Rate

Lelaki paling biadap Bab 22

Humor Completed 61915

Tingkat Satu bangunan Teguh holding

"Weii ada berita gempar!, pengurus Advertising kahwin dia punya cleaner,"

"Betul ke weii?,"

"Anak Dato yang biadap tu ke?,"

"tengoklah kat handphone kau orang, tengah kecoh sekarang nie,"

Itulah yang belaku apabila Khabar angin tentang perkahwinan Farid Husin dengan Fazura mula menyebar dari kalangan staf-staf Teguh holding bagaikan badai yang melanda seluruh department Teguh holding sehinggakan ada dari kalangan staf-staf yang sengaja pergi ke tingkat lima semata-mata mahu melihat isteri kepada anak bongsu Dato sri Hassan kamarudin, Ada juga yang mula menyebarkan semula rakaman di lobi ketika Farid Husin mempemalukan Fazura

"Tak sangka weii, last-last jadi laki bini,"

****************
Hospital swasta kuala lumpur

"Jangan bimbang Datin, Dato cuma pingsan sebab terlalu terkejut, jantung Dato pun tiada apa-apa masalah,"
Jelas seorang Doktor wanita selepas memeriksa keadaan Dato Sri Hassan kamarudin masih tidak sedarkan diri terbaring di atas katil

"Mana Farid?,"
Tanya Datin sri Sahara dengan nada geram

"Manalah Angah tahu mak, call, Whatsapp lansung tak jawab, lansung tak balas,"
Jawab Fazilah sambil memeluk tubuh

"Mak heranlah, angin takde, ribut takde tiba-tiba je Farid tu kahwin, selama nie mak tak nampak pun farid tu balik lewat malam, keluar malam, mana datangnya perempuan tu?,"
Tanya Datin sri Sahara lagi dengan wajah berang

Fazilah hanya diam memerhati wajah ibunya, walaupun ibunya selalu nampak tenang dan lembut tetapi jika terjadi apa-apa masalah membabitkan anak-anaknya ibunya akan menjadi wanita yang menakutkan, sebab itu dia tidak berani memberitahu ibunya tentang rancangan ayahnya memandangkan ayahnya masih tidak sedarkan diri bimbang jika ibunya tahu akan mengeruhkan lagi keadaan

"Farid kat genting mak dengan Staf dia, katanya ada meeting dengan client,"
Kata Fuad Sobri setelah masuk ke dalam bilik rawatan Vip

"Habis tu bini dia?,"
Tanya Datin sri Sahara sambil mencekak pinggang

Fuad Sobri mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal

"Tidak dapat di kesan,"
Jawab Fuad Sobri tersengih

Datin sri Sahara tersengih nipis
"Farid.. Farid.. kau ingat mak tak tahu kau sengaja sorokkan bini kau,"

Dan ketika itu, setiausaha Dato sri Hassan kamarudin masuk ke dalam bilik dalam keadaan tergesa-gesa

"Maafkan saya Datin, Encik Sobri. Puan Fazilah,"
Kata shida dengan kerut di dahi sambil berdiri di muka pintu melambai ke arah Fazilah

"Ha, kenapa?,"
sahut Fazilah kemudian menapak menghampiri setiausaha ayahnya

"Tengah kecoh sekarang nie puan, Tan seri Omar tak henti-henti Call,"

Fazilah mengeluh berat
"Cakap jela Dato kat overseas,"

"Dah.. macam-macam saya bagi alasan, katanya dia nak datang office Dato, nak bawak anak perempuan dia sekali,"
Jawab Shida dengan nada perlahan

"Dah kenapa pulak Si omar tu sibuk nak cari ayah kau,?,"
Celah Datin sri Sahara bila melihat sesuatu yang mencurigakan antara anak keduanya dengan setiausaha suaminya kemudian menghampiri Fazilah dan Shida

Fazilah terpinga-pinga memandang ibunya
"Takde apa-apalah mak, hal kerja je,"

"Angah.. kau jangan sembunyi-sembunyikan apa-apa dari mak, kalau mak tahu sendiri ada sesuatu tak kena, Angah siap,"

"Ha..,"

*****************

Genting highland

"Kau taknak balik ke farid,"
Tanya Mail bila melihat farid Husin hanya termenung di depan pintu kereta

Farid Husin mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal
"Aku ingat aku lepak sini jelah malam nie,"

"How about your wife?,"
Tanya Andrew pula tersengih

Farid Husin menyenget bibirnya,
"Kenapa pulak dengan dia?,"

"Dia? hey Farid itu wife youlah,"

"It's okaylah sekali sekala tidur sorang-sorang,"
balas farid Husin tersengih nipis

Andrew dan Mail tergelak
"You jangan cheating pulak kat sini,"

Farid Husin mengeleng kepala

"So esok macam mana, you masuk kerja ke tak?,"
Tanya Andrew lagi

Farid Husin tidak terus menjawab hanya memerhati skrin Telefon pintarnya, bila menerima whatsapp dari ibunya
"Aku rasa tak kot, tapi walaupun aku tak masuk, aku tetap buat meeting online tahu,"

Andrew dan Mail mengangguk hampir serentak

"Okaylah, kalau gitu kita orang balik dulu,"

"Okay, hati-hati drive kereta tu,"
Farid Husin memerhati seketika Andrew dan Mail masuk ke dalam kereta kemudian melihat semula skrin telefon pintarnya untuk membaca Whatsapp dari ibunya

Whatsapp

Datin sri Sahara
"Farid baik kau balik sekarang, ayah kau dah pingsan di sebabkan Farid, kalau Farid tak balik juga, mak hantar orang cari Farid"

"Aduhh.. mak aku nie, masalah kahwin je pun, sampai nak suruh orang cari aku, yang ayah aku nie, tak akanlah aku kahwin pun dia boleh pingsan,"
Bisik Farid Husin dengan nada resah kemudian membaca Whatsapp dari abang sulungnya

Fuad sobri
"Kau dah takde perempuan ke, sampai kahwin dengan cleaner kau sendiri, lain kali jagalah mulut kau tu,"

emoji gelak

"Kurang asam punya Along,"
Farid Husin mengeluh perlahan hanya mentatal skrin telefon pintarnya, malas dia membaca mesej-mesej yang lain, kandungan semuanya sama hanya bertanyakan tentang perkahwinannya

Farid Husin menapak perlahan melihat permandangan petang di atas bukit genting highland terdetik hatinya untuk membatalkan saja perkahwinannya dengan Fazura, tapi bila memikirkan kembali duit wasiat neneknya membuatkan hatinya berbelah bahagi

"Duit boleh cari bila-bila je, daripada aku ngadap masalah macam nie, nak berdepan pulak dengan mak, bapak aku,"
Farid Husin mengeluh sambil mengusap dahinya

"Batalkan jelah,"
Kata Farid Husin sambil mendongak melihat ke arah dada langit, dia sudah membuat keputusan untuk membatalkan saja rancangannya untuk berkahwin dengan Fazura, Farid Husin lantas menapak ke arah keretanya sambil melihat skrin telefon pintar untuk menghubungi Hamdan

Hamdan
"Hello Farid,"

"Hamdan, aku dah buat keputusan aku nak batalkan perkahwinan aku tu,"

Hamdan
"Ha.. nak batalkan, habis duit wasiat tu?,"

"Alaaa.. aku dah tak kisah dah pasal duit tu, yang penting aku malas nak mengadap masalah tu dengan family aku,"

Hamdan
"Kau pun satu jugak, kenapa kau gie cakap, kau dah kahwin?,"

"Bukan aku, si cleaner tulah yang pergi beritahu kat Fadil"

Hamdan
"Aduhaii.., tapi Farid, kawan aku dah dapat tarikh perkahwinan kau tu, hari khamis nie, so macam mana tu?,"

"Suruh jelah dia cancel"

Hamdan
"Confirm ke?,"

"Ya"

Hamdan
"Okay, nanti aku call dia,"
Hamdan diam seketika di talian
"Habis tu farid, macam manalah dengan cleaner tu, kat sini memang dah kecoh pasal dia kahwin dengan kau, kalau kau batalkan, aku risau kalau dia kerja nanti aku confirm dia mesti jadi bahan ketawa nanti?,"

Farid Husin mengeluh berat bila memikirkan nasib Fazura
"Nanti aku balik, aku ingat aku nak suruh dia balik kampung, aku bagilah dia duit banyak sikit untuk belanja,"

Hamdan
"Maksud kau, kau nak suruh cleaner tu berhenti ke?,"

"Yelah, Aku nak buat macam mana lagi,"

Hamdan mengeluh di talian
"Padahal kita yang buat dia macam tu, last-last..,"
Hamdan diam di talian

"Jangan risaulah, pandai-pandailah dia cari kerja kat tempat lain,"

Hamdan
"Masalahnya Farid, kita yang perangkap dia, lepas ada masalah macam nie, kita buang dia macam tu je,"

"Kan aku dah cakap, aku akan bagi dia duit, nanti pandai-pandailah dia guna duit tu cari kerja lain,"

Hamdan
"Okaylah, dah itu keputusan kau, aku ikut je,"

Selepas sahaja berbual dengan Hamdan, Farid Husin bergegas masuk ke dalam keretanya, dia sudah membuat keputusan, Fazura perlu menghilang dari Teguh holding untuk selama lamanya

*****************

Ampang

Fazura dari tadi hanya termenung sambil duduk memeluk lutut di biliknya, sejak tadi dia hanya memikirkan tindakannya memberitahu Fadil Fitri tentang perkahwinan mereka, dia merasa bersalah pada Farid Husin namun apa yang dia lakukan hanya semata-mata untuk menjauhkan diri dari Fadil Fitri, dia tak sanggup melihat farid Husin tertekan kerana masalah itu kerana hatinya sudah mula jatuh cinta pada lelaki itu

"Fazura,"

Fazura bergegas bangun dari duduknya bila mendengar suara Farid Husin memanggil namanya, dia lantas menapak keluar dari bilik dengan bibir tersenyum lebar

"Kalau encik Farid tanya kenapa aku buat macam tu, lebih aku cakap je, aku dah jatuh cinta kat dia"
Bisik Fazura sambil tersenyum malu

Farid Husin menanggal Blazernya lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa, sambil menyilang kaki, tangannya mengurut-gurut dahi sebelum menoleh melihat Fazura sudah berdiri di belakangnya

"Duduk,"
Arah Farid Husin pada Fazura

Fazura segera menapak di depan Farid Husin lalu duduk di lantai bukan di atas sofa, sebab dia masih ingat amaran Farid Husin tidak membenarkan dia menyentuh apa-apa barang atau peralatan di ruang tamu atau di dapur

Farid Husin mengeluh perlahan melihat Fazura duduk di lantai

"Fazura, kemas pakaian kau nanti,"
Kata Farid Husin

Fazura hanya diam, raut wajahnya sedikit terkejut namun dia tetap mengangguk mengikut sahaja apa di suruh farid Husin

"esok aku akan hantar kau ke stesen bas, lebih baik kau balik kampung, pasal perkahwinan tu, aku dah batalkan,"

"Maaf encik farid, tapi macam mana dengan denda tu nanti,"

Farid Husin mengeluh berat, sudah masanya di berterus terang dengan fazura
"Fazura, semua tu cuma penipuan je, aku memang sengaja perangkap kau, supaya kau kahwin dengan aku,"
jawab Farid Husin bersahaja tanpa sedikit pun rasa bersalah pada wanita muda di depannya

Fazura mengerut wajah cuba menahan dari menangis, barulah dia tahu rupa-rupanya selama ini dia hanya di permainkan Farid Husin,

"Habis tu encik farid, boleh tak kalau saya balik ke sini semula, berkerja macam biasa?,"
Tanya Fazura, wajahnya kelihatan bergetar, cuba memaksa dirinya tenang

Farid Husin mengeleng kepala
"Tak, aku nak kau berhenti terus dan jangan tunjuk muka kau lagi kat Teguh holding,"

Fazura mengesat-ngesat air matanya yang mengalir namun tetap mengangguk kepala, air matanya mengalir bukan kerana marah dan bukan kerana benci tetapi air matanya yang mengalir kerana dia tidak sanggup meninggalkan farid Husin

"Kalau gitu saya masuk bilik dulu,"
Kata Fazura kemudian bangun dari duduknya lalu menapak laju naik ke tingkat dua

Suasana di ruang tamu kembali hening dan sepi, Farid Husin duduk menyandarkan tubuhnya, hatinya merasa lega dan puas bila Fazura mengikut segala arahannya, bibirnya tersengih-sengih bila membayangkan jika berhadapan dengan ayah dan ibunya nanti, dia akan mengatakan khabar angin itu hanya sekadar gurauan tanpa mempedulikan nasib wanita yang baru dia permainkan

Manakala Fazura pula kelihatan menekup mulutnya menahan dirinya dari meraung bimbang jika farid Husin mendengar raungannya, dia duduk di atas toto menangis teresak-esak tanpa mengeluarkan bunyi, kerana saat itu hatinya benar-benar mencintai farid Husin

*************

Stesen TBS

Fazura tersenyum-senyum selepas membeli tiket bas sehala KL-Mersing sambil menapak ke arah seorang lelaki bersuit segak dan tampan yang akan dia tinggalkan sebentar lagi

Farid Husin pula hanya tersengih memerhati wanita muda sedang menghampirinya berpakaian baju kurung traditional betul-betul seperti gadis kampung

"Dah beli tiket?,"
Tanya Farid Husin bila fazura berdiri di depannya

Fazura mengangguk

"Duit, aku dah masukkan dalam akaun kau, pandai-pandailah kau guna untuk belanja,"

Fazura tetap mengangguk

"Okay, aku pergi dulu, jaga diri kau,"
Farid Husin lantas memusingkan tubuhnya menapak ingin meninggalkan tempat itu

"Encik Farid,"
Panggil Fazura kemudian menapak menghampiri farid Husin sedang memusingkan tubuh mengadap ke arahnya

"Encik Farid nak tahu tak?,"
Tanya Fazura dengan bibir tersenyum walaupun kedua matanya kelihatan bengkak kerana menangis semalaman

"Tahu apa?,"
Tanya Farid Husin pula dengan kerut di dahi

"Sebenarnya saat pertama kali saya lihat encik Farid saya betul-betul suka pada encik Farid, tapi bila saya sedar sikap encik Farid, saya selalu cuba mengelak dari bertemu dengan encik farid walaupun saya berusaha macam mana sekali pun saya tetap akan bertemu dengan encik Farid,"

"Kau benci sangat ke kat Aku?,"

"Mula-mula memang saya benci, marah, geram tapi bila saya bersama encik Farid, walaupun encik farid hina saya, kutuk saya, maki saya, tapi saya rasa selamat sangat bila bersama encik farid"

Fazura terdiam seketika untuk mengesat air mata mula membasahi kedua pipinya

"Jujur saya katakan, saya tak kisah jadi isteri Encik Farid walaupun seminggu atau dua minggu, saya cuma ingin merasai bagaimana menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki seperti Encik farid,"

Fazura lantas memegang tangan kanan Farid Husin lalu di cium tangan lelaki itu membuatkan Farid Husin terpinga-pinga lalu menarik tangannya perlahan

"Terima kasih encik Farid, kerana membuatkan hati saya mencintai encik Farid walaupun sekejap,"
Ucap Fazura dengan wajah tenang sambil melambai pada farid Husin kemudian menapak laju meninggalkan lelaki itu

"Dia cintakan aku?,"
bisik Farid Husin, wajahnya berkerut dengan pengakuan fazura, Dan di saat yang sama telefon pintarnya berdering

"Hello ayah..",

Farid Husin lantas menjelaskan pada ayahnya apa sebenarnya belaku, kadang kala Farid Husin tergelak ketika berbual dengan ayahnya, bibirnya tersenyum dengan raut wajah yang tenang namun secara tiba-tiba raut wajahnya berubah menjadi marah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience