EPILOG

Humor Series 90875

Sedar tak sedar sesi persekolahan kembali bermula. Seperti biasa aku sudah mula sibuk dengan urusan persekolahan. Emir pula sudah mula sibuk dengan kerjanya sebagai mekanik di bengkel sepupunya. Selama ini aku risaukan Emir tentang hal pekerjaan rupanya dia telah lama bekerja di bengkel milik sepupunya dan merupakan pemilik bersama dengan sepupunya.

Aku tidak kisah dari segi pekerjaan kerana bagiku apa-apa pekerjaan adalah baik selagi halal dari hukum syarak. Jangan dia tambah badboy mahu pening kepala aku nanti.

"Al okey tak ni dari tadi?"

"Okey aje kak. Cuma pening-pening sahaja."

Sejak semalam entah kenapa kepalaku pening-pening sahaja, Emir lagi teruk. Belakangan ini hampir setiap pagi dia hanya muntah saja, tidak lalu untuk makan. Yang cuma lalu ditekaknya adalah benda-benda masam, umpama aku yang sedang period. Aku kehairanan.

"Yeke? Kalau tak sebab Al tak kahwin lagi akak memang syak Al ni tengah mengandung tau."

Jari jemariku yang sedang menaip sesuatu di laptop terhenti. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Ustazah Maream.

"Kenapa pulak sampai macam tu?" Aku ketawa untuk menutup perasaan gemuruh.

"Yelah, muka Al berseri-seri sejak balik bercuti ni. Akak tengok Al macam dah berisi sedikit."

Aku gigit bibir mendengar komen yang diberikan oleh Ustazah Maream. Sememangnya aku semakin syak akan berat aku yang semakin menaik, terutama pipiku yang semakin tembam bak kata Emir. Emir pulak yang semakin geram dengan pipiku. Masuk bulan 1 tidaklah ketara sangat tetapi apabila naik bulan 2, aku perasan yang beratku semakin menaik. Emir pula yang kesian. Mualnya semakin menjadi-jadi. Awal-awal pagi sudah kedengaran Emir bertapa di tandas.

Dan aku perasan haidku datang lewat. Adakah? Aku membeliakkan mata. Takkanlah?

Balik daripada sekolah aku terus menapak ke klinik swasta untuk ujian kehamilan. Hasilnya amat memeranjatkan aku. Aku disahkah mengandung!

Syukur Ya Allah. Tidak sabar aku mengkhabarkan berita gembira tersebut dengan Emir. Patutlah sejak akhir-akhir ini Emir pagi-pagi sudah hilang ke tandas. Rupanya itu adalah gejala morning sickness. Kebiasaan para ibulah yang akan menanggung tetapi berlainan pula dengan kes aku. Emir pula yang merasa morning sickness.

Aku tergelak kecil. Mahu membayangkan muka Emir tatkala aku mengkhabarkan perkhabaran gembira ini kepadanya.

Dengan langkah cermat bercampur gembira aku ke pasar raya untuk membeli bahan makanan untuk makan malam ini. Aku bercadang untuk membuat candle light dinner sambil memberikan kejutan kepadanya.

Kali ini biarlah aku memberikan kejutan istimewa kepada Emir. Tidak sabar aku ingin melihat reaksi Emir nanti apabila diberitahu tentang Emir junior ini.

Aku menilik ke arah jam apabila sampai ke rumah. Rumah yang menjadi hak Emir apabila mummy bercerai dengan abah. Kisahnya hanya mereka yang tahu dan aku tidak mahu mengetahui lebih lanjut. Ada perkara yang kita kena hormati privasinya.

Setelah berkahwin, aku berpindah rumah bersama Emir. Manakala rumah sewaku didiami oleh Amira bersama dengan dua orang guru baru yang baru dipostingkan pada hujung tahun lepas. Aku tarik nafas lega apabila Emir masih lagi belum balik. Dia masih lagi di bengkel katanya apabila dia menghubungi aku semasa aku membeli barang di Everwin tadi. Balik dari Everwin aku singgah pula ke Giant untuk mencari barang lain.

Sambil menyanyi aku memasak chicken chop. Sengaja aku memilih makanan yang sama semasa candle light dinner kami di hotel. Hadiah yang berisi sehelai pakaian yang bertulis 'Daddy is My Hero' bersama sepasang kasut baby aku sudah bungkus elok-elok tadi.

Tepat jam 8 malam Emir balik. Aku sudah sedia menanti. Berdebar-debar akan reaksi Emir nanti.

"Sayang, penat," ucap Emir perlahan sambil memeluk setelah bersalaman dengan Emir. Aku hanya tersenyum. Sememangnya itu adalah rutin hariannya setiap kali balik daripada bekerja.

Aku tepuk perlahan bahu Emir.

"Abang mandi dulu. saya hidangkan makanan."

"Kejaplah. Abang nak charging tenaga abang dulu ni."

Aku gigit bibir. "Abang busuklah."

Emir meleraikan pelukannya seraya memicit pipiku. "Yang busuk ni juga yang jadi bantal peluk sayang tau."

Aku tersengih lalu menolak Emir masuk ke bilik kami berdua untuk membersihkan diri. Sementara menanti Emir mandi aku menghidangkan makanan dan menghidupkan api lilin yang telah dibeli aku tadi. Lilin aroma terapi yang telah dihidupkan terus mengharumkan ruang makan kami berdua.

"Err.. sayang ada apa ni?"

Soalan Emir yang berbaur kehairanan menyebabkan aku menoleh ke arahnya. Dia mengerutkan dahi sambil tangannya bagaikan mengira-ngira sesuatu. Sesaat kepalanya digaru.

"Abang, duduklah dulu," panggilku lembut, tidak memperdulikan pertanyaan Emir tadi.

Emir hanya menurut arahanku lalu duduk di kerusi berhadapan dengan aku. Emir leka memandang makanan yang aku hidangkan di atas meja. Chicken chop yang menarik perhatiannya. Dia angkat pandangannya. Wajahnya berkerut seribu. Masih tertanya-tanya akan sebab aku membuat candle light dinner ini.

Ruang makan yang malap ini disimbah dengan cahaya lilin dan ditemani lagu-lagu romantik yang perlahan saja rentaknya menjadikan suasana lebih romantik. Aku senyum. Nasib baik aku tak suruh Emir tutup mata.

"Ni bukan birthday abang, bukan birthday sayang, bukan jugak anniversary kita kan?" tanya Emir untuk kepastian.

"Bukan." Aku menggeleng perlahan

Emir angkat keningnya. "Habis tu sayang? Is there something that I don't know? Or something you want to surprise me?"

"Bingo." Aku tersengih. Emir ni cepat saja menebak sebab di sebalik apa yang aku lakukan. Cepat sahaja dia menangkap.

Emir senyum senget.

"Sayang mana tak boleh tipu abang punya."

Emir dengan bangganya berkata. Aku buat rolled eye. Mana boleh main sembunyi-sembunyi dengan Emir. Dia ni guna hidung apa untuk hidu segala benda aku nak buat? Hidung serigala ke? Ke hidung lintah?

"So apa dia?" bagaikan kanak-kanak kecil yang bakal diberi pelbagai hadiah, mulutnya laju bertanya.Teruja untuk mengetahui.

Aku senyum senget.

"Abang tekalah."

Aku angkat kening berkali sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut. Sekali sekala biarkan Emir perah minda untuk berfikir apa salahnya, kan?

Emir pincing mata melihat aku.

"Sayang naik pangkat?" Aku geleng kepala.

"Sayang dapat naik gaji?" Geleng lagi.

"Sayang dapat cuti sebulan?" Dku kerut dahi sambil geleng kepala. Cuti apanya lagi?

"Dapat bonus awal tahun?" Geleng lagi kepalaku.

Dan bermacamlah Emir memberikan jawapan sehingga ada yang tidak masuk akal ke telingaku. Bagaikan sudah berputus asa, Emir jeling ke arahku. Mukanya sudah terpancar riak tidak puas hati apabila kesemua jawapan yang diberikan tidak menepati tujuan candle light dinner yang aku buat. Aku gulum senyum.

"Then?" muka Emir sudah kelihatan desperate.

Aku ketawa kecil lalu mengambil kotak yang berada di bawah kerusiku. Dahi Emir berlapis-lapis kerutannya apabila aku menyerahkan kotak berkenaan kepadanya. Dia kelihatan terpinga-pinga apabila aku menyuruh Emir membuka kotak tersebut.

"Seriously ini bukan bom kan sayang? Or surat yang pelik-pelik kan?" Emir meminta kepastian.

Aku tergelak kuat. Gila aku nak letak bom dalam kotak. Habislah aku seorang diri nak besarkan Emir junior nanti. sik termampu kamek sorang kedirik ( tak mampu saya seorang diri).

"Abang bukalah," gesaku.

Emir pincing mata melihatku dengan wajahnya yang beriak tidak percaya akan kata-kataku. Sesaat apabila dia melihat isi kandungan dalam kotak hadiah berkenaan, mulutnya terlopong. Matanya terbeliak. Mukanya diangkat memandang aku. Kemudian diturunkan ke semula ke arah kotak berkenaan. Dia angkat lagi dengan muka tidak percaya.

Beberapa kali mata dipejam celik, seolah-olah isi kotak berkenaan adalah prank semata-mata.

"Sayang tak tipu kan?" Emir terus berdiri. Matanya kelihatan berkaca.

"Tak." Aku geleng perlahan lalu menarik tangan Emir memegang perutku yang masih belum terbentuk.

Emir terus memeluk aku dengan erat. Bagaikan tidak ingin dilepaskan. Malah muka aku dihadiahkan dengan kucupan bertalu-talu. Aku ketawa.

"Bila?"

Emir pandang wajah aku. Terpancar riak bahagia di wajahnya. Senyuman lebar sehingga ke telinga. Sambil itu tangannya memegang perutku.

"Balik daripada sekolah tadi."

"Berapa minggu?"

"8 minggu."

Emir memelukku lagi untuk kali kedua. Malah kali ini terasa badanku diangkat oleh Emir. Eh?

"Yahoooo! Abang nak jadi ayah dah!" Dengan perasaan seronok bercampur teruja aku, badanku terasa dipusing oleh Emir. Aku dan Emir masing-masing ketawa bahagia.

"Nanti nak bagitau abah, ummi, mama dengan babah. Mesti mereka happy kan? Dahlah masing-masing cucu pertama," becok mulut Emir berkata.

Sejak balik daripada bulan madu, hubungan antara abah, ummi dan Emir semakin baik. Salah faham yang setelah kian lama membelit akhirnya terlerai juga. Dalam diam aku mengucapkan perasaan syukur ke hadrat Illahi atas semua yang berlaku ini.

"I love you to much sayang," ucap Emir seraya mengucup kedua-dua belah pipiku. Matanya yang bercahaya menandakan dia memang terasa di awang-awangan sekaran ini. Mungkin masih tidak percaya akan apa yang berlaku.

"I love you too, to the moon and back." Aku balas pelukan Emir. Erat.

Masuk bulan tiga, aku sibuk dengan keputusan STPM yang telah keluar. Ramai pelajar kembali ke sekolah untuk mengambil sijil mereka.

Keputusan Emir? One of the best student dengan memperoleh purata CGPA 3.92. Aku bangga. Cukup bangga.

"Cikgu!"

Aku angkat kepala. Tersenyum apabila melihat anak didikku daripada kelas Tingkatan Enam Pluto. Nasib baiklah result mereka tidaklah mengecewakan aku sangat dan terubat juga dengan keputusan yang diperolehi oleh Emir.

"Cikgu, rindu kat cikgu," sapa Aizat yang menghampiri aku bersama Kea Hin.

"Yalah, lama tak tengok cikgu," tokok Kea Hin

Aku ketawa apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aizat dan Kea Hin Sementara Emir yang berada di sebelahnya sudah memberikan jelingan maut kea rah Aizat dan Kea Hin. Aku menahan ketawa apabila melihat wajah Emir yang jealous. Awal-awal lagi dia sudah memberikan amaran kepadaku jangan menggatal dengan anak murid yang bakal mengambil sijil hari ini.

Hampir sahaja aku meletuskan ketawa. Itupun boleh jealous lagi?

"Aizat, Kea Hin pergi tempat lain," arahan Emir yang bersalut amaran menyebabkan Aizat dan Kea Hin meneguk air liur laju-laju. Laju sahaja langkahnya meninggalkan aku dan Emir. Perangai badboy semasa sekolah muncul balik dah!

Emir angkat kening dengan muka tidak puas hati.

"I hate it when someone else saying missing you." Muncung Emir panjang.

"Allahu, dorang pelajar sayalah. Syuhhh.. syuhh.. pergi tempat lain." Aku menghalau Emir daripada mengacau aku yang sedang menyusun semua fail di tepi meja. Rata-rata pelajar sudah mengambil tempat duduk di kerusi yang disediakan. Tak kurang jugak yang berpelukan dengan guru seperti aku tadi dengan beberapa orang anak didikku.

Nasib baik perempuan. Cuba kalau lelaki mahu sahaja Emir bertukar jadi naga jantan kat situ juga. Contohnya tadi. Itu baru Aizat dan Kea Hin kata rindu cikgu, belum lagi campur yang lain-lain. Mahu terbalik jugak sekolah dek perasaan cemburu Emir nanti.

"Tak sangkakan Emir is one of the best student?" bisik Cikgu Maya.

Aku menoleh ke arahnya sambil mengangguk kepala. Sudah aku katakan lelaki ini sebenarnya bijak tapi dilindungi dengan sifat badboynya.

"Itulah. Saya sebenarnya dah target awal Emir ni as one the best student. Dia pandai tapi bermasalah."

Cikgu Maya angguk-angguk sekejap sebelum melemparkan senyuman misterinya.

"Yelah, akak nampak dia berubah. Iyelah kan. Mungkin Al yang menjadi inspirasi untuk dia berubah ke, kan?" Cikgu Maya angkat kening beberapa kali.

Hampir sahaja aku tersedak air liur apabila mendengar kata-kata Cikgu Maya.

"Itu semua usaha dia sendiri kak. Kalau dia tak usaha, takkan ke mana jugaklah keputusan dia nanti," aku menafikan kenyataan Cikgu Maya.

"Mungkin dia insaf ke dekat-dekat nak exam,"tambahku lagi sambil menahan gugup.

"hemm.. Yelah tu." Reaksi ayat yang diberikan oleh Cikgu Maya bagaikan tidak percaya dengan kenyataan yang aku beri.

Aku kembali memandang ke arah hadapan. Fokus dengan acara yang sedang berlangsung di atas pentas. Kelihatan pengacara majlis mengumumkan senarai sepuluh pelajar terbaik STPM. Seorang per seorang naik ke atas pentas untuk menerima hadiah, sijil dan slip keputusan.

Apabila tiba di giliran Emir, aku bertepuk tangan lalu menunjukkan isyarat thumb up. Aku bangga dengan kejayaannya. Sungguh!

Ketika Emir bersalaman sambil menerima slip keputusannya, dia melemparkan ke arahku. Dia senyum. Tetapi apabila senyuman itu semakin jelas di mataku entah kenapa aku rasakan tidak sedap hati. Tepukan aku tadi yang kuat terasa semakin lemah dan lemah sehingga aku menjatuhkan tanganku di tepi.

Senyum senget yang penuh dengan misteri. Dan aku sangat tidak sukakan senyuman Emir begitu. Kata orang, the evil smile. Aku mula geleng kepala. Oh no! tidak! Emir pernah memberitahuku tentang rancangannya untuk mengumumkan hubungan kami berdua.

Jangan cakap dia nak buat masa ni? Aku melopong. Aku pandang wajah Emir yang sedang merenung aku. Bagaikan tahu akan perkara yang bermain dalam fikiranku, Emir kenyit mata. Aku terasa mahu facepalm muka sendiri.

Aku ketap bibir sambil geleng kepala laju laju. Malah tanganku sudah membuat tanda X. Cikgu Maya yang berada di sebelahku kelihatan terpinga-pinga dengan perbuatanku.

"Eh, kenapa dengan kamu ni Al?"

Aku cuma tersengih sahaja kemudian berpaling semua ke arah Emir yang masih berdiri di atas pentas. Dia senyum. Senyum senget. Aku memandang wajah Emir yang bagaikan bersedia untuk berucap, menghantar rayuan. Merayu agar dia tidak melakukan apa yang sepertia dia inginkan. Namun apa yang Emir buat hanyalah kenyit mata kali kedua sambil menghantar ucapan ' I love you' tanpa suara dari mulutnya.

"Sebelum tu, saya nak ambil kesempatan untuk buat dua pengumuman." Emir berdehem-dehem.

Kelihatan para guru dan murid yang hadir terpinga-pinga akan pengumuman Emir. Malah pengacara majlis pun turut terpinga-pinga akan Emir kerana tidak ada dalam senarai atur cara. Pengetua di sebelah Emir sudah gulum senyuman. Bagaikan tahu apa yang ingin Emir umumkan.

Habislah aku lepas ni. Die me die! Matilah aku! Aku sudah bersedia mengorek tanah untuk menyembunyikan diri.

Emir berdehem lagi sekali, bagaikan meredakan perasaan gemuruhnya.

"Pertama, anda semua dijemput untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan saya pada minggu hadapan di.." belum pun sempat Emir menghabiskan ayatnya dewan gamat dengan suara-suara guru dan pelajar lain yang bagaikan tidak percaya dengan kenyataan Emir sebentar tadi.

"Apa? Emir dah kahwin?" Suara cikgu Maya agak kuat di sebelahku, dengan rasa tidak percaya. Dia segera berpaling ke arahku yang sudah pucat lesi.

"Al tahu tak berita ni?"

Aku tidak mampu menjawab pertanyaan Cikgu Maya kerana aku rasakan ayat Emir seterusnya bakal melumpuhkan kotak suara semua guru agaknya.

"Mir isteri kau siapa?" kedengaran jeritan beberapa orang murid lelaki yang teruja ingin tahu.

Aku telan air liur laju-laju apabila pandanganku bersabung dengan panahan mata Emir. Dewan agak gamat dengan suara teruja dan siulan pelajar lain. Tidak kurang juga muka murid perempuan yang kecewa apabila mendengar pengumuman Emir.

Aku sudah mahu tutup muka. Tidak sanggup untuk melihat reaksi seterusnya.

"My lovely wife is Cikgu Nuralthea Hazami dan kami berdua bakal menimang cahaya mata tak lama lagi. Doakan kami guys."

Dewan senyap sesaat. Kesemua mata ditumpukan ke arah aku yang pucat lesi kemudian kembali Emir yang sedang tersenyum bangga, beberapa kali. Tidak lama kemudian dewan terus haru biru. Kecoh dengan suara-suara yang tidak percaya dengan pengumuman berani mati yang baru sahaja dilakukan oleh Emir.

Bukan Emir Hafiz kalau kerjanya tidak membuat kecoh di sekolah. Hari penyampaian keputusan STPM berubah seratus lapan puluh darjah disebabkan oleh pengumuman Emir yang luar biasa itu. Cikgu yang bertugas semuanya melopong ke arahku. Cikgu Maya kehilangan diksi melihat aku dengan matanya yang tidak mampu dikelipkan.

Aku facepalm muka sendiri, menarik nafas panjang. Habislah aku di bilik guru nanti. Matilahnak! Dari ekor mata aku lihat Emir berjabat mesra dengan Pengetua dan relaks saja Pengetua mengucapkan ucapan tahniah.

Aku jeling tajam ke arah Emir. Dia senyum bahagia sambil kenyit maut ke arah aku. Aku tahu habislah aku diserang oleh guru di bilik guru nanti. Matilah aku dimakan, direbus, distim, dijerang, digoreng, dikukus, dipanggang oleh para guru nanti dan inilah yang aku ingin elakkan, tapi Emir Hafiz aka laki kesayangan aku lebih pantas bertindak.

Siap kau Emir Hafiz!

Balik nanti kat luar rumahlah tempatmu!

Dasar husbandku studentku yang badboy, tak pernah nak insaf agaknya!

***********************************************

Sedar tak sedar akhirnya H=S  akhirnya sampai ke penghujung.. Emir dah habissss..  Yeayyyy dan sobbbs..sobssss..
Kepada pembaca sekalian terima kasih tidak terhingga dari hujung kaki dan hujung rambut atas komen2 dan sokongan kalian. ????????
Tanpa kalian siapalah Emir dan  Althea.
Selamat malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience