ABD3

Romance Completed 199333

"Izz cakap kat siapa pula ni tak ada otak? tak kan Izz cakap kat Meena? jangan macam-macam Izz.." tegur puan Idayu sebaik saja melihat Izz dan Ameena seakan sedang bergaduh didepan tetamu yang datang.

"eh mama, tak adalah.. tadi Izz sembang dengan Meena yang ramai sangat tetamu yang datang hari ni.." sedikit gugup suara Izz akibat terkejut.

"dah tu kenapa muka masing merah? panas ke?" soal puan Idayu lagi.

"ye panas!" jawab Izz dan Ameena serentak.

"erm.. yelah.. tadi mama minta Meena panggilkan Izz sekali dengan Meena lekat kat sini.. dah la mama nak layan tetamu.. bersembang la dulu, jangan gaduh-gaduh malu kat tetamu yang datang.." pesannya kerana dia cukup kenal dengan perangai baran anak tunggalnya yang seorang ini.. kalau dia lambat sikit tadi mahu mereka berdua bergaduh dan itu sudah cukup memalukan keluarga kedua-dua belah pihak.

"baik mama, kami tak gaduh.." balas Ameena dan terus berjalan meninggalkan Izz yang terkebil-kebil melihat kearahnya selepas membuatnya kesal.

"perempuan tak tahu malu.. ada hati nak ambil hati mama aku.. apa kau ingat kau dapat semua yang kau nak? jangan harap selagi aku hidup, kau tak akan selamanya hidup gembira selagi kau menjadi isteri aku!" omel Izz sendirian.

Sebulan berlalu.. perkahwinan yang diatur oleh keluarga tetap diharungi oleh Izz dan Ameena.

"heh perempuan, kau masak apa hari? aku dah lapar ni.." jerit Izz pada Ameena kerana dia tahu Ameena sudah sampai kerumah lebih awal darinya kerana kereta Ameena elok terparking dibawah garaj rumah mereka berdua.

"eh abang dah balik.. tak cakap balik awal hari ni? kalau tahu abang nak balik awal Meena masak awal-awal tadi.." lembut suara Ameena selepas berlari turun dari tingkat atas rumahnya selepas terdengar suara suaminya.

"gelilah nak berabang-abang bagai.. kau siapa nak panggil aku macam tu.. tepilah.. mata dengan mulut kau dah kenapa? dah macam orang kena sawan je? kau tak payah nak berlakon sakit ke, apa ke, aku tak nak tahu.. tepilah.." marah Izz pada Ameena yang cuba menghalang jalannya dengan menyuruh dia perlahankan suara dan mengenyit matanya.

"apa ni Izz, dari dapur dah dengar suaranya.. kenapa dengan Meena?" soal puan Idayu sebaik saja dia terdengar suara anak lelakinya seperti memarahi Ameena.

"eh mama, bila sampai? tak nampak pun kereta mama kat luar tu?" sedikit terketar suara Izz kerana tiba-tiba saja mamanya keluar dari dapur rumah mereka.

"mama minta Meena jemput mama tadi.. mama malas nak bawa kereta sendiri.. Izz tahulah sekarang masa orang balik kerja.. sesak.." ucap puan Idayu dan berjalan masuk kedapur kembali untuk menyambung masakkannya sebentar tadi.

"oh yeke? erm Izz naik mandi dulu lah ye.." ucap Izz dan ingin berlari menaiki tangga ketingkat atas untuk masuk kebiliknya.. tapi dipanggil oleh mamanya sekali lagi.

"lepas mandi turun makan, mama dan siap masak ni.." sambung puan Idayu lagi.

"baik ma.." balas Izz dan matanya mula memandang tepat kearah muka Ameena yang berdiri disebelahnya.

"kau kenapa tak telefon aku dulu, yang mama aku datang? kau sengajakan nak suruh mama aku nampak yang aku ni suami yang jahatkan?" marah Izz kerana ketidak puasan hatinya Ameena tidak menelefonnya terlebih dahulu.

"aku nak telefon macam mana? kau ingat aku ada nombor telefon kau? kalau ada sekali pun tak mahunya aku telefon kau.. nanti kau ingat aku gilakan kau.. hah yang tadi masa aku bagi isyarat mulut dan mata tu, kau yang bodoh sebab tak faham.. bukan salah aku pun.." balas Ameena dan terus berjalan kedapur untuk menolong mak mertuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience