Setahun lebih mereka sudah bersama, tapi cahaya mata masih belum dikurniakan lagi. Maya termenung jauh memikirkan fasal zuriat. Akhmal yang baru pulang dari kerja terus menonong pergi ke toilet untuk membersihkan diri.
Maya bangkit dari kerusi, mengambil pakaian pakaian Akhmal yang dilempar oleh suaminya itu dan meletakkannya ke dalam bakul. Maya menunggu Akhmal di atas katil. Setelah beberapa minit, suaminya yang berbadan sasa itu keluar dari toilet.
"Abang, nak makan tak? Saya boleh masak. Lauk apa abang nak? ayam masak lemak, asam pedas, ha apa lagi? ha! favourite abang tu, udang sambal! nak tak?" Maya begitu ceria memberitahu menu yang untuk dimasak. Akhmal hanya diam sahaja, tidak mengendahkan Maya.
"Abang, Maya tanya abang ni. Jawablah" kata wanita itu. "Eh, kau diam boleh tak? aku penat baru balik dari kerja. Belum sempat nak rehat lagi. Lagi satu kau ni, aku balik baru kau nak masakkan? lain kali masaklah awal awal!" bentak Akhmal. Maya yang berada di tepi katil terkejut dengan tengkingan Akhmal. Perkataan 'okay' sahaja yang keluar dari mulut comel Maya, kemudian gadis itu terus menuju ke ruang tamu
Maya bukannya tak biasa dengan sifat suaminya itu, sudah biasa. Ini bukan julung julung kali suaminya berkelakuan begitu. Maya hanya bersabar, tapi hati itu tetap sakit.
"Aku nak keluar, kau jaga rumah eh". Maya hanya mengangguk, dan "Abang, salam.." sambil menghulur tangan. "Takpayah" terus lelaki itu keluar dari rumah tanpa menyambut salam isterinya. Maya malas mahu berlawan, terus dia mengunci pintu dan kembali menonton televisyen.
Share this novel