BAB 6

Romance Completed 1249

SEKALI lafaz sah sudah Farikha menjadi milik Edison . Rindunya Farikha untuk menatap wajah Edison . Dia tidak pernah berubah. Masih kacak dan tegap tetapi benar kata mak. Edison sudah kurus sedikit. Mungkin tertekan memikirkan masalah mereka.

Selepas acara pembatalan air sembahyang, mereka bersalam-salaman dengan ahli keluarga. Terluka! Itu yang mampu diucapkan oleh Farikha . Edison hanya diam sahaja disisinya walaupun tangannya merangkul pinggangnya.

Kerana tidak mahu orang lain syak, Farikha juga turut tersenyum. Senyuman plastik!

Apabila kawan-kawan Edison dan para wartawan sampai, Edison terus meninggalkan Farikha seorang diri tanpa sebarang suara. Kecewa! Sakit hati! Farikha menjeling dan terus berlalu ke dapur.

Dahulu, dia memang mengelak untu membuat kerja dapur tetapi sekarang dia rasa tiba-tiba rajin. Sakit hatinya tidak diendahkan oleh Edison . Fine! Aku tahulah kau marah. Hish... sabar Farikha .

“Hai... tiba-tiba buat kerja dapur?” tegur mak.

“Saja. Tak boleh?”

“Pelik je. Dulu mak suruh ke dapur banyak pula alasannya. Sekarang rajin. Habis rosak baju pengantin kamu tu hoi Farikha .”

“Jangan risaulah mak. Tahulah Farikha nak jaga.”

“Dah sudah. Pergi dekat dengan suami kamu. Apa pula tinggalkan suami ni?”

Farikha memuncung. Tinggalkan suami? Please, dia yang tinggalkan aku adalah. Farikha terus berlalu. Dia mencari kelibat suaminya. Ah.. dia masih sibuk berbual dan lupakan aku. Biarlah.

Cepat-cepat langkahnya menuju ke bilik. air matanya menitis sewaktu menaiki anak tangga. Kalau dia tahu begini nasib rumah tangga, sumpah dia tak nak kahwin. Tanpa sedar, Edison memerhatikan Farikha dari tadi. Dia tahu isterinya itu terluka!

BUNYI esakan dari dalam bilik membuatkan hati Edison remuk, hancur dan sakit. Dia sekali lagi membuatkan Farikha menangis. Semuanya kerana dia. Apalah yang dia boleh buat selain membuat Farikha nangis?

Perlahan-lahan pintu dikuak. Farikha yang sedang duduk di birai katil terus bangun dan mengelap air matanya. Cepat-cepat wanita itu membuka sanggul dan aksesori ke atas meja kecil. dia mahu segera memboloskan diri ke tandas. Tidak betah berdua bersama Edison .

Kainnya yang agak sendat menyukarkan pergerakan Farikha . Dia sedaya upaya mengambil tuala dan berlalu ke tandas. Jantungnya berdebar mendengar deruan nafas di belakang. Dia pasti Edison di belakangnya.

Tangan capai tuala dan kain diangkat tinggi sedikit. Senang sikit dia mahu melangkah sebesar yang boleh. Tetapi semuanya terbantut tatkala tangan sasa Edison memeluknya dari belakang.

Apa pula permainan Edison ini?

“Sayang....” bisik Edison .

Farikha diam kaku.

“Maafkan saya. saya tahu saya salah. Saya larikan diri tanpa berita, layan awak acuh tak acuh tapi saya sama sekali tidak berniat mahu buat begitu. Sayang saya nak awak tahu dari dulu hingga sekarang, hanya awak cinta saya. hati ini milik awak, Farikha .”

“Lepaslah. Saya nak mandi.”

“Please... sayang. I need you.”

Edison terus mencium leher Farikha . Meremang bulu roma Farikha . Apa kes mamat ni? jangan takutkan aku. Sabar Farikha . Calm down.

“Awak jangan nak berdrama malam lah. kalau awak sayang saya awak takkan tinggalkan saya.”

Edison mengeluh. Dia memusingkan badan Farikha supaya mengahadapnya.

“Saya sayangkan awak. Sangat sayang. Saya pergi kerana nak awak tenang dan berfikir. Cuba mencari kebenaran. Saya juga mahu tenangkan diri saya sebelum saya bertindak di luar dugaan. Farikha . Saya tak tipu yang saya hanya cintakan awak.”

Mata mereka betentang. Farikha cuba mencari kebenaran. Nampak ikhlas raut wajah Edison . Adakah benar pengakuan Edison tadi?

“Awak jahat, jahat. Jahat!” marah Farikha sambil memukul dada bidang Edison . Melepaskan segala yang terbuku di hati.

Edison menahan. Biarlah Farikha melepaskan segala-galanya. Apabila pukulan Farikha perlahan dan tangisannya semakin mendayu, segera Edison memeluk Farikha . Tidak sanggup dia melihat Farikha menangis begini.

“Awak jahat, Edison . Saya benci awak,” ucap Farikha dalam tangisan.

“Bencilah... tapi saya nak awak tahu. Dulu, sekarang dan selamanya saya cintakan awak. Kalau masa berputar balik sekalipun saya akan tetap memilih awak. Saya nak awak jadi isteri saya, ibu kepada anak-anak saya, suri hati saya dan nenek kepada cucu saya. saya ikhlas, Farikha .”

“Saya benci awak, Edison . Kenapa awak baik sangat? Saya banyak buat salah. Awak faham tak?”

“Listen. Forget that, okay? Saya tahu awak emosi masa tu. kita mulakan cerita baru. Lupakan yang lama. Awak sudikan terima saya sebagai suami awak?”

Pang!

Tak sangka Farikha akan menamparnya. Adakah wanita ini tidak sudi? Salahkah dia selama ini menilai Farikha .

“Awak bodoh. Kenapa tanya macam tu? Awak memang suami saya pun.”

“Ya Allah, Farikha . Gugur jantung saya. Terima kasih Farikha . Jadi sebagai denda sebab lempang saya... saya nak....”

Jantung Farikha laju berdegup. Nak apa pula ni?

“Panggil saya honey and I call you sayang.”

Fuh... lega! Ingat apa tadi. Bisik hati Farikha . Dia mengangguk dan tersenyum.

“One more....”

Ada lagi? Terangkat kening Farikha .

“Mandikan honey. Bolehkan sayang?”

“Ha? No.. no.. mandi sendiri.”

Farikha cuba melarikan diri tetapi tidak sempat apabila Edison mencempungnya. Tiada pilihan Farikha memang kena mandikan Edison .

“You can’t run anymore. My sweetheart....”

Bibir Farikha dikucup. Merah padam wajah isterinya. mereka tersenyum dan berlalu ke tandas. Kini, bahagia menanti mereka. Harapannya tiada lah orang lain menganggu.

Terima kasih atas anugerahnya. Memang dahulu Farikha sangat takut bercinta. Tetapi sekarang tidak lagi. I choose to love you, Edison . Forever...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience