali? Aku tengok cantik je senyuman kau".
"Kau kawan aku, mestilah kata aku cantik. Tak percaya, kau tanya Aedy. Dia temankan aku masa tu", kata Joy sambil membuka butang kemejanya, mendedahkan payudaranya yang berbungkus coli merah. Erm... patutlah Aedy tak senang duduk.
"So, maknanya aku memang takde peluang masuk la yer. Kejam betul diorang ni. Rupa dan fizikal kita ni kan anugerah Allah. Takde siapa pun nak rupa tak cantik", keluhku.
Joy tersengih.
"Kalau nak cuba, cuba la. Rupa dah ada. Cuma kau kena kurangkan makan dan kurangkan berjemur". Joy memberi pendapat. Ciss... aku tau sangat. Memang la aku gelap sikit dari dia. Dia bukan melayu.
"Kau ingat senang ke? Aku bukannya makan banyak pun, kau sendiri tengok kan?", balasku kegeraman. Aku tak makan pun, badan gebu. Kalau makan bertambah tambah, mau macam kuih apam.
"Susah apa? Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Apa yang orang tak jual sekarang ni? Nak kurus, nak putih, nak montok, nak ketat, nak keras, nak tahan lama... semua ada la".
Aku ketawa besar. Betul jugak, macam macam orang jual sekarang. Asal ada duit, semua jadi.
Aku bangun masuk ke bilik bila terdengar bunyi ketukan di pintu. Pasti itu Aedy. Aku berbaring semula di atas katil pula. Peristiwa semalam bermain di minda. Kenapa tegang sangat semuanya bila aku tahu bersalaman dengan maklong Yam? Aku lalu depan rumah dia pun, boleh mendatangkan kemarahan mak bila dia tahu.
Aku menekan nama angah di telefon, setelah beberapa kali deringan baru diangkat.
"Ada apa?", soalan pertama angah. Tu memang trademark dia. Takde basa basi. Tepat pada sasaran.
"Semalam..."
"Lepas kau balik, takde apa jadi pun. Lepas ni jangan sebut sebut pasal keluarga Maklong Yam depan mak", ujar angah. Tapi aku ragu, takkan semudah tu. Mak dah macam tu sekali marahnya.
"Kenapa pula dengan maklong Yam?Kakak tak faham la".
"Satu pun kau tak ingat kak?", tanya angah nada serius. Aku geleng. Eh.. mana angah nampak.
"Tak", jawabku.
"Habis kau tak ingat Bang Chik langsung selama ni?".
"Kenapa semua orang tanya kakak pasal bang chik?". Bengang pula aku.
"Nanti kau tahu juga kak", balas angah tertawa kecil. Ehh... geram pula aku dengan jawapan angah.
"Angah cerita je la", pujukku.
"Aku bukan orang yang paling layak untuk bercerita pasal kau dengan bang chik".
"Ngah!!"
"Dah la. Aku nak tidur ni. Bye...".
Aku terkebil kebil memandang siling bilik. Hati aku kuat mengatakan ada sesuatu terjadi antara aku dan bang chik, antara keluarga aku dan keluarga paklong Sudin. Masalahnya nak tanya siapa? Bang chik sendiri pun aku tak pernah jumpa sejak kami sekeluarga berpindah keluar dari kampung. Aku langsung terlupa tentang dia sejak itu, sehinggalah malam tersebut.
*********
Aku rasa aku dah gila bayang bila tarikh di kalendar meja kupangkah satu persatu dan tarikh Arif pulang kulakarkan dengan bentuk love. Teruk betul. Tak pernah aku macam ni.
Aku kira ada empat hari lagi Arif akan pulang. Excited sangat tapi kena bertenang je nanti. Kalendar ni akan aku simpan dalam laci paling bawah, diatasnya akan aku letakkan buku atau fail agar tersorok dari penglihatan. Jika Arif tahu, malu la.
Beberapa gambar Arif di dalam kotak di stor, aku bawa pulang dan kuletakkan di dalam bilik. Aku sendiri bingung kenapa aku jadi begini. Macam angau pun ada. Adakah aku telah jatuh cinta?
Aku belek setiap gambar Arif. Tiada satu pun gambarnya yang tak berjambang. Arif ni keturunan Timur Tengah ke tapi rupa tak macam pun. Aku cuba bayangkan rupa Arif tanpa jambang. Eh... ada iras along Paan pula.
"Nura", panggil Joy mengetuk pintu bilik, mengganggu konsentrasiku menganalisa wajah Arif.
"Ya, ada apa?". Joy dan Aedy melepak di depan tv tadi selepas kami pulang makan malam. Aku je masuk bilik, melayan perasaan.
"Ni ada orang datang cari kau". Aku bingkas bangun bila Joy kata begitu. Siapa pula yang cari aku? Tak pernah pernah. Ni mesti alasan nak suruh aku keluar dan sertai mereka. Aku bukan tak nak, cuma sekarang ni ada sikit rasa cemburu bila mereka berdua bermesra depan aku. Dulu, aku tak kesah pun.
"Siapa?", tanyaku sambil membuka pintu.
"Aku".
Aku tergamam. Nak menjerit? Rasa nak lompat lompat dan terus peluk pun ada.
"Suprise!!", katanya sambil tersenyum. I hate his smiling eyes. Aku menggigit bibir, menahan senyum, menahan getaran dalam dada. Lebih kepada menahan nafsu sebenarnya. Malu dengan Joy dan Aedy, penonton tak bertauliah.
Aku tarik Arif masuk ke dalam. Joy dan Aedy gelak terbahak bahak di luar. Setan betul!
"Rindu sayang abang", lafaz Arif sambil memelukku. Rasa tenang seluruh jiwa raga. Ubun ubunku dikucup.
"Rindu abang tak?". Aku tak jawab. Aku balas dengan ciuman di dadanya, walaupun berlapik baju.
"Emmm.. tengok kat katil tu, sah la sayang tengah rindukan abang kan?".
Katil? Ohh.. gambar! Alaaaaa... kantoi.
Segera aku kutip semua gambar yang bersepah di atas katil, malu la. Arif duduk di tepi aku, menarik aku supaya duduk di pangkuannya.
"Kenapa seksi sangat ni?", soal Arif sambil tangannya menjalar di kulit pahaku. Seperti biasa, pakaian tidurku di rumah hot pants dan singlet. Bibirnya singgah di bahuku yang telanjang. Tiba tiba aku rasa suara Arif sangat menggoda. Ala.. jangan la goda aku. I cannot tahan one, dear.
"Boss".
Satu kucupan melekat di bibir dan kami bercumbu sepenuh hati, seolah menggantikan beberapa hari yang sepi tanpa kemesraan.
Terlerai bibir, mata kami bertemu. Aku tersenyum puas tapi malu nak menyatakan, aku nak lagi.
"Sengaja atau ter?", bisik Arif.
"Sengaja", balasku manja, meletakkan kepala di bahu Arif. Pipinya yang penuh berbulu, tak dikemaskan sejak ke Batangas kucium.
"Abang belum mandi ni sayang. Dari airport, terus ke sini", beritahu Arif bila aku masih tak berganjak. Aku tahu, bau badan Arif agak kuat tapi aku tetap letak kepala di situ. Menyorok dari berlawan mata dengannya. Aku tahu aku akan tewas.
"Sayang, packing baju untuk dua tiga hari". Terus aku duduk tegak, memandang Arif.
"Ha???"
"Kita melepas rindu".
"Tah siapa rindu kat dia tah", cebikku lalu bingkas bangun membuka pintu almari sambil menarik beg baju yang ada dibawah katil. Dalam hati dah meletup letup macam bunga api.
Share this novel
Mungkinkah arif ni bang chik?
bole x jgn sweet sgt??? arrrrgghh
next chapter masa melepas rindu mesti best