Deringan loceng daripada telefon pintar Tiara Adriana mengejutkan dia yang sedang lena tidur. Dengan mata yang masih lagi tidak buka sepenuhnya, Tiara mencapai telefon yang terletak di atas meja bersebelahan katil.
Tiara melihat jam di telefon pintar menunjukkan pukul 5:50 pagi. Selepas dia mematikan loceng itu, Tiara duduk sebentar.
Matanya terarah kepada kalendar yang ditampal di dinding. Mulai hari ini, genap sudah 3 minggu Puan Wardah meninggalkan nya. Tiada kata yang mampu dikatakan yang boleh menggambarkan perasaannya ketika itu.
Tiara bangun daripada katil dan menuju ke arah bilik air. Dia ingin pergi ke universiti pada hari itu dengan senyuman di wajah nya.
Dia mahu menjadi seperti Tiara Adriana yang dahulu. Dia sudah bertekad untuk tidak lagi sedih dengan pemergian ibunya. Dia harus meneruskan kehidupan nya dengan tabah.
Sekurangnya kurangnya, dia masih lagi mempunyai seorang abang yang masih lagi sayangkan dirinya.
//
Tiara berdiri di hadapan bangunan universiti yang tersergam indah. Setelah menarik nafas dalam-dalam, dia melangkah masuk ke dalam bangunan.
Langkahnya menuju ke dewan kuliah nya. Sampai di muka pintu dewan, dia mendapati yang Hadirah dan Farhan masih belum datang.
Dia berjalan ke arah mejanya dan duduk.
Selepas 15 minit berlalu, Hadirah dan Farhan masuk ke dalam dewan kuliah itu. Apabila Hadirah melihat Tiara sudah sampai, dia mengetap gigi nya.
Semenjak ibu Tiara tiada, Tiara berkelakuan tidak seperti selalu. Setiap hari, apabila Hadirah menyapa Tiara, Tiara hanya akan memandangnya dengan pandangan yang kosong. Sapaan itu tidak berbalas.
Itu yang membuatkan Hadirah takut berjumpa dengan Tiara. Tetapi, walaupun Tiara tidak menjawab sapaan Hadirah, Hadirah tidak pernah jemu untuk menyapanya.
Seperti hari itu, Hadirah seperti biasa menyapa Tiara seperti yang dilakukan nya setiap hari dan dia tidak berharap Tiara membalasnya. Tetapi, sangkaan nya meleset pada hari itu.
"Hai Hadirah, Farhan" sapa Tiara dengan senyuman di bibir sambil melambai tangan ke arah Hadirah dan Farhan.
Buat seketika, Hadirah dan Farhan terpempan mendengar kata-kata Tiara. Tubuh mereka terhenti seketika dengan mata berkelip-kelip memandang Tiara tanda tidak percaya.
Melihat mereka berdua tidak membalas sapaan dia malahan mereka hanya berdiri tegak, Tiara melambai tangan sekali lagi di hadapan muka Hadirah dan Farhan.
"Hello. Korang berdua okey ke tak ni?"
"Tiara!!" Tanpa sesiapa sangka, Hadirah meluru ke arah Tiara dan memeluknya erat.
Tiara tercengang melihat tindakan spontan Hadirah itu tetapi dia tetap membalas pelukan Hadirah itu.
"Aku rindu gila dengan kau Tiara! Finally, Tiara Adriana is back!"
Farhan yang melihat Hadirah dan Tiara tergelak kecil. Memang dia sudah masak dengan perangai Hadirah itu.
Farhan kemudian mengambil tempat di sebelah Tiara selepas Hadirah melepaskan pelukan itu.
//
"Aduhai, masa elok-elok dekat rumah tak ada pulak nak sakit perut, bila dah sampai sini la dia sibuk nak sakit" rungut Hadi sebaik sahaja dia turun daripada keretanya.
Dengan pantas, dia berjalan daripada tempat letak kereta universiti sehingga ke tandas lelaki. Sakit perut yang dialami nya itu seolah-olah ingin membunuhnya.
Setelah perutnya berasa lega, barulah boleh dia tersenyum. Hadi keluar dari tandas sambil melihat telefon pintar nya kerana dia mendapati ada satu notifikasi masuk di telefon nya.
Tiba-tiba, kedengaran suatu suara yang memanggil nama nya daripada belakang. Suara yang sudah lama tidak didengari oleh nya. Suara yang dirindui nya.
"Hadi!"
Hadi menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggil nya itu. Hadi terpaku seketika apabila melihat gerangan yang memanggil nya itu adalah Tiara Adriana yang tersenyum manis.
Tiara yang juga kebetulan baru keluar daripada tandas memanggil Hadi apabila dia ternampak nya. Tambahan pula, dia sudah lama tidak berbual dengan Hadi semenjak dua menjak ini.
Seperti Hadirah dan Farhan, Hadi memberi reaksi yang sama. Dia terdiam seketika sambil melihat Tiara.
Tiara berjalan ke arah Hadi dan berhenti di hadapannya. Tiara mendongak kan sedikit kepalanya untuk memandang wajah Hadi yang melihatnya daripada tadi dengan riak wajah bingung sedikit.
"Hadi! Kau kenapa? Aku cakap dengan kau ni, jawab la" Ikutkan hati Tiara, mahu sahaja dia menendang lutut Hadi yang hanya diam membatu itu.
"Tiara, kau okey tak?" Soalan itu seolah meluncur keluar dengan sendiri daripada mulutnya.
Kening Tiara terangkat sebaik sahaja dia mendengar soalan Hadi itu. Sekarang ni, siapa yang okey siapa yang tak okey?
"Aku okey je, kau tu..." Belum sempat Tiara menghabiskan ayatnya, Hadi memotong kata Tiara.
"Tiara! Kau... Kau bercakap dengan aku?!" Telefon yang dipegang nya sebentar tadi, disimpan di dalam poket seluar.
Matanya tepat memandang Tiara yang berada di hadapannya itu.
"Iyaaa, aku bercakap dengan kau lah sekarang ni. Kau ada nampak ke sebelah kau ada orang?"
"Kau dah tak sedih lagi?" Hadi rasa seperti soalannya agak tidak berlapik tetapi itulah apa yang dia tertanya-tanya ketika itu.
Riak wajah Tiara terus berubah apabila mendengar soalan Hadi itu. Pandangannya dialihkan ke arah lain. Dia sudah agak pasti akan ada orang yang bertanya kepadanya soalan seperti itu sama ada Hadirah, Farhan ataupun Hadi sendiri.
"Sampai bila aku nak sedih sedih? Kalau aku sedih sampai aku habis belajar sekali pun, keadaan akan masih sama. Aku kena terima hakikat yang mak aku dah tak ada. Cukuplah 3 minggu aku bersedih, hidup aku jugak perlu diteruskan. Lagipun, aku bukan hilang semua orang, aku still ada abang aku. Kan?" Di akhir katanya, Tiara memandang semula wajah Hadi.
Hadi tersenyum gembira mendengar luahan rasa Tiara. Dia mengangguk kepala nya menandakan kata-kata Tiara itu benar.
Selepas melihat respon Hadi, Tiara juga turut tersenyum. Dia melihat jam tangannya kemudian memandang Hadi.
"Jom lah kita masuk kelas. Dah pukul berapa dah ni. Tak pasal-pasal kena bebel pulak nanti dengan Prof Yusuf"
Tiara berlalu pergi meninggalkan Hadi di belakangnya. Hadi melihat Tiara pergi dengan perasaan yang gembira.
Tiada kata yang mampu dia katakan untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. 21 hari dia menunggu saat itu tiba dan akhirnya Tiara yang dahulu sudah kembali.
//
Hujung minggu itu, Tiara berhasrat untuk melawat abangnya di penjara. Kali terakhir dia berjumpa dengan Luqman semasa di kubur tempoh hari. Selepas itu, dia tidak berkesempatan untuk melawat abangnya.
Tiara baru sahaja turun daripada kereta grab Alza yang berwarna ungu gelap. Di hadapan nya adalah bangunan Penjara Sungai Udang, Melaka.
Semasa dia dalam perjalanan untuk ke pintu masuk utama bangunan itu, matanya menangkap satu susuk tubuh yang amat dikenali nya. Dia baru sahaja keluar daripada kereta.
Tanpa berlengah, Tiara menuju ke arah orang itu dengan harapan tekaan nya tepat. Tiba sahaja Tiara di belakang orang itu, Tiara bersuara.
"Hadi?"
Orang itu memusingkan badannya apabila mendengar ada orang memanggilnya. Benarlah tekaan Tiara. Orang itu ialah Ikhwan Hadi.
"Eh, Tiara. Kau buat apa kat sini?" Hadi bertanya dengan dahi yang berkerut sambil menyimpan kunci kereta nya di dalam poket seluar.
"Ewah ewah ewah, dia tanya kita pulak. Aku yang patut tanya kau sekarang ni. Aku dekat sini sebab nak jumpa abang aku lah. Kau pulak buat apa dekat sini?"
"Aku pun nak jumpa abang lah"
Tiara tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Abang?
"Hey Cik Hadi, sejak bila dia jadi abang kau hah? Dia abang aku"
"Dia jadi abang aku sejak aku kenal dengan kau lah" usik Hadi kemudian berjalan pergi seolah tiada apa-apa yang berlaku.
"Eee, mengada ngada betul dia ni" omel Tiara sendiri.
//
"Assalamualaikum Ara" kata Luqman memulakan perbualan mereka. Dia teruja berjumpa dengan adiknya pada hari itu.
Sudah lama dia tidak merasai perasaan sebegitu sejak dia bergelumang dengan 'dunia dadah'.
"Waalaikumussalam abang. Abang okey? Abang sihat tak?"
"Abang sihat je, alhamdulillah. Ara tu sihat ke tak? Ara ni dah makan ke belum sebelum datang sini?" Luqman agak risau dengan keadaan Tiara.
"Ara sihat, alhamdulillah. Ara pun dah makan dah. Abang ni, risau sangat lah" kata Tiara sambil tersengih.
"Ara datang sini dengan apa? Grab ke?"
"Haah, Ara datang dengan grab. Tapi! Tadi Ara terserempak dengan Hadi dekat tempat parkir kereta tadi. Dia cakap dia nak jumpa dengan abang"
"Hadi datang? Dia dekat mana sekarang? Dah lama ke dia sampai?" Mata Luqman melilau mencari Hadi.
"Amboi amboi amboi, sejak bila abang dengan Hadi ni jadi best friend hah? Macam ni, Hadi tadi dia sampai sama dengan Ara. Ara baru keluar daripada kereta lepastu Ara ternampak dia. Dia pun baru keluar daripada kereta jugak. Sekarang ni dia dekat luar. Kejap lagi dia masuk lah jumpa dengan abang"
"Ouh, okey okey. Ni abang nak tanya, Ara okey ke dengan Hadi tu?" tanya Luqman secara tiba-tiba.
Soalan rawak Luqman itu membuatkan Tiara tergelak kecil kerana tidak percaya dengan soalan abangnya itu.
"Ara okey je dengan Hadi. Kenapa abang tanya macam tu dekat Ara?"
"Hadi orang dia macam mana? Sebab ye lah, sebelum ni abang mana lah sempat nak kenal dengan dia. Itu yang abang tanya Ara"
Tiara termenung seketika. Dia cuba mengingati setiap perkara yang Hadi lakukan padanya sejak dari hari pertama mereka kenal.
"Abang nak tahu tak satu cerita?" kata Tiara dengan teruja.
"Apa cerita tu?"
"Abang tahu tak macam mana Ara kenal dengan Hadi?"
"Dekat universiti?"
"Bukan. Sebelum kitaorang jumpa dekat universiti, kitaorang dah pernah jumpa dah. Okey macam ni cerita dia..."
Lalu, Tiara pun bercerita pada Luqman tentang pergaduhan kecil antara dia dan Hadi semasa mereka berlanggar di kawasan joging.
Kemudian, Tiara bercerita tentang Hadi yang 'membuli' nya semasa di universiti sejak dari hari pertama dia belajar di situ. Bagaimana Hadi menyuruh Tiara membelikan dia sarapan pagi dan membasuh kasut.
Luqman yang mendengar cerita Tiara agak terkejut apabila mengetahui perangai lama Hadi.
"Habistu macam mana dia boleh baik dengan Ara? Tengok lah macam sekarang ni, abang tengok dia baik betul dengan Ara"
Tiara terdiam seketika. Dia cuba mengingati kembali saat Hadi mula bersikap baik dengan nya.
"Dia macam tiba-tiba tau abang. Kan Ara ada cakap yang dia suruh Ara belikan dia sarapan, lepas seminggu tu, Ara tak ada lah belikan dah. Sebab dia cakap seminggu je. Lepastu, dia tiba-tiba je jadi lain. Tapi itu permulaan dia jadi lain, permulaan yang dia baik dengan Ara masa dia hantar Ara balik rumah. Masa tu hujan, kitaorang ada discussion sikit pasal kerja berkumpulan. Bateri telefon Ara pulak tiba-tiba habis, jadi Ara tak dapat nak order grab. Lepastu dia offer diri nak hantar Ara. Ara mula-mula tak nak, tapi dia cakap bahaya duduk sorang-sorang dekat bus stop sebab Ara perempuan" Panjang lebar sungguh Tiara bercerita pada abangnya. Jelas benar yang dia rindu untuk berbual dengan abang sulung nya itu.
Terangkat sebelah kening Luqman kesan daripada penceritaan Tiara. Dia juga seorang lelaki seperti Hadi.
Daripada apa yang Tiara ceritakan, dia dapat mengagak ada sesuatu perasaan yang tersimpan rapi dalam hati Hadi.
//
"Jom lah aku hantar kau balik rumah. Tak payah lah kau nak naik grab" pelawa Hadi. Mereka berdua baru sahaja melepasi pintu utama bangunan penjara itu.
Tiara memberhentikan langkah kakinya dan memusingkan badannya untuk melihat Hadi.
"Serius?" tanya Tiara pendek
"Tak ada lah, aku ajak-ajak ayam je" Sempat lagi Hadi menyindir Tiara. Tiara yang seperti tidak terkesan dengan sindiran itu tergelak kecil.
"Aku okey je. Jimat sikit duit aku" Tiara berjalan menuju ke arah kereta Hadi tanpa segan-silu.
Dia sudah menganggap Hadi itu seperti kawan baiknya. Manakan tidak dia rasa seperti itu kerana setiap kali Tiara menghadapi masalah, lelaki itu pasti ada buatnya.
Perwatakan Hadi yang mesra dan mudah dibawa berbincang membuatkan Tiara selesa dengannya.
"Tapi sebelum tu jom kita minum dulu ke, ngopi ke ngeteh ke. Dah lama aku tak minum dengan kau"
"Ngetum tak nak?" seloroh Tiara. Dia tidak memaksudkan perkara itu.
"Itu bahaya, jangan dibuat main. Kau tengok sikit, kau dekat depan mana sekarang ni" kata Hadi sambil menunjukkan bangunan penjara itu.
"Aku gurau je lah. Aku okey je nak minum. Apapun, kau belanja okey?" Tiara menunjukkan tanda isyarat 'bagus' di akhir katanya.
"Iyalah, mestilah aku belanja. Bukan Ikhwan Hadi lah kalau tak belanja orang"
Tiara menunjukkan riak wajah menjelikkan yang mengundang tawa Hadi.
"Starbucks okey? Apa barang Ikhwan Hadi belanja air teh o ais ikat tepi. Kan?"
"Suka hati kau lah. Aku ikut je" balas Hadi bersama senyuman.
Sungguh, Hadi rindu dengan saat-saat seperti itu.
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :(:(
Share this novel