BAB 01

Action Series 6386

Enam tahun yang lalu...

"Cari siapa?"

Soal wanita yang berkulit cerah dengan suara yang sedikit kasar. Matanya dihalakan ke tubuh Nuhayra dari atas sehingga ke bawah dengan pandangan jelik.  

"Cari Darris." dia mengukir senyuman.

"Kau siapa?"

Dia bersandar pada kereta mewah berwarna hitam dengan wajah angkuh. Tubuhnya yang langsing dengan wajah yang cantik membuatkan Nuhayra memuji dalam diam.

"Saya Nuhayra." tangan dihulur namun tidak bersambut.

"Kenapa kau cari dia?"

Benci betul Farhanis melihat wajah Nuhayra yang dirasakan terlalu buruk. Tak sedar diri, berani dia datang rumah cari abang sepupu aku! gumam Farhanis.

"Saya ada benda penting kena bincang. Boleh bagi saya jumpa dengan dia sekejap."

"Wait a minute!" Farhanis masuk semula ke dalam rumah.

Beberapa minit kemudian keluar seorang lelaki yang dicari selama ini. Wajah itu berubah bengis saat ternampak wajahnya.

"Kau buat apa datang rumah aku?" terus Nuhayra diserang. Rambutnya ditarik dan tubuhnya diheret keluar dari rumah.

"Sakit..."

"Kau ni memang tak ada otak kan perempuan! Aku dah cakap aku tak nak tengok muka kau lagi. Kenapa susah sangat nak faham hah!" jerkah Darris lalu tubuh yang kurus itu ditolak sehingga terhentak pada pintu pagar.

"Sakit awak..."

"Itu baru sikit. Kau ni memang perempuan tak sedar diri kan! Dah lah jijik! Busuk! Bodoh! Sedarlah diri tu sikit. Kalau mama aku tau ada perempuan hodoh datang rumah aku, naya kau aku kerjakan! " bentak Darris. Kepala Nuhayra ditunjal berkali-kali.

"Sakitlah. Kalau awak tak nak... "

"Oi perempuan jalang! Jangan sampai kau bercakap dengan kaki aku ni. Lebih baik kau berambus sekarang! "

"Saya datang dengan cara baik, apa salahnya awak layan saya elok-elok? "

"Kau nak aku layan elok macam mana? Perempuan macam kau ni tak elok simpan dalam tong sampah! " nada suara Darris dikawal sejak tadi. Bimbang jika didengari sesiapa.

"Saya mengandungkan anak awak! " jerit Nuhayra. Tubuhnya menggeletar.

Bagai ada sebatang besi sedang merodok hati Darris. Marahnya kembali membuak-buak. Hatinya kembali dibakar.

"Hoi perempuan! Kau ingat aku nak bertanggungjawab bila kau mengandung hah! Aku sendiri yang akan bunuh budak tu kalau kau berani besarkan dia! Ya je kau tu anak aku. Entah-entah anak orang lain. "

"Tapi ini anak awak. " air mata Nuhayra tumpah jua. Sampai hati Darris berkata begitu. Sedagkan ini adalah darah dagingnya.

"Aku peduli apa! Sekarang aku nak kau pergi dari sini. Jangan sesekali kau jejak atau tunjuk muka kau depan aku!" pergelangan tangan Nuhayra dicengkam dan tubuhnya diheret kasar.

"Sakit awak. Lepaskan saya. Sakit!" raung Nuhayra dengan linangan air mata. Dirinya dilayan seperti binatang. Langsung tiada belas kasihan di hati Darris untuknya.

"Jangan buat saya macam ni. Saya tak ada tempat lagi nak berteduh. Saya dah keluar dari rumah parents saya. Saya tak tau nak pergi mana. Saya malu kalau diorang tau saya mengandungkan anak luar nikah. Tolonglah saya." rayu Nuhayra lagi.

"Kau berambus sekarang!" pipi Nuhayra ditampar dan tubuhnya dilemparkan ke luar pagar.

"Darris!" satu jeritan membuatkan serangan Darris terhenti.

Menggigil tubuh Darmawati melihat keganasan yang dilakukan oleh anaknya terhadap wanita yang sedang menangis di hadapan rumahnya.

"Kamu dah gila ke apa?" tengking Darmawati. Dia datang mendekati Nuhayra lalu tubuh itu dibantu untuk bangun.

"Mama..." Darris terkedu.

"Kamu ni dah gila ke apa? Anak orang kamu lempar macam tu je. Kalau mati anak orang, kamu nak bertanggungjawab?" marah Darmawati lagi.

"Perempuan macam ni memang patut dilayan macam ni. Tak sedar diri! "

"Apa dah jadi sebenarnya ni? " wajah Nuhayra dipandang.

"Makcik... tolong saya. Saya mengandungkan anak Darris. Tapi dia cakap dia tak nak bertanggungjawab. " beritahu Nuhayra.

"Astaghfirullahalazim. Apa benda kamu buat ni, Ris? " marah Darmawati mencerlung tajam ke arah Darris.

"Ma, jangan percayakan perempuan tu! "

"Betul makcik. Saya tak tipu. Saya mengandungkan anak Darris. Tolonglah makcik." adu Nuhayra dengan esakan.

"Betul ke kamu mengandung? "

Angguk.

"Apa bukti yang kamu ada? " wajah Darmawati berubah tegang dan mencuka. Ada rasa ragu. Mungkin Nuhayra datang untuk wang memandangkan mereka darjat keluarga yang kaya.

Tulisan yang melekat di atas kertas putih itu diamati. Dahinya berkerut-kerut sebelum ianya digumpal menjadi bola dan dibaling ke muka Nuhayra.

"Gugurkan kandungan tu! " Darmawati memberi arahan tanpa rasa kasihan.

"Hah?" bulat mata Nuhayra, terkejut.

"Gugurkan!" tekan Darmawati.

"T-tapi kenapa?" menggigil tangannya.

"Kalau kamu nak lahirkan, silakan. Tapi Darris tak akan bertanggungjawab. Kami tak ingin maruah kami tercalar dengan kehadiran kamu dengan anak tu." Darmawati tanpa rasa belas kasihan.

Lebar senyuman Darris bila Darmawati menyokongnya. Hatinya bersorak kegembiraan.

"Maruah? Keluarga ni masih ada maruah lepas apa yang anak makcik buat macam ni? Maruah apa yang makcik agungkan tu? Kejamnya sebagai seorang perempuan sebab tergamak suruh saya gugurkan kandungan saya!" bentak Nuhayra menahan diri.

"Baik. Makcik cakap soal maruah? Saya akan dedahkan perbuatan suami makcik kat media sosial supaya makcik sedar dan tahu apa itu maruah yang sebenar." ugut Nuhayra. Sebelum dia ke sini, dia sudah siasat beberapa perkara tentang keluarga Darris.

Dia tidak kisah walau apapun yang akan terjadi. Dia tahu keluarga Darris kebanyakkan dari golongan dikenali masyarakat terutama ayahnya. Jadi pasti tidak mahu perkara ini sampai ke pengetahuan orang ramai.

"Tunggu!" suara Darmawati bergema.

"Kenapa? Nak pungut maruah saya semula ke?" sindir Nuhayra.

"Kamu betul nak Darris bertanggungjawab dengan anak tu?" tanya Darmawati.

Nuhayra mengangguk laju.

"Baik. Saya akan kahwinkan kamu berdua." pinta Darmawati.

"Mama..."

"Ikut je cakap mama, Ris. Siapa suruh kamu berani buat macam tu. Sekarang tanggunglah akibatnya. Jangan bantah apa mama suruh! Kahwin je dengan perempuan ni."

"Mama percaya ke cakap perempuan ni?"

"Tapi kau ingat eh perempuan. Aku akan pastikan hidup kau takkan tenang. Kau takkan meras hidup mewah dalam keluarga kami termasuk rumah ni. Jangan ingat bila kamu dah masuk dakam keluarga ni, hidup kau senang pulak. Sedar diri! Engkau tu tak setaraf pada kami!"

"Ini 50 ribu untuk kau tutup mulut. Kalau kau berani buka mulut, aku akan pastikan anak dalam kandungan tu mati dengan kau sekali!"

Nuhayra terpana. Maruahnya dinilai dengan wang ringgit. Hatinya menjerit namun tiada siapa yang sudi dengar.

Segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience