BAB 1

Drama Completed 291

Dalam meniti kehidupan, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dijelaskan oleh logik akal.

Perkara itulah yang dilalui sendiri oleh aku, seorang pustakawan yang sering diberi stigma yang kurang menyenangkan.

Antaranya ialah pustakawan mestilah mengecop dan menyusun buku.

Jika mereka yang mengata itu tahu apa yang aku lalui baru-baru ini, pastilah mereka akan menambah satu lagi kenyataan mengenai pustakawan yang boleh dikatakan mengarut — pustakawan berhadapan dengan perkara-perkara paranormal yang mencabar logik akal, seperti yang aku tekankan awal-awal tadi.

Oh ya, sebelum aku bercerita biarlah aku memperkenalkan diri aku dulu.

Namaku Nysra dan usiaku sudah genap 26 tahun minggu lepas.

Aku baru sahaja bekerja selepas menamatkan pengajian dalam bidang sains perpustakaan.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa dalam usia sebegitu aku baru menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang itu.

Soalan itu sudah jenuh aku hadapi dan jawapannya — aku mencari pengalaman kerja terlebih dahulu selepas menamatkan pengajian diploma dalam bidang pengajian maklumat.

Setelah beberapa tahun mengumpul pengalaman bekerja sebagai pembantu pustakawan di sebuah hospital teaching type di ibu kota, barulah aku memutuskan untuk menyambung pengajian ijazah sarjana mudaku dalam bidang sains perpustakaan, bidang yang kucintai sejak bangku sekolah lagi.

Bekerja sebagai pustakawan sebaik menamatkan pengajian memang berbeza sama sekali dengan bekerja sebagai pembantu pustakawan.

Masakan tidaknya, pustakawan pada masa kini dituntut agar lebih memahami perkembangan semasa, lebih-lebih lagi teknologi berkaitan perpustakaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience