Pilihan?

Drama Series 421991

"Yazid, aku dah kawin", ujarku perlahan. Sebelah tangan kuletakkan di atas paha sementara sebelah lagi menyelitkan rambut ke belakang telinga. Aku pasti Yazid nampak cincin berlian pemberian Arif tersarung di jari manisku.

Yazid memandang tepat ke mataku setelah melihat cincin berlian tersebut. Air mukanya berubah, "Jangan kau jadikan cincin sebagai alasan untuk menolak aku. Kau mampu beli cincin tu".

Aku menghela nafas panjang, "Bukan alasan Yazid. Aku dah jadi isteri orang".

"Semalaman aku cari tentang kau di internet Nura. Kau masih bujang, takde sekeping pun gambar kawin kau selain gambar gambar kau dengan team kerja dan kawan kawan", ujar Yazid kecewa. Dia masih tak percaya dengan kata kataku.

Aku berfikir sejenak, apa yg dikatakan memang benar. Di media sosial tiada gambar peribadiku dan keluarga. Akaun media sosial aku buat hanya untuk pengikutku sahaja. Bukan untuk mempamerkan kisah hidup peribadi.

"Aku kawin senyap senyap". Akhirnya aku buat pengakuan kepada seseorang yang baru muncul dalam hidupku. Pengakuan eksklusif.

Yazid tersengih, pasti dia fikir aku cuba menipu.

"Bila kau kawin?", tanya Yazid sinis. Mungkin dia rasa aku mempermainkannya.

"Dah dekat 2 tahun", jawabku jujur. Aku tundukkan mukaku. Aku rasa lemah bila aku berkata benar tapi orang tak mempercayainya.

"Kau jadi bini nombor berapa?". Aku terkejut dengan soalan Yazid. Berkerut dahiku seketika.

"Dengan Tan Sri mana?". Aku tersenyum lebar dan menggelengkan kepala.

Aku tak menjawab soalan Yazid. Biarlah dia nak kata apa. Mungkin dia nampak aku ni sama macam perempuan materialistik di luar sana.

"Kiranya aku terlambat la ni?". Aku mengangguk. Mulutku terkumat kamit mengucapkan, "Sorry Yazid. Jodoh itu bukan milik kita berdua".

"Kau bahagia bermadu?", tanyanya lagi dengan suara agak kendur. Kami bertentangan mata.

"Ok. Aku rasa aku tau jawapannya. Aku harap kau bahagia", nyata Yazid kedengaran seperti kecewa kembali bertandang di hati.

********

"Nura", jerit Kak Siti dari jauh. Aku baru keluar dari bilik berita. Aku menoleh padanya. Suara Kak Siti ni unik, tak siapa boleh tiru. Dari jauh pun aku boleh kenal pemiliknya. Aku berhenti melihat Kak Siti berjalan laju ke arahku memegang jambangan bunga.

"Nah, kau punya". Dia menyerah jambangan bunga mawar merah jambu tersebut padaku.

"Ha?? Sapa bagi?", soalku sambil mencari sesuatu.

"Tahhhhh. Budak reception minta akak bagikan kat kau", kata Kak Siti kemudian menolak pintu bilik berita meninggalkan aku seorang diri di situ.

Your secret admirer, AR.

Tertera di kad kecil yang terselit di celah celah bunga. Siapa pula AR ni? Dah iras iras macam nama AR Badul pula.

Pintu lif terbuka, aku melangkah keluar. Kad pekerja aku sentuh pada ruang laluan sebelum sampai ke kaunter resepsi.

"Dik, siapa bagi bunga ni?", tanyaku pada si genit yang berada di balik kaunter itu.

"Ha.. Cik Nura. Tu, encik yang pakai baju putih tu", jawabnya menuding ke kanan. Ada ruangan menunggu di situ. Aku memandang ke arah tersebut. Hanya ada seorang lelaki di situ, membelakangi kami. Aku mengorak langkah ke situ.

"Excuse me", sapaku memandangkan lelaki tersebut sibuk menaip sesuatu pada telefon pintarnya.

"Eh, hai Nura Lisa", balas lelaki tersebut lantas berdiri, menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aku menyambutnya.

"Do I know you?", tanyaku dengan sopan.

"You dah lupa? Kita jumpa semalam kat Coffee House", ujarnya teruja. Manakala aku berkerut dahi.

"I, Rizman. Kawan Yazid". Dia memperkenalkan diri sekali lagi.

"Ohh.. ya ya. You ada bagi kad semalam. Maaf ye. Saya tak perasan", ucapku penuh bersalah. Baru jumpa 24 jam, sudah hilang dari ingatan. Apa la aku ni.

"You dah habis kerja?", tanya Rizman. Aku mengangguk.

"Kita pergi dinner, nak?".

Lelaki ni tahu apa yang dia buat. Tak berlengah dan tak berselindung langsung.

"Sorry Rizman. I penat. Dari pagi I kerja. I nak balik dan berehat". Aku tolak pelawaan dengan penipuan lagi.

"Penat ya. Kita pergi massage. I belanja". Aku rasa seperti dipaksa juga keluar dengan dia.

"Next time k. Esok I masuk kerja awal", dalihku. Rizman mengangguk dengan penuh kekecewaan.

"Thank for the flowers", ucapku dan berlalu pergi dengan kadar pantas. Aku tak nak ditahan dan diminta nombor telefon lagi.

Bunga tersebut aku bawa pulang dan kuletakkan di dalam botol kosong yang berisi susu segar sebelumnya. Nasib baik Arif belum sempat menghantar semua botol dan barangan plastik untuk dikisar semula.

"Tuan Arif Fahmi!!!"

Aku jerit pada Arif sebaik aku terdengar bunyi pintu dibuka. Ketika itu aku baru berbaring di atas katil. Bergegas aku turus dari atas. Arif tampak jelas terkejut, tak pernah pernah aku buat perangai begini.

"Apa abang buat semalam?", tanyaku dari tangga.

Arif terpinga pinga dengan soalanku. Kemudian dia ketawa terbahak bahak bila aku tunjukkan dua lebam yang ada di tubuhku.

"I just left my mark there".

"Tau tak saya malu gila bila hakak hakak bilik mekap senyum senyum pandang saya", aduku kebengangan. Aku pekakkan saja telinga ketika di bilik mekap tadi.

"Ala... sikit je", ujar Arif menggantungkan kunci pada kotak di tepi pintu

"Sikit? Maruah saya bang. Kalau diorang tahu saya dah kawin, takde la diorang pandang serong macam tu", luahku kegeraman. Sakit hati pun ada bila terdengar mereka menyindir walaupun tak disebut siapa, aku tau mereka tujukan padaku.

"Sayang, diorang tu pun bukan baik sangat. Menyundal jugak. Berapa orang sangat dalam industri kita ni betul betul jaga kehormatan dan maruah? Berapa ramai yang sanggup gadaikan maruah untuk naik cepat dan jadi terkenal?", tanya Arif tak mempedulikan rungutanku malah diketawakan lagi. Arif mengambil air untuk diminum sedang aku yang membentak tidak dipedulikan.

"Pergi mampus la dengan diorang. Yang penting, maruah saya. Saya bersuami secara sah tapi orang tuduh saya berzina. Saya dah bosan la macam ni. Saya nak hidup macam orang lain, nak keluar dengan suami bila bila masa, jalan berpegangan tangan, saya nak anak".

Arif menarik nafas panjang dan memandangku. "Abang penat tau. Boleh tak jangan bangkitkan isu ni?"

"Sampai bila kita nak berahsia?". Aku jadi marah. Baru masuk dua tahun aku sudah tak betah hidup begini.

"Tunggu la", ujar Arif meletakkan gelas yang digunakan tadi ke dalam sinki.

"Orang lain yang kawin lambat dari kita dah ada anak, bang". Aku nyatakan keinginanku. Aku tau dulu aku tak kesah tentang anak tapi kini aku rasa sunyi. Aku tak pasti samada aku bersedia atau tidak, yang aku tau aku nak anak.

"Sayang ingat abang tak nak anak ke?!" Tiba tiba Arif meninggikan suara.

Aku merenung Arif, mataku berkaca.

"Abang....."

"Tolong fahamkan, belum masanya lagi. Dah la, abang penat", kata Arif meninggalkan aku sendirian di bawah. Pintu bilik mandi ditutup kasar, berdentum. Sah Arif marah dengan aku.

Malam itu, buat kali pertama aku tidur di sofa. Aku merajuk dengan Arif. Salah ke aku bertanya tentang sampai bila kami harus begini. Selagi rahsia ini tersimpan, selagi itulah aku tak mungkin akan mengandung.

Susah sangat ke nak lekat? Ada saja orang tak perlu tunggu waktu subur, dapatĀ  disenyawakan ovum dan sperma. Aku ni insan terpilih agaknya kena tunggu waktu subur.

Pagi esok aku terjaga, cahaya matahari mencuri masuk melalui celah langsir. Berat mataku pagi ini. Aku tahu Arif sudah keluar ke set pengambaran kerana bau haruman kegemarannya sudah berlegar di seluruh rumah. Walaupun sudah hampir hilang, aku masih dapat menghidunya.

Aku bangun berjalan ke dapur, gelas yang digunakan Arif semalam masih belum dicuci. Aku mengambil satu gelas kosong, aku pandang sepanjang kabinet. Ada sesuatu yang tiada. Aku buka tong sampah, aku hanya mampu melihat bunga yang aku letak di dalam botol plastik semalam sudah berada di situ.

"Bengkak mata kak Nura hari ni. Malam tadi nangis teruk ke? Putus cinta?", tegur Man ketika aku melepasi mejanya. Aku memandangnya sepi.

"Apa kau ni, dia mana ada boyfriend", tegur Naimah mengekoriku masuk ke bilik Arif. Ada perkara yang aku perlu lakukan hari ni dengan pihak bank.

Usai urusan berkenaan syarikat, aku bertanyakan tentang pinjaman dan pembiayaan perumahan. Dah alang alang aku di bank. Penerangan pegawai bank sangat jelas. Semuanya terpulang pada aku kini.

Habis waktu pejabat aku pulang ke rumah sewa, aku berkurung di bilik sehingga Joy pulang. Aku keluar dari bilik pun sebab Joy ketuk pintu bilik beriya iya. Aku takut kopak pintu bilik aku.

"Arif outstation lagi?", soalnya bila sebaik pintu terbuka. Memang selalunya aku akan tinggal di rumah sewa jika Arif ada tugasan luar yang memakan masa berminggu minggu.

Aku menggeleng, "kat set".

"Apsal kau balik sini?", soalnya lagi, aneh.

"Aku rindu tilam dengan bantal busuk aku", jawabku bersahaja. Kedua tanganku menyela rambut sebelum kuikat seperti ponytail walaupun rambutku tak panjang mana.

"Kau gaduh dengan Arif kan?".
Aku senyap, membiarkan soalan itu tak berjawab dan melangkah ke luar lalu menghenyakkan punggung ke sofa. Kedua kaki kuangkat rapat ke tubuh dan memeluknya.

"Arif ada perempuan lain?". Bulat mata aku dengan pertanyaan itu.

"Dah tu?". Joy menanggalkan baju kemejanya dan disangkut ke kerusi sebelum duduk di sebelahku.

"Aku tak nak terus berahsia", jawabku lemah.

"La... kau belum bagitau famili ke?". Joy terkejut. Ye la dah bertahun.

"Arif belum bersedia. Aku ni dah rasa macam isteri simpanan tau", aduku akan hal sebenar.

"Bagitahu je la. Susah sangat ke? Setakat kena tangkap basah, benda dah lepas kan?"

"Keluarga kami ada krisis dari kami kecil".

Kami sama sama terdiam. Aku meletakkan kepala di bahu Joy. Joy merangkul pinggangku.

"Tadi Yazid call aku". Tiba tiba Joy bersuara.

"Dia nak apa?", soalku pura pura tak tahu.

"Dia tanya aku betul ke kau dah kawin. Kau ada jumpa dia ye?". Joy meminta kepastian dan aku seperti biasa membiarkan soalan itu sepi.

"So, kau jawab apa?", tanyaku.

"Aku cakap aku tak tau. Yazid nak try kau ye?"

"Aku tak nak lelaki lain. Aku nak suami aku. Aku tak nak berpisah dengan Arif. Aku sayang dia, Joy. Aku tak sangka dia boleh diam macam ni bertahun tahun. Aku terseksa Joy. Aku sedih bila mak cakap tentang jodoh aku". Air mata aku menitis lagi, jatuh di kulit putih Joy dan mengalir mengikut lekuk dada.

"Kita sama. Sayang pada lelaki yang mengharap kita memahami dia sedangkan dia tak memahami kita", luah Joy.

"Kita salah pilih ke Joy?", soalku.

"Pilih? Aku takde lelaki lain masa Aedy muncul. Kau?"

Aku tegakkan badan dan menggeleng cuba tersenyum. Kami ketawa bersama sama.

"Ni takdir kita".

Share this novel

UdangGalah
2019-12-11 00:18:59 

Aura Arif makin lama makin malap sejak dah kahwin ni.. Bab lain nampak bijak, bab rahsiakan perkahwinan ni nampak lembab betul arif.. kena cepat² gilap semula, sebab ramai dah beratur tunggu masa nak caras je..

Nurul Abdullah
2019-12-10 22:51:10 

Sian Nura. Arif takes thing for granted

Nurul Abdullah
2019-12-10 22:51:08 

Sian Nura. Arif takes thing for granted


NovelPlus Premium

The best ads free experience