“Selalu ke awak turun KL?” Jebat Zulkarnain memulakan bicara setelah kami selesai dinner bersama.
Korang nak tahu aku pilih tempat makan dekat mana untuk malam yang special bagi aku?
Mc Donald!
Yes! Mc Donald yang tak berapa jauh dari rumah sewa Ninia.
Kenapa?
Rahsia.
“Selalu jugaklah sebab diorang selalu suruh saya datang lepak sini. Tapi tengok juga kelapangan masa dan duit.” Aku menjawab sambil tergelak kecil bila menyentuh soal duit.
Aku ni boros! setiap bulan duit gaji tak pernah cukup. Entah apalah yang aku beli pun aku sendiri tertanya-tanya.
Yang pasti, kebanyakkan duit aku melabur untuk puaskan perut aku sendiri.
“Maaflah susahkan awak pulak kena hantar saya pergi Shah Alam. Rumah awak bukan lalu jalan ni kan? Tak jauh ke awak nak patah balik pulak? Kalau tak salah saya, Petaling Jaya nak pergi Shah Alam ni pun dah setengah jam. Nanti awak nak balik pulak berapa minit tu?” Aku meluahkan kerisauan itu sambil memandangnya.
Rambutnya yang panjang atas bahu kelihatan kemas diikat. Dahinya tak terlalu luas nampak segak terbentuk kalau nak dibandingkan dengan dahi aku yang seluas padang bola. Matanya kelihatan sedikit letih. Mungkin penat bekerja seharian membuatkan sepasang mata itu kelihatan agak penat. Keningnya lebat dan kemas.
Hidungnya berbentuk seakan buah jambu kecil. Eh,Tapi comel dimata aku!
Mohon jangan kecam! Dan yang paling menarik dimata aku adalah sepasang bibir miliknya. Cantik. Pinkish gitu. Nampak sihat kalah aku yang perempuan ni. Asyik bibir kering je. Penat dah nak sapu Versaline dengan lip balm.
Oh ya! mungkin disebabkan bibir itulah ramai perempuan terdampar setiap petang. Bila difikirkan balik mungkin ramai lelaki yang makan hati dengan si Jebat ni. Walaupun orang cakap mulut dia jahat tapi handsome dan aku juga salah seorang yang terdampar disebabkan mulutnya.
Eh, bukanlah! Aku suka dia disebabkan benda lain.
“Dah puas tilik muka saya?” terkejut aku bila dia menoleh memandang aku yang tengah ralit menilik setiap inci wajahnya.
“Eh, mana ada. Saya..saya….tengah tengok kat luar tu.” Laju aku mendapat akal dan terus aku menunjuk kearah luar cermin disebelahnya.
Terasa panas muka aku. Nasib baik malam, kalau siang macam mana nak sorok muka aku ni!
I is malu!
Terus saja aku memaling muka menghadap keluar tingkat. Kiranya aku membelakangkannya. Cuping telinga aku dapat menangkap suara Jebat Zulkarnain sedang ketawakan aku dan aku turut mengukirkan senyuman tetapi tidak terlihat oleh Jebat Zulkarnain kerana posisi aku sebentar tadi.
“Lain kali saya bawak awak makan dekat tempat yang best sikit ya.” Setelah lima minit aku mendiamkan diri dengan hanya melayan lagu-lagu di radionya.
Kebetulan Slot Mentari Cinta tengah keudaraan. Sedap suara DJ Aleen.
Mengusik perasaan sungguh!
“Eh, tadi pun sedap je. Saya tak kisahlah makan tempat macam tu, cuma takut tadi awaklah makan entah kenyang entah tak. Kalau awak lapar, singgah je lah mana-mana sebelum hantar saya ni. Saya teman awak makan dulu.” Bagus Mea cadangan kau!
Kau saja je kan nak spend time masa dengan dia lebih-lebih.
Panjang akal betul aku ni! Maaf ya kawan-kawan. Sis macam tengah dilamun cintalah!
Oh, Mama..saya mau kahwin! Eh tiber….
“Eh, tak adalah. Saya kenyang jugak. Cuma saya terkejut tadi bila awak cakap nak makan Mc D. Zaman sekarangkan orang suka pergi café hipster. Tempat yang viral. Awak ni lain pulak. Mc D yang dipilihnya” Aku hanya ketawa kecil mendengar komen Jebat Zulkarnain.
Ya Allah! Kalau dia tau aku pun spesis tu macam mana, ya? Ke nak kena bagitau kenapa aku pilih Mc D? Ish! Padahal aku sama je macam orang lain. Sis menangis dalam hati gais!
“Sebenarnya saya ni sama je macam yang lain. Cuma tadi saya pilih Mc D sebab saya nak spend time lebih dengan awak macam sekarang. Tapi awak jangan salah faham.Saya risau jugak awak tak selesa or mungkin ada orang yang kenal awak ke? Awak kan famous. DJ kot. Takkan orang tak kenal siapa Jebat Zulkarnain. Si mulut laser dekat Mentari FM tu.” Aku menekup mulut aku dengan tangan bila menyedari ayat last tu mungkin akan menyinggung perasaannya.
“Maaf..” sambil aku menatap kembali wajahnya.
“I’ll take it as a compliment!” Tersenyum dia saat melihat muka serba salah aku.
Haish! Senyuman nilah yang buatkan aku hati aku cair. Hoi! Aku suka dia jelah!
Jangan lebih-lebih Mea Idrina! Ninia dah warning tadi. Please behave!
Lagu On My Way berkumandang menghiasi seluruh pelosok kereta Vios milik Jebat Zulkarnain. Aku sempat melihat Jebat sekali lalu sebelum menjawab panggilan daripada Illa.
“Kau kat mana? Pagi esok ke baru nak sampai sini? Jauh sangat ni PJ ke Shah Alam ha?” peranan Mak Tiri telah bermula.
“On the way dah ni. Kitorang dekat..,” sambil aku terjenguk-jenguk keluar tingkat ingin melihat apa-apa landmark yang boleh aku bagitau Illa.
Sebab aku sendiri tak tau aku kat mana. Kalau Jebat Zulkarnain bawa aku lari pun aku tak tahu.
Sadis betul aku ni!
“Bagi aku cakap dengan kekasih kau tu.” Gelabah biawak dah aku ni bila Illa nak cakap dengan Jebat Zulkarnain.
“Eh, tak payahlah. Kau ni!” Aku sedikit berbisik ketika bercakap dengannya dan yang paling sakit hati aku dengar suara Eyra dengan Ninia tengah gelakkan aku kat belakang tu!
“Kau buat loudspeaker eh!” Lainnya benar bunyi kalau diorang bertiga bergabung gelakkan aku.
Meriah!
“Jahatlah!” Aku membalas dan masih dalam keadaan berbisik seperti tadi.
“Siapa tu?” Jebat menyoal mungkin keadaan aku sekarang membuatkannya tertanya-tanya.
“Kawan-kawan saya. Awak, kita kat mana eh sekarang?” aku terus menanyakan kedudukan kami sekarang ini sebab malas nak layan soalan-soalan Illa.
Hah, padan muka! Siapa suruh gelakkan aku sangat!
“Lagi 10 minit kita sampai.” Jebat Zulkarnain menjawab.
Aku terus menyampaikan info tadi kepada Illa dan cepat-cepat aku mematikan talian supaya tiada lagi gangguan makhluk bertiga tu.
“Bagusnya kawan-kawan awak. Ambik berat pasal awak. Suka saya tengok friendship macam ni. Saya tak ramai kawan. Yang rapat pun boleh kira guna jari je.” Aku memandangnya sambil tersenyum.
“Hari ni kan dah bertambah sorang lagi kawan awak. Nak tambah kawan-kawan saya yang tiga orang tu pun boleh.” Aku tergelak melihat wajahnya.
Muka terkejut tapi dia terus faham maksud aku tadi.
Ketawanya boleh buat aku angau!
“Hai, nama saya Mea Idrina. Awak?” sambil menghulurkan tangan kanan kearahnya.
Sambil dia mengukirkan senyuman, “saya, Jebat Zulkarnain.” Dia menyambut lembut huluran tanganku dan sedetik itu ketawa kami berdua bergabung.
Kelakar!
“Tadi awak cakap lain kali nak belanja saya lagi kan?” Dia mengangguk mengakui kata-katanya.
“Maksudnya kita akan jumpa lagi ke? Atau awak ni bagi harapan kat saya je? Baik mengaku cepat!” Dia hanya mengangkat kedua bahunya sambil tersenyum memandang aku seketika sebelum kembali menumpukan perhatian kepada pemanduannya.
“Maksudnya?” Aku ni sebenarnya tak suka nak berharap sebab tu aku lebih suka orang yang berterus-terang.
Ya cakap ya. Tak cakap tak.
Senang dan mudah untuk kepentingan manusia sejagat.
Ini tak duk entah-entah. Macam mana nak habiskan cerita ni?
“Kita dah sampailah.” Jebat Zulkarnain memusnahkan monologue aku.
“Cepatnya,” aku melihat keluar tingkap keretanya.
“Apa?” Tajam juga pendengaran Jebat Zulkarnain ni.
“Tak ada apa. Terima kasih sebab bawa saya pergi makan dan sanggup hantar saya sampai sini. Terima kasih banyak-banyak.” Terasa sayu bila nak berpisah dengan buah hati.
Eh belum lagi Mea Idrina oi!
“Kenapa macam sedih je ni?” Alamak! Dia perasan ke?
“Eh, tak lah.” Aku cuba menafikan itu bukan kenyataannya.
“Kawan awak dah datang tu. Janganlah buat muka sedih macam tu. Nanti diorang ingat saya buat apa-apa kat awak pulak.” Aku memandangnya dan ketawa kecil.
“Yelah. Saya turun dulu ya. Terima kasih sekali lagi.” Aku ingin membuka pintu keretanya tapi dia menahan aku.
“Kalau saya text awak, awak balas tak?” Terasa nak jerit je dan jawab MESTILAH SAYA BALAS!!!
Tapi nak control ayu punya fasal.
“Kalau tak sibuk saya mesti balas. Jangan risau.” Aku tersenyum meleret sewaktu mata kami bertentangan.
Aduh! Janganlah cepat sangat jatuh cinta, Mea Idrina!
Dia meminta izin untuk balik sebaik saja Illa, Eyra dan Ninia mendekati aku.
Illa bersuara selepas kereta Jebat Zulkarnain menghilang dari pandangan kami.
“Sudah-sudahlah tu duk tersengih macam kerang busuk!,” Aku mencebik melihat mereka bertiga.
Cemburulah tu!
Eyra dan Ninia hanya ketawa geli hati melihat kelaku aku dan Illa.
“Jom naik! Mengantok!” aku terus menarik tangan Illa menuju ke lif yang tersedia menunggu kami berempat.
“Amboi! Jangan tidur selagi kau tak cerita semuaaaaaaaanya dekat kami!” Eyra mula berbicara.
“Betul tu. Dah seronok pergi dating, balik rumah terus nak tidur! Kena cerita masa main PUBG kejap lagi! Tak kira ok! Kau tidur siap kau eh, Mea.” Nampak tak peranan mak tiri sorang tu.
Aku melentokkan kepala ke bahu Ninia sambil menjelir lidah dekat Illa dan Eyra.
“Semoga selamat sampai, Jebat Zulkarnain.” Bisik aku dalam hati sambil mengukir sebuah senyuman.
Terima kasih sudi baca karya saya.
Share this novel