Rate

Bab 19 Genggaman Tangan Adib

Romance Completed 278243

Anis merapikan pakaiannya di depan meja soleknya, setelah itu dia mengambil beg sekolah serta beberapa buku-bukunya yang harus di bawa ke sekolah pagi itu.

"Anis sudah siap ke?" Ucap umie Anis Puan Zulaikha yang sedang melihat Anis turun dari tangga.

"Iya umie!" Sahut Anis dengan sopan.

"Hari ini abah yang hantar Anis ke sekolah, ayuh kita sarapan." Kata Encik Muhaimin dengan tegas.

Anis mengerutkan keningnya hairan, tak pernah-pernahnya abahnya menghantar Anis ke sekolah. Kenapa tiba-tiba hari ini abah bertegas nak hantar Anis pula?

"Baik abah!" Sahut Anis lagi dengan sopan.

"Kenapa abah tiba-tiba nak hantar Anis ke sekolah?" Tanya Anis ingin tahu. Anis merasa pelik, berapa tahun Anis sekolah di Sekolah Menengah Uthman (SMU) ni... buat pertama kali Encik Muhaimin menawarkan dirinya sendiri untuk menghantarnya ke sekolah.

"Abah nak jumpa seseorang di sekolah Anis, ada perlu sikit." Sahut abah Anis selamba sambil menikmati mee goreng ayam pagi itu.

"Oh, ingatkan kenapa." Sahut Anis pelan sambil meminum susu suam yang telah di sediakan untuknya.

Setelah mereka selesai sarapan pagi, mereka pun bergerak ke sekolah Anis dengan menaiki kereta Abah Anis Encik Muhaimin.

Siapa yang abah nak jumpa? Nak jumpa pasal apa? Sebab pengetua atau guru-gurunya di sekolah Anis tidak ada seorang pun yang berpesan ingin menemui abahnya. Itulah yang berada di fikiran Anis Umairah sekarang.

Anis langsung sahaja turun dari keretanya setelah menyalam hormat abahnya dan mencium tangan. Dia bercadang untuk pergi ke perpustakaan terlebih dahulu untuk memulangkan buku yang telah habis dia baca dan meminjam buku yang lain pula.

Di bilik guru, Adib tengah merapikan buku-buku yang akan dia gunakan nanti time mengajar.

"Adib, ada seseorang nak jumpa Adib dekat pejabat pengetua bahagian bilik tetamu." Ucap seorang guru yang tiba-tiba muncul menyapanya.

Adib mendongak seketika.

"Ohya, siapa ya Cikgu Azie?" Tanya Adib pada Cikgu Azie, seorang guru Pendidikan seni dan sudah pun berkeluarga.

"Ibubapa pelajar rasanya, Cikgu Adib boleh terus ke sana nanti." Katanya sopan.

"Baik Cikgu!" Jawab Adib Umair sambil beranjak dari tempat duduknya.

Siapa yang nak jumpa Adib? Fikiran Adib meneka-neka.

Tok tok tok

Adib menyelak daun pintu bilik tetamu yang di maksudkan oleh Cikgu Azie.

"Assalamualaikum, boleh saya masuk?" Ucap Adib dari luar sambil menyembulkan kepalanya di pintu.

"Waalaikumussalam Adib, sini dekat abah dulu. Ada abah nak cakap sikit dengan kamu mengenai Anis." Sahut Encik Muhaimin direct to point.

Adib menyalam hormat dan mencium tangan Encik Muhaimin sebelum duduk bersebelahan dengannya.

"Ada apa ya Abah?" Jawab Adib tersenyum sambil mengerutkan dahinya.

"Adib sudah di beritahu ke Anis akan tinggal di rumah Adib minggu depan?"

Adib mengangguk membenarkan.

"Sudah abah!"

"Macam ni, minggu depan abah ada perjalanan bisnes keluar negara... jadi abah menitipkan Anis kepada Adib sebagai suaminya buat sementara waktu ni, abah harap Adib tidak keberatan."

"Sama sekali tidak abah, lagi pun Anis sudah menjadi tanggungjawab Adib sebagai suami Anis."

"Alhamdulillah terima kasih Adib, abah keluar negara pun beban abah menjadi terasa ringan sikit Adib sudah berkata begitu."

"Mengenai Anis abah tak perlu risau, Adib akan jaga Anis Umairah dengan baik." Sahut Adib dengan yakin.

"Kalau macam tu, ini kad kredit untuk perbelanjaan Anis selama kami tidak ada." Encik Muhaimin menghulurkan sebuah kad kredit untuk Adib pegang.

"Tidak payah abah, Anis sudah menjadi tanggungjawab Adib...segala perbelanjaan Anis biar Adib yang sediakan." Ucap Adib menolak dengan sopan. Bukan Adib nak kurang ajar, tapi Adib nak jalankan tanggungjawabnya seperti mana yang sepatutnya dalam agama.

"Abah menjadi serba salah dengan Adib kalau macam ni!" Ucap Encik Muhaimin merasa segan dengan menantunya.

"Tidak ada apalah abah, Adib terima dengan tangan terbuka."

"Terima kasih Adib." Encik Muhaimin memeluk singkat menantunya dengan perasaan kasih.

"Semoga kamu bahagia nanti nak!" Ucap Encik Muhaimin lagi.

"Terima kasih abah."

Mereka pun berpisah setelah perbincangan telah berakhir, Encik Muhaimin terus sahaja pulang setelah menemui Adib dan menyatakan segala yang berada di benaknya.

Hari itu, pelajar dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Anis dapat mengikuti semua aktiviti di sekolah mengikut jadual yang telah di tetapkan. Begitu juga Adib dapat mengajar dengan penuh kewibawaannya.

Setelah pembelajaran berakhir, Adib Umair nekad ingin menemui Anis setelah bunyi bell balik berbunyi. Adib menunggu pelajar dan guru-guru balik terlebih dahulu sebelum dia mendekati Anis. Mujur Anis hari tu lambat menunggu bas.

"Anis, tunggu sebentar ada Cikgu nak cakap." Tiba-tiba Adib mendekati Anis yang baru sahaja bersiap untuk balik.

"Ada apa ya Cikgu?" Soal Anis Umairah kepada cikgunya.

"Hari ni Cikgu hantar Anis balik, ada sedikit Cikgu nak tanya Anis."

"Penting ke Cikgu? Rasanya tak sopan Anis ikut kereta Cikgu, apa lagi kita bukan muhrim." Kata Anis lambat-lambat sambil tertunduk.

"Anis takut ke orang tengok?" Soal Adib melihat Anis yang menunduk.

"Takut Cikgu Farah marah!"

"Kenapa dengan Cikgu Farah?" Adib merasa hairan, apa kena mengena Adib jumpa Anis dengan Cikgu Farah?

"Katanya Anis tak boleh rapat-rapat dengan Cikgu Adib."

Adib mengangguk faham maksud Anis.

"Mengenai itu, Anis tak perlu risau. Mari ikut Cikgu ke kereta."

Lalu Adib menarik tangan anis dengan lembut, agar Anis mengikuti langkahnya.

Anis Umairah sempat terkejut kerana Cikgu Adib memegang tangannya tanpa merasa bersalah. Anis cuma melihat Adib dari belakang kerana Adib masih menarik tangannya dan menggenggamnya dengan erat.

Dug dug dug!!
Dug dug dug!!

Jantung Anis berdegup dengan laju, seolah-olah nak meloncat keluar dari tempatnya. Anis langsung memegang dadanya, menahan debaran yang dirasakannya. Takut Adib dapat mendengar debaran yang di tanggungnya sekarang.

Kenapa Cikgu Adib layan Anis dengan baik?

Anis cuma mendongak melihat Adib dalam diam dan melihat tangan Adib yang masih setia memgenggam tangannya.

Anis takut terbuai dengan layanan Adib kepadanya. Tanpa sedar Anis cuba menarik dan melonggarkan tangannya dalam genggaman Adib, namun tangan Adib makin erat mengenggam tangan Anis.

Adib tersenyum samar dalam diam tanpa menoleh kearah Anis. Betapa bahagia dan indahnya Adib rasakan dapat menyentuh isteri sendiri walaupun sekadar menggenggam tangannya sahaja walau seketika.

Adib membukakan pintu kereta hadapan bahagian penumpang untuk Anis, dan mempersilakan masuk dan duduk. Tanpa segan silu, Adib memasangkan tali pinggang keledar untuk Anis.

Anis menjadi gugup dan salah tingkah. Sebelum Adib menutup pintu kereta tempat Anis, Adib mengusap lembut kepala Anis terlebih dahulu. Wajah anis bertukar kemerah-merahan kerana malu.

Anis dah ada something tu. update awal, ada nak buat nanti :-) terima kasih yang sudah komen positif dan bintang ye terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience