Bab 7

Drama Completed 20250

Aku pulang ke asrama tiga hari sesudah itu. Alia masih merajuk denganku. Bila waktu makan, dia makan bersama Bibik Tini di dapur. Apabila aku berada dalam bilik dan pintu bilik renggang, dia akan mengintai melalui pintu itu tetapi lari lintang pukang sebaik dia perasan aku sedang melihatnya. Ketika meletakkan beg kecil ke dalam kereta Waja milik Mama, dia hanya memandang dari jauh.

Selalunya dia akan memeluk erat-erat dan aku pasti memarahinya atas alasan uniform batik sutera aku akan berkedut ataupun dia berlagak seolah-olah aku akan pergi tak kembali dan itu kali terakhir bertemu. Hari ini, aku tidak perlu memerah otak memikirkan ayat lain kerana Alia tidak menghampiri. Aku pula yang berasa sedih. Sepatutnya aku memohon maaf atas perbuatanku. Sepatutnya tempoh tiga hari ini aku gunakan sebaik mungkin untuk memujuknya. Bukan membiarkan dia semakin jauh dariku. Biarlah. Habis SPM nanti, aku akan menebus semua kesilapan pada Alia.

Tempoh tiga minggu peperiksaan SPM akhinya tamat. Hairan juga. Mama dan Walid tidak sekalipun datang melawat. Ibubapa kawan-kawan, ada yang datang sehingga dua kali seminggu, membawa makanan enak-enak. Pernah aku menalipon Mama, meminta dia datang petang nanti tetapi Mama menjawab, dia sibuk dengan persediaan untuk mengadakan kenduri di rumah. Aku tidak bertanya lagi. Memang Mama biasa mengadakan kenduri arwah untuk Atuk. Bukanlah sesuatu yang luarbiasa. Apa yang penting, pada petang ini, muktamad. SPM sudah tamat. Tiba masa untuk merehatkan minda sehingga tiba saat untuk menuai apa yang telah kami semai. Kalau semaian kami bagus, pastilah bagus hasil tuaiannya.
Riuh benar suara kami, sambil berjalan beramai-ramai balik ke asrama.

Sepatutnya hari ini kami pulang ke rumah masing-masing. Namun kami sepakat menangguh kepulangan ke hari esok kerana malam ini jamuan perpisahan bakal berlangsung. Temanya adalah ‘Arabian Night’. Semua pelajar Tingkatan Lima dan hampir semua guru-guru akan menghadiri. Ia akan diadakan di kawasan lapang berhampiran gelanggang volleyball. Kami mengutip RM 100 seorang, semata-mata untuk menjayakan majlis istimewa ini. Kami menyewa sebuah ‘yurt’bersaiz gergasi iaitu khemah orang Monggolia. Konon-kononnya itu ialah khemah Arab Badwi. Yurt lebih besar, lebih selesa dan mampu memuatkan semua pelajar
Tingkatan Lima beserta guru-guru yang sudi datang menghangatkan lagi malam seribu kenangan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience