Bab 17

Other Series 2183

Kami bangun subuh seperti biasa dan usai solat, kami terus bersiap untuk ke kolej. `Kau ada nak gi mana-mana ke lepas kolej nanti? 'soal Hana. Aku menggeleng. `Asal?' soalku pula. Hana tersengih sebelum menjawab `Nanti lepas habis kelas.. Kau baliklah asrama dulu.. Aku nak beli barang lah'.balas Hana. `Ehh asal aku kena balik dulu pulak? Biar je lah aku teman kau.. Lagipun bosan aku nanti kat asrama'. Balasku. Hana menggeleng. `Tak payah.. Kau duduk je kat asrama tu diam-diam.. Lagipun aku nak pergi jauh'. Balas Hana. Aku yang pelik mengerutkan dahi. `Kau nak pergi jauh? Maksud kau? 'soalku. Aku mula tidak sedap hati. Hana menepuk dahinya sambil tergelak kecil. `Qilla.. Qilla.. Kau ni memang bendullah. Maksud aku.. Kedai yang aku nak pergi tu.. Jauh.. Faham?' Ujarnya sambil kembali tergelak. Aku kembali tersenyum. Mungkin firasat aku je kot. `Betul kau tak nak aku temankan? 'soalku lagi. Hana hanya mengangguk. `Dah.. Lecturer dah masuk tu'. Ujar Hana sambil memuncungkan bibir. Aku hanya melihat. Pelajaran bermula seperti biasa. Sementara itu.. Arif Danial tersenyum mendengar apa yang dibualkan oleh Qilla dan Hana. Ada misi yang dia perlu lakukan! Siap kau Hana! Setelah kelas tamat, aku tanya sekali lagi kepada Hana. `Weii.. Kau betul ke tak nak aku ikut? 'soalku. `Betullah.. Dah.. Kau pergilah balik.. Kita jumpa kat asrama nanti'. Balas Hana. Aku hanya mengangguk. Sungguh! Aku merasa tidak sedap hati! Hana yang melihat Qilla sudah keluar mengeluh kecil. Maafkan aku Qilla.. Aku tau kau risaukan aku.. Sebenarnya aku pun risau Qilla.. Aku perlukan kau sebenarnya. Tapi tak taulah..
kenapa.. Hati aku suruh kau balik.. Mybe tak aku tak nak menyusahkan kau Qilla.. Maafkan aku. Gumam Hana dalam hati. Dia menyeka air mata yang hampir jatuh. Dia harus kuat! Setelah barang habis dimasukkan ke dalam beg, pantas dia menuju ke pintu. Aku nak ke mana sebenarnya ni? Hana berjalan tanpa arah tuju. Hana terhenti. Dia melihat sekeliling. Asal aku rasa ada orang ikut aku ni? Asal aku rasa tak sedap hati? Arhhh! Baik aku balik asrama! Belum sempat dia berjalan.. Orang berdehem. `Ehem'. Sapa orang tu. Hana berpaling. Badannya mula menggigil. Orang yang bertopeng itu senyum dalam diam. `Kau.. Kau.. Kau.. Sapa? 'soal Hana tergagap-gagap. Pasti lelaki ni! Fikir Hana. Lelaki itu tidak menjawab dan dia terus mengeluarkan pisau lipat yang berada dalam poket seluarnya. Hana tergamam. Tertiba dia teringat ayat yang ditulis dalam surat yang dijumpainya. `Kau akan jadi mangsa aku seterusnya'. Ya Allah! Diakah yang berdendam dengan aku! Selamatkanlah aku ya Allah!! Doa Hana dalam hati. Dia melihat sekeliling. Takde orang! Ya Allah! Qilla! Tolong aku! Khai!! Tolong saya! Jerit Hana dalam hati. Lelaki itu meluru ke arahnya. `Hoii! 'sergah seorang dari belakang lelaki itu. Lelaki itu memandang. Lelaki itu mengacukan pisaunya ke arah orang itu. Tanpa sebarang balasan, lelaki itu terus menuju ke arah Hana! `Hana!!' jeritku. Aku pantas berlari ke arah lelaki itu. Aku sebenarnya pun memakai topeng gak! Hehe! Aku terus menendang belakang lelaki itu. Dia jatuh tersungkur. Hana sudah terduduk memeluk kedua-dua belah lututnya. Mukanya disebamkan ke atas lutut. Belum sempat aku ingin membelasah lelaki itu, lelaki itu sudah lari. Aku mengepal penumbukku. Terlepas! Aku menjeling Hana. Aku pantas meluru ke arahnya. Aku duduk bertinggung sebelahnya. Aku memegang bahunya. `Hana'. Panggilku. Hana menepis tanganku. Aku terlupa sesuatu. Aku pantas membuka topengku! Hana tercengang melihat aku. `Hana.. Ni akulah Qilla.. Kau takyah risau.. Lelaki tadi dah blah'. Pujukku. Tanpa sebarang balasan, Hana memelukku. Dia menangis di bahuku. Aku mengusap perlahan belakangnya.`Dah.. Dah.. Aku ada ni.. Nasib aku datang tadi.. Kalau tak tau apa yang jadi.. Dah.. Shh'. Pujukku. Terhenjut-henjut badan Hana akibat menahan menangis. `Thanks Qilla.. Thanks sesangat.. Kalau kau takde tadi.. Aku dah kena tikam... Aku pantas menutup mulutnya. Aku tak mahu dengar! Hana memandangku. Aku menggeleng. `Aku tak nak kau.. Aku tak nak kau cakap macam tu lagi.. Kau lupa ke apa yang aku cakap hari tu? Aku dah janji kan.. Selagi aku masih hidup.. Aku akan lindung kau dari sesapa yang cari pasal dengan kau.. Termasuk lelaki tadi'. Ujarku. Aku menyeka air matanya. Thanks Qilla! Aku tak tau nak balas budi kau macam mana! Gumam Hana dalam hati. `Dan.. Kau tak yah nak terhutang budi ngan aku.. Apalah jasa aku ni.. Perkara biasa je'. Sambungku seperti faham apa yang difikirkan Hana. `Kau cakap perkara biasa? Qilla! Kau sedar tak?! Kalau kau takde tadi.. Aku dah mati dah tau.. Aku dah mati'.ujarnya kembali teresak. Aku memejamkan mata seketika. `Kalau kau mati.. Aku akan pastikan lelaki tadi bunuh aku jugak.. Sebab aku bukan ada sesapa pun dunia ni'. Balasku.`Tapi.. Kita masih ada lagi orang yang sayang kat kita'. Balas Hana. Aku mengerutkan dahiku. Siapa pulak ni. Tertiba aku tersenyum. `Kau je.. Khairul sayang kat kau.. Aku? Mana ada sesapa sayang kat aku'. Balasku selamba. `Ada'. Balas Hana pendek. Aku mengangkat kening. `Hafi'. Ujarnya lagi sambil tersengih. Aku yang mendengar nama itu hanya menjuihkan bibir. `Dahlah.. Jom.. Kita masuk bilik'. Ajakku. Aku bantu Hana bangun lalu memapahnya sehingga ke bilik apabila melihat badan Hana masih lemah. Nasib aku ekorinya tadi! Memang betul firasat aku! Gumamku sendiri. Hana memandang Qilla sekilas sebelum menundukkan wajahnya. Qilla.. Qilla.. Bilalah kau nak sedar? Hafi tu sayangkan kau! Just dia pun keliru ngan perasaannya sekarang! Tapi aku yakin Hafi menyintai kau! Takkan kau takde sekulumit perasaan langsung kat dia? Aku tahu kau pun ada perasaan dekat dia. Kau pun sama dengan Hafi. Masih keliru! Ego! Tapi aku harap kau dengan Hafi akan sedar nanti! Gumam Hana panjang dalam hati. Aku membuka pintu sebelum aku melepaskan Hana untuk duduk. Aku mengunci pintu lalu aku duduk di sebelah Hana di atas katil. `Qilla'. Panggilnya. Aku hanya memandang. `Kau jangan ceritakan pasal ni.. Kat Khairul erk? Please'. Rayunya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Hana membalasnya. Aku menguap. Hana yang melihat kawannya menguap pantas bersuara.`Jomlah tidur. Aku pun dah ngantuk'.Ujarnya . Aku hanya mengangguk. Kami baring di atas katil dan sepantas itu aku terlena. Hana hanya menggeleng kecil melihat kelakuan Qilla. Macam budak-budak! Dia turut memejamkan matanya. Arif Danial menumbuk kuat dinding biliknya. Dia mengepal penumbuknya sambil mengetap bibir. `Arhhh!! Tak guna!!! Hancurr!! Hancurr semua rancangan aku!!! 'jeritnya. Dia meraup mukanya dengan kasar. Tidak cukup dengan itu, dia menumbuk sekuat hati meja belajarnya. `Sapa? Sapa yang selamatkan dia tadi? Kenapa? Kenapa? Kenapa masa aku nak bunuh.. Masa tulah ada orang datang menolong!!!' jeritnya. Kenapa? Kenapa? Kenapa dia perlu pakai topeng? Arif Danial memandang gambar Hana yang terlekat di dinding lalu menggoyaknya kasar. Dia mengeluarkan pisau lipatnya. `Kau.. Kau jangan ingat.. Kau boleh terlepas! Aku takkan lepaskan kau!! Kau patut mati!! Dasar pembawa malang!! Aku.. Aku akan siasat.. Sapa yang cuba tolong kau tadi! Aku akan pastikan hidup dia turut merana!! Kalau takde.. Kau dah mati!!'jeritnya lagi. Dia mencungkil-cungkil gambar Hana dengan menggunakan pisau. Dia melemparkannya ke lantai. Dia tersenyum sinis sebum tergelak besar. Seperti orang gila! `Hana qelisha! Lama-lama nanti.. Kau akan mati jugak dalam tanganku.. Just tunggu sayang'. Ujarnya lagi. Dia kembali tergelak kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience