BAB 1

Romance Completed 37131

Rosie memutarkan nombor di telefon rumahnya, telefon yang disaluti emas di gagang telefon tersebut hanya boleh berada di rumah tertentu sahaja. Harganya jutaan pounds. Rosie menarik nafas berharap agar Amran menyambut panggilannya. "Rumah Anak Melayu, dengan siapa saya bercakap." kata penyambut telefon tersebut. "Saya Rosie, boleh saya bercakap dengan Amran?" soal Rosie, dia masih melihat ke arah tangga rumahnya, takut-takut Papanya turun ke bawah.

"Amran, panggilan untuk kau!" laung ketua rumah sehingga terdengar oleh Rosie. "Dari siapa?" kata Amran, kedengaran ton suara Amran yang begitu maskulin di dengar, seakan pendekar sewaktu cerita dahulu. Sangat dalam dan sangat tegas. "Katanya Rosie." kata ketua rumah. "Rosie... Hello Ros.." tertawa sedikit Rosie apabila dipanggil begitu. "Kenapa kamu memanggil saya Ros?" soal Rosie. "Kerana kau seperti bunga ros, cantik dilihat bahaya untuk aku sentuh." kata Amran. Rosie ingin pengsan, "ah! ada-ada sahaja Amran ini." kata Rosie, sedikit malu diusik begitu. Dari mana datang keberanian lelaki ini, sedangkan di rumah dia seakan malu-malu.

"Ros, buat apa?" soal Amran. "Tiada. Rosie tidak buat apa-apa Amran." kata Rosie. Entah hatinya berdegup. "Adakah irama hati kita melagukan degup yang sama?" soal Amran. Ahh! Pujangga lelaki tersebut membuat hatinya berdegup kali kedua. "Sejak bila Amran mempunyai keberanian seperti ini?" soal Rosie. "Sejak, kamu memberanikan diri untuk menegur saya di perpustakaan. Dan sejak saya seakan mahu menjadikan kau suri hidupku, dan sejak kau selalu ku lihat, mengintai aku di mana sahaja. Alangkah bodohnya aku membiarkan perempuan yang mendekatiku. Mana pergi maruahku sebagai lelaki?" kata Amran.

Wayar telefon sudah dililit oleh Rosie. Lelaki ini pandai berpujangga. "Amran. Kau cintakan aku?" soal Rosie. "Aku perlukan pertunjuk dari Yang Maha Esa, Rosie. Jikalau benar kaulah jodohku." kata Amran. Walaupun dia tahu, gadis itu baru mencecah 16 tahun. "Bimbing aku, Amran." kata Rosie. "Dengan izin-Nya." kata Amran. "Bimbing aku menjadi seorang isteri yang taat, Amran." kata Rosie, lagi. "Sediakan lah dirimu." kata Amran.
***

Rosie merenung secawan teh yang dihidangkan di hadapan matanya. Dia hari ini mewakili Idgryl Organisation dalam makan malam yang selalu diadakan. Hatinya masih merindukan Amran. Sudah lama dia tidak menelefon Amran lantaran Papanya mengetahui mengenai hubungannya dengan Amran melalui telefon.

"Mama tahu anak jantan akan mengotakan janjinya. Jikalau memang benar jodohmu dengan anak muda itu. Pastikan dia membimbingmu." pujuk Mamanya. Papanya menghentikan lamunannya. "This my daughter, Rosie Sharifah. Rosie, this is from Cedric Organisation, Harl Organisation, dan lastly, Ryen Organisations." kata Papanya memperkenalkan semuanya. Dan, apabila dia merenung wajah lelaki daripada Ryen Organisation. Dia terkejut, "You!" kata Rosie , tegas.

"We meet again, young Miss Rosie. How are you?" soal Ryen. Rosie melemparkan pandangan tajam. "Apa kau nak? Kau ingat kau boleh rampas treasure dan organisasi aku?" bisik Rosie. "Boleh, sekijap sahaja aku boleh lakukan. Ingat, kau belum dikira sebagai pemegang organisasi jikalau kau belum berkahwin." ejek lelaki daripada Ryen Organisation. "Aku akan berkhawin!" tegas Rosie. "Dengan siapa? Biar aku cadangkan.. walaupun aku sudah ada isteri satu, tapi.. aku boleh berkhawin lagi. Dan, aku boleh pujuk Papa kau, untuk kau berkhawin dengan aku. Papa kau pun perlukan aku, untuk aku memenuhi syarat setiap organisasi." kata lelaki tersebut, sombong.

"Dan kau ingat, aku tidak mengetahui perancangan kau! Kau kahwini aku, dan kau akan ambil organisasi aku dan treasure!" tegas. Lelaki tersebut hanya tersenyum, "bijak.. itu sebabnya kau ini ada memang ditakdirkan untuk menjadi ketua organisasi." kata lelaki tersebut dan tersenyum. Rosie hanya memandang wajahnya tajam.

(IMBAS KEMBALI)

Rosie melihat Adryen hanya mengacukan pistol kepadanya. "You know, Rosie.. Aku sepatutnya khawin dengan kau. Walaupun umur kau sebenarnya baru mencecah 15 tahun." kata Adryen. "Dan aku tahu, sebab kau nak kahwin dengan aku. Sebab harta kan? Pengaruh? Kekuasaan?" kata Rosie. Adryen hanya ketawa, "jangan terlampau benci sangat dengan aku. Kita tidak mengetahui masa hadapan, mana tahu.. kau dan aku.. kita akan ada kaitan. Jika tidak sebagai suami isteri, aku harap Tuhan mempunyai perancangan yang lain." tertawa Adryen.

"Kalau aku benci kau, semua keturunan kau pun aku benci!" luah Rosie. "don't be to confident, Rosie.. Kau tahu ke masa depan, kau boleh ramal masa depan?" tertawa Adryen. Pistol sudah disimpan. "Kita jumpa lagi ya, Young Miss Rosie." kata Adryen meninggalkan Rosie.
***

"Baru balik sayang?" Mamanya mengusap rambut anaknya. "Ma.. saya nak khawin, boleh?" luah Rosie. "Rosie.. kenapa? Rosie dah fikir sebetulnya? Siapa calon Rosie?" soal Mamanya bertalu-talu. "Tolong restui perkahwinan kami ya, Ma." kata Rosie.

Mamanya memeluk anaknya, entah kenapa hatinya tidak sedap memikirkan mimpi semalam. Seakan petanda kepadanya. "Siapa calon Rosie, bawa dia ke mari ya, nak." dia sebagai ibu tahu persis perasaan tersebut. "Mama izinkan esok Rosie keluar?" soal Rosie. Mamanya merenung anak mata Rosie. "Izinkan Rosie, pergilah nak." kata Mamanya.
****

Rosie menjejaki Rumah Anak Melayu. Dengan keberanian dia, dia bertanya lelaki-lelaki yang sedang berada di luar rumah. "Excuse me, is Amran here?" soal Rosie. Lelaki tersebut sedang menulis tulisan khat, seakan ingin menghantar surat ke kampung. "Who are you?" soal lelaki tersebut. "Rosie.. Rosie Sharifah." kata Rosie. Lelaki tersebut melaung nama Amran.

"Amran... Ada orang nak jumpa, Rosie Sharifah!" laung lelaki tersebut.

Amran dengan berkain pelikat dan bersongkok ketika itu baharu sahaja habis menunaikan solat istikharah, dan melihat Rosie. Dia tahu doanya sudah terjawab oleh Yang Maha Esa. "Alhamdulillah." bisik hati kecil Amran. "Rosie.. Why?" soal Amran, mengajak Rosie duduk di pangkin yang mereka buat. "Amran.. tujuan saya datang ke mari ialah untuk menyuarakan hasrat hati saya." kata Rosie.

"Apa itu, Rosie? Apa yang tersimpan di hati kamu?" soal Amran merenung gadis ini. "Isterikan daku, Amran. Boleh?" soal Rosie. Amran hanya tersenyum, sambil memegang ubun-ubun kepala Rosie. "Semoga Allah permudahkan urusan kita. Marilah, aku tidak mahu menunggu lama. Izinkan aku berjumpa dengan kedua ibu bapamu." kata Amran.
***

"Papa.. Where are you?" Mama Rosie mengesot mendekati suaminya yang sudah terbaring di lantai. "Papa.." tangis Mama Rosie. "I love you Sharifah, I really do. Your are my wife, Sharifah. Please protect our daughter." kata Edward Idgryl. "No, please don't leave me. Please, love. Edward!" teriak Puan Sharifah. "You must teach her to became a good leader to my organisation. Remember, Sharifah.. She must married, for become a leader to my organisation. Remember, run to our old mansion. Sebastian!" teriak Edward. Sebastian datang sambil memangku kepala Masternya. "Master..." sedih hati Sebastian. "Make sure to protect my ancestor, your ancestors until the end will protect my great grandchildren." kata Edward. "I promise, Master.." kata Sebastian. "Bring Madam to our old mansion. Sana selamat." kata Papanya.

Mereka sebenarnya telah diserang oleh pihak musuh. Ketika Edward Idgryl sedang menjadikan badannya perisai. Edward mengusap wajah isterinya, "you will always be great Madam of Master Edward Idgryl. Didik Rosie untuk tidak menjadi lemah. Jadilah ibu yang mampu membimbing Rosie menjadi seorang yang kuat." kata Papanya.

Rosie melihat sosok tubuh itu. Dia mencapai tangan Amran. "Ahhhhhhhhhh!!!!!!!!" teriakannya memecah sehingga berdegung ke udara.

Share this novel

Fukumen Hime
2022-04-14 12:28:21 

She must marry in order to become the leader of our organisation.

Fukumen Hime
2022-04-14 12:27:31 

kalau guna to...next word mesti dalam present tense. became tak betul, become baru betul

Fukumen Hime
2022-04-14 12:26:28 

peristerikan daku, Amran


NovelPlus Premium

The best ads free experience