BAB 6

Romance Completed 4317

“Assalamualaikum,” ucap Yusra sebelum melangkah meninggalkan Dahlia di situ. Langkahnya hanya diperhati kosong oleh Dahlia. Tanpa sedar satu keluhan terlepas.

“Waalaikumussalam.”

“Sejak bila awak kerja kat sana?” tanya Yusra seraya menyedut jus tembikai dalam gelas di depannya.

“Almost two years,” jawab Dahlia. Kalau tadi dia rasa kekok, kini semua rasa itu sudah semakin berjaya diatasi.

Mungkin sebab tidak sekali pun Yusra menyebut tentang kisah lama mereka berdua. Namun begitu, tetap terselit rasa kecewa jauh di sudut hatinya.

“Tak sangka pulak kita akan jumpa lagi. Saya ingat lepas habis belajar dulu, saya takkan ada peluang untuk jumpa awak lagi,” balas Yusra. Ada senyuman di bibirnya. Dahlia mengangguk, setuju dengan kata-kata lelaki itu.

“Awak bahagia sekarang?” Dahlia spontan mengangkat muka memandang Yusra. Entah kenapa, dia merasakan soalan itu ‘lain macam’. Kenapa ya?

“Tak, maksud saya... kehidupan awak sekarang. Makin okey dari dulu?” Yusra membetulkan ayatnya tadi, tak mahu Dahlia salah faham.

“Ohh...” Dahlia mengangguk sekali.

“Better.” Sepatah dia menjawab.

“I’m glad to know that,” balas Yusra pula. Untuk apa? Bisik hati Dahlia.

“Awak pun nampak lebih cantik dari dulu.” Terlepas pujian itu daripada bibir Yusra. Wajah Dahlia direnung lagi. Akal cuba menasihati supaya dia menjatuhkan pandangan tapi hati tidak mahu mendengar. Dahlia menundukkan wajah. Ada senyuman hambar di bibirnya.

“Saya masih lagi Dahlia yang dulu. Tak ada apa yang berubah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience