Bab 3- Murahan

Romance Series 60814

Bab 3

Aku kan murah, jadi salah ke jalan yang aku pilih? Tak.. aku terasa hidup begini. Tidak terikat dengan sesiapa dan bebas untuk berbuat apa. Yang penting bukan atas tiket CINTA. Hanya berpaksikan keseronokan semata-mata.

Pelukan yang datang dari belakang membuat Danin berpaling seketika.

"Do you want to join me tonight? Wife I tak ada." Lelaki berbisik sensual.

Danin tersenyum. Tangan kekar yang melilit pinggangnya diusap lembut.

"Saya cuma peneman saja Dato. I don't take your wife's rolls."

"You're fucking hot and gorgeous. Siapa penjaga you yang sebenar?"

"Tak perlu untuk you tahu Dato. Dia tak mahu dikenali orang."

"Dia pasti bertuah dapat mengulik you setiap malam." Danin tersenyum manis seperti biasa.

"Datin Suraya pasti seribu kali lebih bertuah diulik Dato."

Senyum suka hati terlorek lebar.

"You memang sentiasa pandai mengambil hati I. This Is your tips. I berpuas hati dengan layanan you. Next time if I perlukan peneman lagi, I will contact you."

Lelaki itu tersenyum puas lagi sebaik menyelitkan wang tips kepada wanita itu. Jinak-jinak merpati yang menjadi kegilaan para jejaka. Jika diberi peluang untuk dia pelihara burung jinak ini, pasti dia takkan melepaskan peluang yang ada.

"My pleasure Dato. Selamat malam." Danin pergi melenggang cantik.

----------------

"Kau dah semakin dikenali sekarang dalam kalangan VVIP. " Tegur seorang lelaki sebaik Danin masuk ke perut kereta.

"Kau pun apa kurangnya."

"Manusia yang tersakiti macam kita ni memang ditakdirkan hidup bersama ya. So, kau nak balik rumah aku ke malam ni?"

"Rasanya balik rumah mama kot. Dah lama sangat tak balik . Nanti bising pula dia."

"Agak-agaknya sampai bila kita nak hidup macam ni? Kau tak nak berubah ke Danin?"

"Hei.. Wake up! Apa yang kau merepek ni? Kita happy dengan jalan yang kita pilih kan? What is the issue?"

"Hati aku tiba-tiba rasa sayu. Rasa macam aku dah tak lama hidup. Masihkah ada jalan pulang untuk aku?"

"Kau nak berhenti jadi gigolo?"

Lelaki itu memandangnya sayu. Anggukan kepala diberikan. Danin melepas nafas berat.

"Kau nak berubah, silakan. Aku, kau biarkan saja. begini. Aku pilih jalan ni untuk terus hidup. Aku suka tengok hidup lelaki tu semua jadi berantakan dan jahanam. Ini keseronokan yang aku cari. After all, aku kan memang perempuan murah. Kenapa aku perlu stop?"

"Kau nak tunggu sampai satu dunia tahu kau wanita murahan ke baru kau nak stop?"

"Biar! Aku suka!"

Dasar Danin degil!

"Danin, kita tak salah dalam hal ni. For many years, kenapa kita perlu telan perit yang orang lain beri? Kenapa kita perlu termakan dengan kata-kata mereka yang menyakitkan. Lupakan segalanya dan kita bina hidup baru Danin. Kahwin dengan aku dah kita lupakan segalanya."

Danin pandang jijik pada temannya.

"Kau ni mabuk ke? Kenapa aku nak kahwin dengan kau. Kau tu gigolo, yang taram orang tua. Dah lah gigolo, cintakan kaum sejenis pula tu. Memang tak lah aku nak kahwin dengan kau!"

"Aku pun boleh jadi lelaki sejati. Aku janji aku tinggalkan semua yang jahat ni demi kau."

"Geli aku."

Aidid melepas keluhan mendengar kata putus dari Danin. Dia bawa diam sehingga kembali bersuara.

"Kenapa pipi kau bengkak?"

"Baru kau nak tanya? Ini gaya nak jadi laki aku? Tak caring langsung!"

"Kenapa? Siapa pula yang sepak kau kali ni?"

"Biasa lah.. penangan dari perempuan bodoh."

-------------------

Pang!!!

Terteleng kepala Danin ke tepi. Boleh tahan kuat. Sengihan Danin bikin hati yang bagi tangan tadi makin membara.

"Dasar perempuan murahan tak sedar diri. Kau ingat bila laki aku dah tergilakan kau, kau dah menang? Kau belum kenal aku lagi."

"Kau pun tak kenal siapa aku." Balas Danin bersahaja. Hilang mood nya untuk sakan bershopping.

"Ini last warning dari aku. Jangan kacau laki aku lagi."

"Ini pun last warning dari aku. Jaga laki kau elok-elok. Sebab aku takkan menolak kalau laki kau datang cari aku."

"Kau ni memang sejenis celaka kan?! "

"Celaka tak celaka, siapa menang dia hebat."

"Dasar pelacur!"

"Kau pun lebih kurang sama. Laki kau dah cerita habis pada aku. Semua aib kau ada dalam kocek aku. Kalau kau tak nak malu, baik kau diam!"

"Kau ni memang meminta!!! "

"Kau marah sebab benda tu betul kan? Shame on you.. Dah jadi bini orang tapi tak cukup satu jantan. Insaf lah weii!"

"Aku akan pastikan kau menyesal!"

"Ohh ayat dari orang yang paling tersakiti. Tak ada masa aku nak shaking. Balik rumah lah kau!"

Danin menghalau sebelum berlalu meninggalkan si isteri yang masih dibadai rasa sakit hati.

Arggghhhhhh!! Tak guna! Jerit Amalina kuat.

Dia yang serang perempuan sundal tu, dia yang stress dipanggang pula. Kau memang tak guna. Kalau sampai Rashdan ceraikan aku dan pilih kau, kau akan tahu apa yang menanti kau nanti. Perempuan sial!

"Siapa perempuan tadi?"

Terkejut Amalina. Asal nak sibuk hal orang lain? Dah bagi tayangan percuma tu diam-diam sudah lah. Menyibuk pula dia!

Soalan dari seorang lelaki yang menapak dekat ke arahnya dipandang sekilas sebelum satu jelingan dihadiahkan. Sibuk je!

"Itu saingan baru ke?" Buat tak tahu, dia makin mengasak soalan. Asal nak tahu?

"Sibuk lah kau! Kalau nak tahu sangat, tu lah perempuan paling celaka, bohsia haram yang pernah aku jumpa. Hidup menjadi tempelan rumahtangga orang."

Dalam marah, dia menapak pergi.

Tengku Tahir hanya membiarkan sahaja. Memandang kelibat bekas isterinya yang sudah tidak kelihatan. Dia bergumam sendiri.

Interesting. Tak sangka kau pilih hidup macam ni Danin.

Kau memilih untuk pergi dan menjadi wanita murahan yang dikeji setiap masa?

Tengku Tahir menggeleng.

*****

Danin pandang wajah galaknya di hadapan cermin. Bengkak di pipinya tidak terlalu kelihatan. Senyuman puas hati terukir sebentar di bibir sebelum dia mencapai tas tangan dan berlalu keluar dari kamarnya.

Berlagu riang Danin mengira anak tangga ke bawah. Sesekali rambut kepok-kepok baharunya dilibas ke belakang. Gaya model kau!

Mama yang melihat tingkah si anak menggeleng kesal.

"Dah malam Danin.. Nak ke mana lagi? Baru balik dah nak keluar lagi."

"Ini dipanggil malam masih muda Mama.. Danin keluar dulu."

"Sampai bila nak hidup macam ni Danin? Umur awak bukan makin muda. Dah nak masuk 30 tahun. Sampai bila nak memberontak tak kena tempat?"

Mama cekak pinggang. Tak berkenan dengan kerenah sang anak yang mula berubah tingkah sebaik dia sah bercerai.

"Kata siapa Danin sedang memberontak?" Danin angkat kening tak faham.

"I am enjoying myself."

Malas ambil peduli soal mamanya, Danin pantas berlalu ke bilik kasut. Dia mendapatkan kasut yang sesuai dengan outfitnya dan bersedia untuk keluar.

Malam.. masih muda. Ayuh kita berhibur sakan!!!
Suka-suka hati Danin sahaja menyanyi ikut sedap mulutnya. Aci betul je lah lirik tu.. Main bantai orang tua cakap.

"Mama nak cakap sikit."

"Apa lagi maaa? Danin dah lambat ni."

"Datin Suraya datang jumpa mama." Buka mukadimah.

"So?"

"Can you please stop jadi perempuan murah? Dah tak ada kerja sangat ke sampai ganggu rumahtangga orang?"

Danin gelak melihat muka bengang mamanya.Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau dah nama scandal dengan orang besar ni memang cepat je Kantoi ye? Mesti pasang private investigator. Pula tu siap jumpa Mama dia lagi. Tak sangka pula Datin Suraya tu kawan mamanya. Kecil betul dunia..

Tapi.. apa boleh buat. Takkan nak tutup periuk nasi sendiri hanya kerana orang tu ada kena mengena dengan mamanya? Sorry.. tapi i bukan pengecut. Sekian terima kasih..

"Jangan gelak lah Danin. I'm being serious."

"Bukan rumahtangga mama yang diganggu kan.. So mama kena Wat rilek, Wat Peace. Tapi..kalau ada yang kacau papa, just tell me, I Know how to deal with it. Pergi dulu mama.. I Love You.. muahh!"

Laju mulut itu berbunyi. Selaju langkah yang diorak keluar setelah mencium pipi si mama.

Sebagai seorang emak, Mama Hafiza hanya mampu menggeleng. Nak dirotan dah besar panjang. Nak dibebel dah tak cukup anak tekak. Buat habis beras je cakap dengan seorang Danin Sefiyya. Degil!


Telefon diambil. Nombor seseorang didail. Anaknya perlu dibantu. Jika terus dibiarkan bebas, dia akan makin hanyut dalam dunia pemberontakannya.

------------

Share this novel

norsila
2024-02-15 07:50:09 

laaa napo brubah teruk naa..aduh..xsuaminya hidup bahagia dio..aduhhh napo teruk sgt2.. patut tunjukkn bahagia diri tu ke arah yg lobih baik..hiss buat apo nk tunjuk brtapa murah diri tu..saya lak nk marah dio ni..huuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience