Bab 3

Romance Series 9630

BAB 3

“Mia?” Panggilan dari arah belakang itu mengejutkan Maisarah. Sudah lama orang tidak memanggil namanya begitu dan kali terakhir nama itu dipanggil semasa berada di sekolah menengah dulu. Kira-kira sepuluh tahun lalu. Maisarah mengangkat wajahnya perlahan dan menoleh ke arah suara yang memanggil nama lamanya tadi. Lelaki itu tersenyum lebar dan matanya masih tertumpu pada reaksi blur Maisarah.

Raut wajahnya seperti kacukan Pakistan. Matanya bundar dan kulitnya sawo matang. Tubuhnya tegap dan tinggi. Senyumannya pun manis sekali. Maisarah masih merenung lelaki itu,cuba mengingati gerangan siapa lelaki di hadapannya ini yang tahu akan nama lamanya ketika di zaman sekolah.

“Kenapa tengok aku lama sangat ni. Kau tak kenal aku ke? Sampai hati kau lupakan aku," selar lelaki itu diikuti ketawa. Maisarah mengerutkan dahinya. Masih memikir siapa di hadapannya ini dan di mana mereka berkenalan. Bisiknya dalam hati "Boleh tahan mamat ni. Tapi memang aku tak ingat lah siapa dia ni."

"Lama tenung tak ingat lagi ke? Dah nyanyuk serupa mak nenek kot," kata lelaki itu sekali lagi.

“Maaflah ya.Saya tak berapa ingat,” balas Maisarah sopan. Celupar juga mulut dia.

“I’m your ex-classmate. Fakhri la ni. Opss.. Erry. Dulu semua panggil Erry. Sampai hati lupa aku kan?”ujar Fakhri ketawa lagi. Maisarah teringat sesuatu apabila mendengar nama itu. Terus dia menepuk dahinya. Tidak mungkin dia tidak kenal dengan lelaki yang seorang ini. Sebenarnya, mereka agak rapat juga dahulu selepas habis sekolah hinggalah sama-sama diterima di kolej matrikulasi yang sama di Kepala Batas, Pulau Pinang.

"Ya Allah... Lainnya kau sekarang. Manalah aku nak ingat. Berubah 360 kot! Macam mana boleh jadi fit and sado terlebih ni?" tanya Maisarah mengusik teman yang sudah lama dia tidak berjumpa. Berderai ketawa Fakhri mendengar usikan nakal itu.

"Aku tahulah. Dulu aku gemuk macam ikan buntal. Sekarang ni baru nak slim. Tapi muka sama je kot. Itu pun kau boleh tak perasan aku. Ceh," kata Fakhri.

"Sorry-sorry. Bila badan dah jadi macam ni, automatik, muka pun ada la juga berubah sikit-sikit. Makin handsome... Tu yang aku tak boleh nak cam. Lagi pun dah lama sangat kita tak jumpa. Tak terfikir pula akan jumpa kau kat sini," terang Maisarah. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Gembira terserempa dengan teman lama.

"Handsome ke? Haha. Terima kasih. Dulu kau juga yang suka buli aku kan. Aku ingat lagi ye kau main-mainkan aku sebab aku gemuk," kata Fakhri mengingatkan kisah lama mereka ketika di bangku sekolah.

"Betul. Tapi aku bergurau je masa tu. Tak adalah pula sampai buli-membuli. Apa pun aku minta maaf," ujar Maisarah.

"Tak pe. Hal kecil tu. LAgi pun dah lama berlalu. Tapi kau pun apa kurangnya. Masih cantik juga aku tengok. Orang kata masih mengancam la," kata Fakhri sambil menunjukkan isyarat tangan bagus.

"Tak ada maknanya. Merepek je kau ni," balas maisarah tersipu-sipu.

"Cara kau, stail kau sekarang lain gila dari dulu. Aku pun mula-mula takut nak tegur. Takut salah orang. Tapi bila aku pandang kau lama-lama, senyum kau tadi kat kaunter, aku yakin dah. Itu mesti Mia. Bukan orang lain dah," jelas Fakhri.

Maisarah tersenyum mendengar kata-kata Fakhri itu. Kuat juga ingatannya tentang Maisarah! Dari senyuman pun boleh kenal...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience