Bab 18

Romance Series 113890

Sampai sahaja di pejabat dilihat Syam sudah pun menunggu di hadapan pejabatnya. Muka Aniq serius maut. Pasti ada sesuatu yang telah terjadi. Kata Syam di dalam hati.

"Kau tau tak Afya nyaris kena langgar tadi?" soal Aniq dengan wajah yang begis. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah.

"Hah, biar betul. Kena kat mana?" soal Syam terkejut. Ini pasti Mat Tinting punya kerja.

"Tadi lepas hantar kau balik pejabat, aku hantar Afya balik rumah. Sampai depan rumah elok Afya turun dan nak tutup pintu kereta, datang ade sebuah motorsikal dari arah belakang terus tolak Afya sampai jatuh. Aku tak sempat tengok nombor plat tapi yang aku perasan, penunggang tu pakai helmet apollo warna biru ada sticker bintang warna merah kat bahagian belakang. Aku tak rasa orang lain. Mesti Mat Tinting" terang Aniq.

"Teruk ke luka Yus, dah bawa ke klinik ke?". Kesian pada Yus, dah la ahli keluarga baru meninggal, kes ugutan pulak masih belum selesai.

"Aku dah bawa Afya ke klinik, Mak Mah teman sekali tadi. Seliuh jugak kaki kanan dia. Nasib baik tak teruk. Macam mana dengan anggota team, masih belum dapat apa-apa maklumat ke? Kalau dah sampai touching body ni, dah makin bahaya nyawa Yus" Soal Aniq bimbang. Selagi suspek tidak diberkas, selagi itu hatinya tidak tenang.

"Ada tu memang ada tapi aku tak berani nak yakin sangat takut jadi macam hari tu. Tak pe, kau serah perkara ni pada aku. Kau tengok-tengokkan Yus. Amy dengan Pak Long dah tau ke?" aju Syam lagi.

"Amy dah tau tapi aku rasa tak perlu la bagi tau Pak Long. Sekarang ni masih lagi under control. Kalau dah teruk sangat baru kita maklum" putus Aniq.

"Aku ikut je yang penting nyawa Yus selamat" angguk Syam.

****

"Yus.. Buat apa kat dapur ni, Yus nak makan ye. Kenapa tak panggil Mak Minah. Biar Mak Minah buatkan. Nasi dan lauk ada, nak Mak Minah panaskan? Kejap lagi Amy balik, boleh makan sama-sama." soal Mak Minah sambil memimpin Ayu duduk di meja makan.

"Haah. Rasa lapar pulak. Bolehlah. Biasanya kejap lagi Amy sampai la tu" ucap aku.

Panjang umur, di luar aku dengar bunyi enjin motorsikal dan ucapan salam juga suara orang berbual.

"Assalamualaikum.. Kak oo kak" laung Amy.

"Akak kat meja makan ni. Sini la" jawab Yus.

"Kak, kau okey ke? Lepas abang Aniq bagitau tadi memang orang nak balil tapi masa tu tengah metting dengan client. Terpaksa tunggu sampai selesai." ucap Amy lantas melutut di tepi kerusi tempat aku duduk. Kaki aku dibelek.

"Tak ada apalah. Sikit je ni. Abang Aniq dah bawa pergi klinik tadi dengan Mak Minah. Jomlah teman akak makan. Lepas ni nak makan ubat" ajak Yus.

"Okey.. Okey.. Orang teman. Walaupun perut dah kenyang makan dengan client tadi tapi demi kakak tersayang orang temankan juga" ucap Amy lalu menarik kerusi dan duduk di sebelah aku.

"Alolo.. Sweet jugak adik akak ni ye. Thanks. Akak tak apa-apa pun" kataku sambil menepuk perlahan lengan Amy.

"Kak mana orang tak susah hati. Tinggal kita berdua je kak. Mak abah dengan along dah tak de. Jadi kalau ada apa-apa berlaku lepas ni walaupun benda kecik, kau janji bagi tau orang boleh kak?" soal Amy dengan wajah yang penuh kebimbangan.

"Ye.. Akak tau kau sayangkan akak. Akak pun sayangkan adik akak sorang ni. Dah, tak nal sedih-sedih. Meh kita makan" ajak Yus. Kebetulan pula Mak Minah selesai menyediakan makan malam di meja.

"Meh la makan sekali Mak Minah. Ajak Pak Hamid sekali. Kita makan ramai-ramai" ajak Yus.

"Ha ye lah. Mak Mak Minah panggil Pak Hamid kejap. Yus dengan Amy makan la dulu" minta Mak Minah.

"Kak, abis tu macam mana dengan kursus kawin tu. Kaki kau sakit lagi ni?" tanya Amy sambil menyuap makanan.

"Akak dah bagitahu Pak Long minta tunda Khamis dan Jumaat ni. Akak bagitau akak ada hal nak urus. Akak tak bagitahu pun pasal ni pada Pak Long. Bukan apa, Pak Long dah banyak bantu kita. Akak tak nak Pak Long risau." terang Yus. Tak perlu lah besarkan perkaran ini. Banyak lagi yang Pak Long perlu fikirkan.

"Kalau dah gitu, orang okey je. Tak ada masalah."

****

Dalam pada itu Aniq masih lagi berada di pejabatnya meneliti beberapa maklumat yang diperolehi.

"Aniq, kau tak nak balik lagi ke?" tegur Syam yang berdiri di muka pintu pejabat Aniq yang terbuka.

"Hm.. Nak balik juga. Aku semak maklumat yang ada ni kejap. Kau nak balik dah ke?" soal Aniq pulak.

"Haah. Hm... Aku cakap sikit boleh?" soal Syam lalu duduk di hadapan Aniq.

"Hai, lain macam pulak malam ni. Sopan sangat. Biasa tu kau main serbu je. Tak pandai minta-minta macam ni" balas Aniq. Syam pula sudah serba salah bila Aniq berkata begitu.

"Macam ni. Aku cuma nak kelulusan dari kau." ujar Syam.

"Kelulusan? Maksud kau?" soal Aniq kurang faham.

"Tak.. Kau kan Pegawai Turus D9, aku cuma Pegawai Operasi je jadi aku nak kelulusan kau untuk buat serbuan kalau pelanduk dah masuk jerat. Cuma aku minta, kau tak maklum dulu pada Tuan Yunus. Takut jadi macam hari, jenuh kau kena bambu sampai merah-merah telinga" terang Syam walaupun berat permintaannya ini.

"Hm.. Berat juga permintaan kau ni. Aku bukan tak boleh beri kelulusan cuma kalau jadi apa-apa pada anggota masa serbuan, mati kita nak jawab." balas Aniq diikuti keluhan.

"Tapi aku yakin pada kau dan anggota team. Cuma kalau ada apa-apa, kau mesti maklum aku A.S.A.P. boleh? " minta Aniq. Aniq tahu Syam seorang pegawai polis yabg cekap dan berwibawa cuma rezekinya belum sampai untuk sama pangkat dengan aku.

"In sha Allah. Kalau ada apa-apa aku maklum segera tapi bila serbuan tu belum pasti tapi aku rasa dalam masa terdekat" balas Syam dengan yakin.

"Okey. Sebelum aku lupa, sabtu ni jadi ke nak ikut aku balik kampung?" soal Aniq.

"Eh.. Mesti. Aku tunggu kau kat rumah. Kau ambil aku ek. Tak sabar pulak nak makan asam pedas." balas Syam sambil terbayang-bayang asam pedas yang dimasak mama Aniq.

Setelah mengemas meja, Aniq bangun bersiap-siap dan memakai jaketnya dan mengunci pintu pejabat lalu berjalan beriringan menuju ke tempat parkir untuk pulang ke rumah.

****

"Assalamualaikum mama. Aniq dan Syam dah bertolak ni. Dalam tengah hari nanti kitaorang sampai. Mama masak apa? Ye ke.. Macam tau-tau je. Okeylah mama, see you. Waalaikumsalam." Aniq mematikan telefon lalu memandang Syam yang sedang memandu di sebelah.

"Mama aku macam tau-tau je kau nak makan asam pedas. Dia dah siap masak dah." beritahu Aniq sambil tawa dilepaskan.

"Hahaha.. Ni yang buat tak sabar ni. Hm.. Tapi kau rasa apa yang mama akan cakap pasal kau nak kawin. Tak sampai tiga minggu je lagi." soal Syam pada Aniq. Syam ada juga terfikir macam agaknya jika mama tak bersetuju. Adakah Aniq akan teruskan juga. Bukan dia tidak tahu, Aniq sangat sayangkan mamanya dan kalau mama tak setuju adakah Aniq akan batalkan.

"Aku pun tak pasti tapi aku berharap sangat mama akan setuju. Aku akan rasa bersalah andai mama membantah. Aku dah terlanjur bersetuju dengan permintaan arwah Uncle Syed." luah Aniq.

"Hm.. Sama-sama kita berdoa supaya Allah bukakan hati mama untuk terima" ucap Aniq sambil meraup muka.

Tidak lama Aniq dan Syam sampai di Masjid Tanah Melaka. Aniq dan Syam keluar dari kereta sambil membetulkan badan. Boleh tahan lenguh juga.

Salam diberi dan muncul mama di muka pintu bersama Pakcik. Aniq bersalam dan memeluk mamanya dan beralih pula pada Pakcik. Hm.. Jangan pelik kenapa Aniq panggil Pakcik sebab suami mama adalah ayah tiri Aniq. Nak tau lanjut kena tanya tuan badan sendiri la ye.

Syam pula mengikut dari belakang dan bersalam dengan Pakcik.

"Ha.. Sampai pun. Dah, mari masuk, mama kamu tadi lagi siapkan nasi. Tak sabar katanya nak makan sama-sama." ajak Pakcik pada Aniq dan Syam.

Berselera sungguh aku dan Syam makan hari ni. Dah lama tak rasa air tangan masakan mama. Bertambah nasi aku dan Syam.

"Lama ke cuti balik ni?" soal Pakcik pada aku dan Syam.

"Tak lama Pakcik, esok nak balik dah. Hm.. Balik ni ada perkara nak bincang sikit" jawab aku.

"Aih, macam penting je. Nak kawin ke?" soal mama.

Uhuk uhuk uhuk..
Tersedak aku dengan soalan mama. Adoi macam tau-tau je.

"Hahaha.. Kalau dah sampai tersedak tu, betullah ni ye. Alhamdulillah.. Sampai juga jodoh anak mama ni. Siapa orangnya?" soal mama tak sabar.

"Hm.. Boleh tak kita makan dulu, nanti Qib cerita pada mama dan pakcik" jawab aku sambil meneguk air, pedih hidung jadinya.

Malam tu sedang aku, Syam, mama dan Pakcik duduk di ruang tamu menonton televisyen. Mama datang duduk di sebelah aku.

"Hah, cakap siang tadi nak bagitau mama. Bila nak ceritanya?" soal mama.

"Apa yang mama cakap siang tadi tu betul lah. Qib nak kawin. Hm.. Hujung bulan ni." jawab aku.

"Hah, hujung bulan?" serentak mama dan Pakcik bertanya.

"Dah kenapa cepat sangat. Jangan cakap kamu dah buntingkan anak orang Qib. Mama sembelih kamu nanti" tinggi suara mama. Syam yang turut berada di ruang tamu sudah tersengih-sengih melihat aku. Suka la tu bila mama pikir bukan-bukan. Tak guna punya kawan.

"Mama ni.. Qib masih waras la mama, takkan Qib nak buat macam tu pulak" jawab aku serba salah.

"Kalau dah bukan macam tu, cuba cerita sebenarnya?" soal mama. Adoi mama kalau dah marah, aku jadi seram.

Aku kemudian memandang Syam dan Syam sedikit menggangguk.

"Sebenarnya macam ni... "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience