BAB 7

Family Completed 6753

FARHANA mendail lagi nombor telefon orang yang mencetak kad kahwinnya.
Dari petang tadi dia cuba tapi tak berangkat. Ni yang dia mula nak angin
ni. Menyesal dia tempah kad kahwin di kedai itu. Sebab itu satu-satunya
kedai yang boleh siapkan cepat, terpaksalah dia menempah di situ.
Lagipun, tinggal sebulan saja lagi sebelum majlis nikahnya. Inilah
padahnya apabila majlis kahwin nak buat cepat sangat. Sepatutnya macam
ni sudah nak kena poskan semua kad tu tapi apabila jadi macam ni,
lambatlah dapat pos.

“Helo, assalamualaikum. Ya, Cik Farhana. Ada apa ya /call
/saya banyak kali?”

Berasap Farhana mendengar suara tak bersalah orang di hujung
talian. Bukan nak minta maaf ke apa tak jawab /call /aku! Sabarlah hati.
Nafas ditarik perlahan. Terus dia ke masalah yang timbul.
“Waalaikumussalam, kak. Saya baru belek kad kahwin saya ni, ada yang
akak tersalah taip/./ Sepatutnya kat /map /tu pelan ke rumah pengantin
perempuan, kak.”

“Oh, ya ke? Maaf, akak tak perasan. Kalau tampal dengan
/sticker /okey kot.”

Membuntang mata Farhana mendengarnya. Gila ke apa nak tampal
/sticker? /Hodohlah kad aku tu! Dahlah duit bayar penuh, kerja buat
cincai /je. /Giginya diketap kuat.

“Ke nak akak /print /balik?”

“Macam ni /jelah, /kak. Akak /print /balik /inlay /tu. Kad
tak payah buat baru. Yang /inlay /lama ni nanti saya cabut sendiri. Bila
dah siap /inlay /baru, akak hantar kat saya, saya tampal sendiri.”

“Okey, cik. /Sorry /sangat-sangat ya?” Suara di hujung
talian kedengaran serba salah.

“Tak apa.” Farhana bersandar sebaik saja mematikan talian.
Mata memandang kipas siling yang berpusing. “Esok beli hantaran dengan
cuba baju pengantin. Lepas tu, bila /inlay /baru dah siap, nak kena
tampal dan poskan kad /pulak./ Tapi sempat ke sampai kat tangan
kawan-kawan eh? Kalau orang kampung tak kisah sangat, jemput pakai mulut
/je./” Dia mengemam bibir. “/Hmmm... /tak apa, nanti /create event /kat
Fac /je. /Sekarang kan semua dah canggih. Semuanya hanya di hujung
jari.” Dia senyum.

“Bulan depan aku dah bertukar status. Puan Nurul Farhana
binti Selamat. /Eeee... /tak sabarnya nak kahwin!” Dengan gaya gedik
Farhana memeluk bahu dan bergoyang kiri kanan. “Nanti lepas kahwin nak
suruh dia panggil apa eh? Sayang?” Dia mencebik. “Tak naklah. Abang Aril
kan panggil Eyla sayang. Nanti kalau dia panggil sayang, dua-dua /pulak
/yang perasan. Mama?/Eee... /macam anak panggil mak la /pulak. /Tak
/best, /tak /best./” Dia menggeleng kepala.

“Ah, tak payah pening-pening! Dia nak panggil apapun tak
kisahlah. Yang penting dia dah sah jadi milik aku. /Yes!/” Tangan
digenggam dan siku dihayun ke badan sofa. Kalau orang lain, semakin
hampir majlis rasa berdebar-debar saja. Tapi dia tak, dia rasa tak sabar
sangat. Betul punya kemaruk nak kahwin ni!
*****
AZRIL melabuhkan duduk sementara menunggu Hamimah dan Farhana membeli
makanan di food court. Hanya di situ saja yang ada meja kosong. Restoran
lain banyak yang sudah penuh. Kakinya yang terasa lenguh dipicit
perlahan. Mana taknya, selepas mencari barang hantaran dan mencuba baju
pengantin, mereka mencari cincin pula. Dari satu kedai ke satu kedai
dia, Farhana dan Hamimah masuk namun tak ada satu pun yang Farhana
berkenan. Boleh tahan cerewet juga wanita itu.

Telefon pintarnya dikeluarkan mahu menghubungi Halilah.
“Assalamualaikum. Sayang dah sampai rumah ke?”

“Waalaikumussalam, abang. Belum lagi. Jalan /jammed./”

Azril sudah mula risau. Jam tangan dikerling. “Dah nak dekat
berbuka ni. Sayang ada beli makanan tak sebelum balik tadi?”

“Tak ada. Air mineral ni adalah. Dengan beras. /Hehehe.../”

“Ni yang abang tak suka dengar ni. Beras tu bukannya
kenyang.” Azril sudah mengaktifkan /signal/ bebel. Beras dengan Halilah
memang tak dapat dipisahkan.

“Jadilah, untuk lapik perut. Lagipun, manalah Eyla tahu nak
jadi macam ni. Selalu tak ada pun /jammed /teruk macam ni. Mungkin ada
kemalangan kot kat depan tu.”

“Tak bosan ke anak abang tu mama dia asyik nak mengunyah
beras /je?/” Berkerut dahi Azril.

“Abang jangan tak tahu, beras ni makanan kesukaan anak abang
tau. Kalau tak, takkanlah Eyla mengidam beras. Abang dengan along
berbuka apa?”

“Tak tahu lagi. Abang tengah tunggu along beli makanan ni.”
Terasa bersalah pula apabila tak memberitahu yang dia keluar bersama
Farhana sekali. Azril meletak jari telunjuk ke bibir apabila melihat
kakak sulungnya dan Farhana sudah sampai di meja. “Okeylah, sayang. Kita
jumpa kat rumah. Assalamualaikum.” Telefon pintar terus dimasukkan ke
dalam poket seluar slack.

“Fann belikan Abang Aril nasi goreng kampung. Kedai lain
semua kena beratur panjang. Yang ni /je/ tak ramai. Abang tak kisah,
kan?” Farhana meletakkan sepinggan nasi goreng kampung dan air barli ais
di depan Azril.

“Abang tak kisah, janji boleh makan. Terima kasih, nanti
abang bayar.” Azril membaca doa berbuka apabila sudah masuk waktu
berbuka. Nasi goreng dikunyah perlahan. Seleranya hilang apabila
mengenangkan Halilah hanya berbuka dengan beras.

“Eh, tak payahlah bayar. Takkan dengan abang pun Fann nak
berkira. Hari ni Fann belanja abang dengan Kak Mim sebab sanggup layan
kerenah cerewet Fann tadi.” Farhana tersenyum manis.

“Kenapa along tengok angah macam tak selera /je?/ Tak sedap
ke nasi goreng tu?” tegur Hamimah apabila melihat Azril nampak muram.

Azril menguis-nguis nasi di pinggan. “Angah tengah risaukan
Eyla ni. Dia berbuka dalam kereta makan beras, angah kat sini makan nasi
goreng.”

“Eyla tak habis lagi mengidam makan beras ke?” Terkejut
Farhana mendengarnya. Pernah juga dia cuba makan beras tapi tekaknya
langsung tak boleh terima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience