Hari pertama aku memulakan misi CINTA aku. Aku imbas diriku di cermin. Short red top dengan black long pants serta long black jacket. Rambut pula aku biar lepas dan memakai pin LOVE di tepi. Sedikit lip balm dan eyeliner serta bedak compact tercalit dimuka.
Cantik! Beg sandang warna hitam kuambil lalu aku memasukkan fon OPPO aku serta dengan dompet. Memandangkan hari ini aku tak ada kelas, aku mengajak Rayy pergi jalan-jalan.
Aku turun kebawah dan menuju ke tempat yang ditetapkan. Kelihatan Rayy sedang bercakap dengan sesorang dalam phone sambil bersandar pada kereta Mustang silver-nya. Segak.
"Jom Rayy," ajak aku.
Dengar je suara aku, Rayy menamatkan perbualannya. Dia memusingkan badan menghadap aku. Tak berkedip dia pandang aku. Aku tergelak kecil. Tergoda lah tu.
"Kenapa? Saya cantik sangat ke sampai tak berkedip awak pandang?" tanya aku jujur.
Rayy tersentak lalu mengosok kepala tanda malu.
"Tak ada lah. Kau nampak lain hari ini. Cantik," jawab Rayy.
Aku tersenyum. Jujur juga si Rayy ni. "Dah lah, jom gerak. Kita nak pergi mana ni? Tak nak shopping, tak nak makan," kata aku awal-awal.
"Erm... Kalau macam tu, pantai nak?" tanya Rayy. Aku segera mengangguk.
Bermula lah perjalanan kami. Aku pun tak tahu Rayy nak bawak aku pergi pantai apa. Aku cuma ikut pemandu sahaja.Disebabkan perjalanan jauh, aku mula rasa mengantuk.
"Lama lagi ke Rayy? Kenapa jauh sangat?" tanya aku.
"Erk...Lama lah juga. Kenapa jauh? Mana ada pantai dekat dengan U kita!" kata Rayy.
Aduh! Aku mengaru kepala.
"Saya tidur dululah kalau macam tu. Nanti dah sampai, kejutkan saya ya," arah aku. Rayy mengangguk kepala.
________________________
Aku memandang sekujur tubuh disebelahku yang diulit mimpi. Rasa macam nak tampar je mulut aku ni. Memanglah dia cantik tapi perlu ke cakap depan-depan?
Sebenarnya ada je pantai yang dekat dengan U. Aku yang sengaja bawak jauh-jauh. Tiba di pantai, aku mengaru kepala. Macam mana nak kejutkan dia ni? Tetiba muncul idea jahat.
"Kalau kau tak bangun, aku cium kau," kataku. Nabilla tidak menunjukkan tanda-tanda ingin bangun.
Aku perlahan-lahan bergerak menuju ke muka dia dan..
CHUP!!
Bibir aku berpaut pada bibir Nabilla. Lama. Nafasku mula kencang hingga menganggu tidur Nabilla.
Nabilla membuka mata. Terbuntang matanya.
BAM!!
Bergegar kereta akibat tolakan Nabilla terhadap aku. Tak sakit mana pun.
"Kenapa awak cium saya?!" marah Nabilla.
"Aku try kejutkan kau, kau tak bangun. So aku cium lah kau nak bagi kau bangun," jawab aku selamba.
"Kalau ye pun nak kejutkan saya, tak perlulah nak nak cium saya! Tengok, first kiss saya dah kena culik dengan awak," kata Nabilla. Muram betul muka dia.
"Ala sorry. Aku bukan saja nak main-main dengan kau," kata maaf.
"Hmm, tak apa. Maaf diterima. Jom keluar," kata Nabilla dengan ceria. Cepat betul mood dia bertukar. Aku hanya tersenyum kecil.
Kami berjalan beriringan seperti pasangan kekasih tapi bukan pasangan kekasih. Aku perasan, masa tengah jalan tadi Nabila tersenyum-senyum.
"Kenapa kau senyum-senyum?" tanya aku. Macam orang gile aku tengok.
"Tak ada lah. Suasana sekarang buatkan saya rasa tenang dengan segala masalah saya. Segala stress saya. Semuanya hilang," kata Nabilla.
"Kau ada masalah ke? Kalau kau nak share, aku sudi dengar," kata aku lembut.
Nabilla menggeleng kepalanya lalu tersenyum manis. Mata kami bertembung. Lama. Tiba-tiba Nabilla mengalihkan mukanya ke arah lain.
ARGH!! Malunya. Pipi aku mula merah. Nabilla tergelak kecil.
"Malulah tu," perli Nabilla.
"Mana ada," kata aku. Biasalah, lelaki kan.
Adakah aku start sukakan Nabilla? Walaupun baru beberpa hari kami kenal, tetapi perangainya buatkan kami rapat.
Dan andai Nabilla ditakdirkan untuk aku, aku terima dengan hati yang terbuka. Adakah ini perasaan CINTA?
Share this novel