BAB 1

Humor Completed 9296

SEORANG pelajar yang baharu sahaja selesai melakukan ulang kaji pelajaran bersendirian segera menuju ke arah lif yang sedikit jauh dari meja-meja yang disediakan. Jam tangannya sudah menunjukkan pukul 10.45 malam. Dia perlu segera pulang ke kolej kediamannya jika dia tidak mahu namanya diambil kerana pulang lewat. Sekali nama diambil, akan mengurangkan peluangnya untuk mendapat penempatan di kolej kediaman pada semester akan datang. Masih ada para pelajar lain yang meneruskan ulang kaji masing-masing tetapi mereka kebiasaannya adalah para pelajar yang tidak perlu pulang ke kolej kediaman kerana mereka menyewa di luar universiti.

Sewaktu pintu lif terbuka, kelihatan dua orang pemuda berada di dalam lif tersebut. Dia melangkah masuk ke dalam lif dan berdiri di sudut lif yang paling dalam. Sambil memegang dua buah buku yang sememangnya tebal, dia hanya termenung kosong.

“Hello, bro, kau boleh tolong aku tak?” kata salah seorang pemuda yang memakai baju berwarna hitam kepada seorang lagi pemuda yang memakai baju berwarna hijau.

Si baju hitam itu menggawang-gawangkan tangannya di depan muka si baju hijau tetapi tiada reaksi dari si baju hijau tersebut. Si baju hitam kelihatan berputus asa. Dia menyandarkan diri tidak jauh dari pelajar yang baru memasuki lif sebentar tadi. Dia alihkan pandangan kepada pelajar tersebut yang sudah memandang pelik dirinya. Dia tersenyum gembira.

“Awak, awak boleh nampak saya?” si baju hitam bertanya kepada pelajar tersebut dengan mata yang bersinar-sinar. Sinar pengharapan, mungkin?

Ah sudah! Mamat ni dah gila sebab otak terlebih tepu ke apa? Tahulah final exam lagi sebulan. Aku takde masa nak layan orang yang putus fius macam ni. Ujar pelajar tersebut di dalam hati.

“Nampaklah, aku tak buta lagi.” Pelajar tersebut menjawab sedikit kasar.

“Kau tengah bercakap dengan aku ke?” tanya si baju hijau.

“Taklah. Aku tengah bercakap dengan mamat sebelah aku ni. Yang kau buat bodoh dia minta tolong kau tadi kenapa? Dah dia menyibuk dekat aku pulak.”

“Mamat sebelah kau? Kau ni ilusi ke delusi ke halusinasi ke apa? Mabuk kopi minum masa study? Kita berdua je dalam lif ni.” Sejurus si baju hijau menuturkan kata, kedua-dua mereka terkebil-kebil memandang satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience