Call Girl 21

Romance Series 1321921

CALL GiRL 21

Bunyi hujan yang membasahi bumi serta guruh yang bersambung di langit menggerakkan tubuh Jasmine dari berterusan tenggelam dalam lena.

Matanya dibuka perlahan-lahan.Dia melihat sekeliling biliknya yang masih gelap.
Pelahan-lahan Jasmine mengubah posisi baring mengiring untuk mengambil iphone di atas meja.

"Baru 8 pagi." Jasmine yang masih baring di katil bersize Queen itu, mengeliat sepuas-puasnya. Hari ini dia cuti dan waktu cuti inilah peluang untuk merehatkan diri kerana kesibukan bekerja selama 5hari. Setelah Carlos membenarkannya bekerja semua.

Matanya dipejam semula. Selimut ditarik rapat menutup tubuhnya yang hanya memakai gaun tidur yang sangat nipis.

Kring!
Kring!
Kring!

Mendengar Iphone yang berdering itu Jasmine menutup telinga dengan bantal yang berada di sebelahnya.Dia mendengus geram.

"Aku nak tidur la! Tolong la bagi aku rehat arrggggh !" Dia membiarkan pangilan itu tidak dijawab untuk seketika.

Apabila iphonenya itu sekali lagi berbunyi Jasmine menunduk bantalnya beberapa kali.

" Sial la aku nak tidur.... Mama...." Suara Jasmine semakin pelahan.

Dia mencapai iphone miliknya diatas meja lalu screen iphone itu di tolak ke kanan dan terus ditekup ke telinganya, Tanpa melihat pemangilnya.

" Talk!" Jawabnya malas.

" Come to my house. Have lunch together." Dan serta merta panggilan itu dimati.

Jasmine terus memandang screen iphone miliknya yang sudah gelap.

"Arggghhhh annoying brother!!" Jerit Jasmine sebal.

Jasmine terus bangun dari katilnya dan mengeliat sedikit membetulkan urat ototnya.Tuala mandi yang digantung pada tempat dipenyedai di ambil untuk melangkah mandi.

Jasmine sempat menjeling gambar yang berada diatas meja kecil itu serta merta bibirnya menarik senyuman.

"Can't wait to see sweetheart."

..............

"Yeh yeh nak buat sama-sama ." Jerit Carol.
Dia sangat teruja kerana petang ini Puan Fatiha akan membuat tart nenas di rumahnya
atas permintaan Zahra.

"Ye sayang cucu opah pun kena masuk dapur juga, nanti dah besar pandai buat semua.." Kepala anak kecil itu usap lembut.

"Ayah Luq.." Panggil Carol bila melihat Luq mikail sudah masuk ke dalam rumah itu dengan beberapa jinjit barangan yang pesan Puan Fatiha.

"Wah Girlfriend ayah luq pun ada la."Ujar luq mikail barang-barang yang di jinjit tadi diletakkan di atas meja dihalaman rumah itu.
Terus tubuh kecil itu dia angkat dan di dukung.

Zroom
Zroom

Superbike modal 5100 BMW itu memasuki pekarangan mansion milik Carlos. Semua yang berada di halaman taman rumah memandang ke satu arah.

" Mama Min... " Jerit Carol dia menolak sedikit tubuh Luq mikail lalu berlari ke arah motor besar itu, dia sangat teruja kerana mengenali penunggang motor itu.

" Carefull Sweetheart!" Jerit Zahra yang masih duduk dibangku.

"Mama min i miss u." Jerit si kecil itu.

Jasmine yang sudah meletakkan motornya di garage segera melebarkan tangannya. Helmet sudah ditanggalkan.

" i miss u too my sweet candy.." Jasmine menarik Carol di dalam pelukkannya. Sesekali pipi si kecil dicium.

Puan Fatiha dan Zahra tersenyum melihat kemesraan mereka. Manakala Luq Mikail hanya mengelakan nafasnya. Barang yang berada di atas meja di ambil dan terus masuk ke dalam rumah mewah itu. Zahra dan Puan Fatiha berpandang.

" Kenapa tu ummi?" Soal Zahra

" Entah la ummi pun pelik dengan perangai dia seminggu dua ni."

......................

KEDIAMAN Mansion mewah itu riuh-rendah dengan suara Carol. Apabila semuanya berkumpul untuk makan tengah hari bersama. Anak kecil itu seronok bukan main- main lagi. 'My Big Family' katanya. Senyum lebar, tubuh mummy didakap dari tepi.

Zahra tersenyum senang tidak disangka-sangka doa yang tidak putus-putus untuk keluarga kecilnya, kini tidak sia-sia.
Ini hasilnya Carlos dan Jasmine sudah mula bercakap antara satu sama lain. Dan Puan Fatiha dan Luq mikail sentiasa bersamanya.

"Saya nak bincang sikit dengan umi dan luq."Ujar Carlos Kekura tangan Zahra diusap lembut.

Semua yang berada di ruang tamu itu memandang Carlos yang duduk di sebelah Zahra. Zahra memandang suaminya itu.

"Next week kalau boleh saya nak Zahra mula kerja di tempat saya."

"Hubby ?" Soal Zahra dia menatap wajah carlos.

" Kata boring duduk rumah.. so aku bagi la kau kerja."

" Tapi i tak habis belajar lagi.." Suara Zahra sedikit pelahan.

" Its okey kerja dengan aku tak perlu semua tu."

"So next ara boleh start kerja ya?." Soal Puan Fatiha.

" Ye ummi." Jawab Carlos.

" Ala..." Suara kecil itu seakan mengeluh. Mereka yang berada di situ semuanya ketawa melihat muncung kecil milik Carol itu.

.........................

Luq mikail yang berdiri dia laman depan memandang Jauh tasik dihadapannya. Kedua tanggannya menyeluk ke dalam poket seluarnya.

" Jauh termenung." Suara itu pelahan menengurnya.

Dia memalingkan Wajahnya memandang gadis yang berdiri di sebelahnya. Bibirnya menarik senyuman.

"Tak ada la saja ambil angin kat sini."

" So ayah luq sihat lama tak jumpa u."

Luq yang mendengar perkataan 'Ayah luq' dari mulut gadis itu ketawa pelahan.

" Alhamdulilah sihat sangat.. Mama min sihat ?" Soalnya kembali.

" Makin hot " Jawab Jasmine sambil ketawa.

" I tak tahu yang u boleh bawa superbike."Soal Luq memandang wajah gadis itu.

" Ooh... motor tu jarang i bawa.. Saja nak ubah angin.."

" Next time tak payah bawa la risau i tengok motor lagi besar dari tuannya." Ketawa Jasmine apabila mulut berkata bergitu padanya.

"Chikey Bombom !"Jerit satu suara.

Jasmine yang mendengar terus berpaling dan mendengus.

"What do u want monster !" Suaranya sedikit keras. Hilang terus tawanya sebentar tadi.

" Jom dating.." Gib berjalan mendekati mereka.

" Sekarang ke?" Soal Jasmine.

Luq mikail yang berada di sebelah Jasmine memerhatikan pakaian Gib yang mengenakan seluar Jeans, Tshirt diluarnya di sarung jaket kelihatan sedikit santai.

" Ye la.. Cepat siap.. Lembab !" Gib yang sudah tiba di sebelah Jasmine menarik sedikit rambut gadis itu yang diikat pony styles.

"Ish sakit lah gila." Jerit Jasmine tangan Gib di tempis.

"Tahu sakit aku dah bagi tahu kan pukul berapa.." Gib bersalam dengan Luq mikail bibirnya menarik senyuman.

" Ye la kejap i ambil beg ish kacau je."Sempat Jasmine menjeling Gib yang berada di depannya.

" bye luq sorry tak dapat teman u termenung lama-lama.." Ujar Jasmine sambil ketawa.

"i nak kena layan monster gila ni dulu.." Sambungnya lagi.Setelah itu, Jasmine memelok lengan Gib dan berjalan menarik lelaki itu bersamanya. Luq mikail hanya mengangguk dan tersenyum.

Dari Jauh Luq mikail dapat melihat Jasmine dan Gib menaik motor bersama. Erat Jasmine memeluk pingang lelaki itu. Luq mikail melepaskan keluhan.

" Jasmine..."

........................

Zahra menyanggul tinggi rambutnya dan mengatur langkah tenang menuju ke dapur.
Dia melabuhkan punggung di kerusi island table. Tersenyum nipis dia saat Bik iera menegurnya ramah.

"Selamat pagi madam. Cantik Madam pagi ni berseri-seri." Ujar Bik iera bersama senyuman di bibirnya. Zahra Tersenyum.

"Jangan panggil saya Madam bik iera. Saya tak selesa." Kata Zahra sebelum membetulkan duduknya.

"Habis tu, nak panggil apa? Janganlah macam tu. Madam pun majikan saya juga." Wanita dalam lingkungan 30an itu ketawa kecil.

"Panggil je Zahra. Lagi saya selesa." Ujar Zahra Menarik senyuma yang ceria di wajahnya.

"Baiklah Zahra. Kejap ya, bik iera ambilkan air kopinya." Wanita itu terus berjalan ke dapur. Lama dia menghilang sebelum muncul semula dengan Seteko Kopi yang masih berasap. Panas.

" Love.." Tersenyum Carlos saat melihat Zahra sudah menunggunya di meja itu.

"Kenapa tak siap lagi ni ?" Soalnya.

Zahra memandang pelik ke arah Carlos yang tenang memandangnya. Tadi Carlos sempat memintanya agar bersiap-siap. Musykil juga namun Zahra membiarkan sahaja. Carlos angkat kepala apabila tersedar akan Zahra yang masih memandangnya. Tangannya diangkat memegang secawan kopi di letakkan kembali.

"Kan aku kata nak kau start kerja minggu ni."

" Hurmmm." Balas Zahra.

" Dah pergi naik siap. Aku tunggu."

Zahra bangun dan terus melangkah meninggalkan ruang makan itu. Nafasnya dihelakan.

Gib yang baru tiba diruang makan itu, Sempat memandang Zahra yang sedang menaiki anak tangga. Ruang makan itu didekati.

" Morning!" Sapanya menegur Carlos.

Carlos hanya menganggukkan kepalanya dan memandang Gib yang sedang menarik kerusi didepannya.

"Dia mula hari ni?" Soal lelaki itu kepada Carlos.

Sekali lagi Carlos hanya mengangguk kepalanya. Cawan kopi yang masih hangat di sisip pelahan-lahan.

"Aku tak tahu apa rancang dalam kepala hotak kau ni tau!" Kata Gib geram. Sungguh lelaki itu kali ini banyak berahsia dengannya.

"Macam yang aku cakap sebelum just follow the flow Gib. tak payah pening kepala."

" Ikot kau la iyan.."

.......................

Carlos memandang Zahra yang masih berdiri di tangga. Zahra hanya menundukkan kepalanya.

"Sini" Dia memangil isterinya mendekatinya.
Zahra akur. Langkah diatur kemas mendekati Carlos.

" Dah siap?" Tanya Carlos.

"Dah."Kepalanya dia anggukkan.Dress labuh bunga-bunga merah dan hitam itu dibetulkan sedikit.

"Jom." Ajak Carlos. Pantas langkah kaki panjang Carlos diekori.

Selamba sahaja Carlos meninggalkan Zahra dan terus masuk ke dalam keretanya. Zahra mempercepatkan langkahnya ke arah kereta dan memboloskan tubuh ke dalamnya. Diam. Sunyi sepi sahaja sepanjang pemanduannya.

Carlos langsung tak buka sebarang muzik. Atau berura-ura ingin berbual dengannya. Membuatkan suasana di dalam kereta itu terasa semakin kaku.
Sesekali Zahra memandang wajah tampan suaminya. Nafasnya dihelakan dia membetulkan kedudukkannya dan memandang tingkap disisinya.

"Boleh tak kalau i tak nak kerja. Tapi nak sambung study balik."Ujar Zahra pelahan.

"No! ." Ucapnya ringkas dan tegas.

"Kenapa pula!" Diam. Carlos tidak menjawab soalan isterinya itu.

"Patah balik i nak balik." Diam lagi.

"Carlos!." Suara Zahra sedikit meninggi.

" Kalau u tak patah balik i terjun dari kereta ni!"
Carlos senyum sinis. Terbit sedikit ketawa di bibirnya.

Zahra yang melihat senyuman sinis lelaki itu seakan mencabarnya terus menanggalkan tali pinggang keledar di tubuh dan ingin menarik pemegang di pintu mahu membuka pintu kereta.

Carlos pantas menarik tangan isterinya. Menghalang gadis itu daripada bertindak gila terjun dari kereta. Zahra mendengus saat tangan hangat itu melingkar kemas di pergelangan tangannya.

Carlos memusingkan stereng dan Memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Zahra membetulkan kembali tubuhnya disaat mata Carlos menikam wajahnya. Bagai pemangsa yang bersedia mahu meragut nyawa mangsanya. Tajam. Dia hanya membiarkan.

"Kau boleh duduk diam tak Amelia Azzahra! Mulai hari ni, kau akan ikut aku ke mana sahaja aku pergi. Jadi kau kena kerja dekat dengan aku Faham! Tak ada apa-apa bantahan Muktamad!" Tegas Carlos berkata.

Dia sudah melempar umpan untuk menarik minat mangsanya. Mana mungkin dia membiarkan isterinya tanpa pengawasannya. Zahra perlu sentiasa bersamanya.

"Ish Tak boleh nego?" Runggut Zahra

"Tak." Balas Carlos ringkas.

"Orang bisnes mesti ada negotiable..tak kan tak boleh?" Zahra menjeling Carlos.

"Tak. Tak boleh sama sekali! lagi-lagi dengan kau yang keras kepala ni!" Tegas Carlos lagi.
Zahra melepaskan keluhan.

"Hmm... boleh lepaskan tangan i sakit tahu tak!" Zahra cuba menarik pergelangan tangannya.

Carlos mengetatkan lagi pegangan tangan itu. Sebelah tangannya. Manakala sebelah lagi tangan mula mula memutar stereng kereta Kembali memandu.

Zahar masih cuba menarik tangannya pegangan tangan itu. Tetapi gagal. Semakin kemas pula genggaman itu di tangannya.
Kali ini Zahra hanya membiarkan.
Semakin dia cuba menarik semakin sakit dirasakan.

(",)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience