BAB 1

Romance Completed 2579

Cempaka berlari selaju mungkin bagi menyelamatkan dirinya dari dikejar orang gila yang berkeliaran di kawasan taman perumahannya di Bandar Baru Uda.

Kerap kali dia di kejar sebegitu rupa kadang-kadang mahu tercabut nyawanya hanya untuk menyelamatkan diri.

Tapi itu bukan salah Orang gila, tapi Cempaka sendiri seorang yang nakal dan suka mengacau ketenteraman orang gila tersebut.

Mahu taknya dikejar sampai tidak cukup tanah dia berlari.

Hari ini, dia sendirian ke kelasnya kerana rakan yang lain sudah pergi terlebih awal daripadanya.

Mereka semua berlainan bidang dari dirinya. Masing-masing sibuk dengan tugasan ,tapi dia pula sibuk dengan final projectnya yang entah bila nak di hantarnya kepada pensyarah di UTM Skudai.

Langkah kakinya kembali teratur setelah yakin yang dirinya tidak dapat di jejaki oleh orang gila.

Dia tersenyum puas dan meneruskan perjalanannya ke stand bus. Nampaknya tidak terlalu ramai yang menunggu bas kali ini.

Dia sudah terbayang tempat duduk yang bakal di duduki.

Selesai sahaja membayar tambang, Cempaka mengambil tempat duduk bersebelahan dengan tingkap bagi meluaskan pemandangan matanya terhadap alam sekitar kerusi Sebelahnya masih kosong dan tidak berpenghuni. Itu lagi bagus detik hatinya.

“Cik,, boleh saya duduk sebelah..?” sapa seseorang menyedarkan Cempaka akan alam nyatanya. Dia menoleh seketika dan mengangguk tanda memberi izin. Nak ramah sangat dia takdalah pandai sangat. So anguk-anguk geleng-gelenglah jawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience