Offer

Drama Series 421991

"Makan", arah Arif sejurus selepas pelayan berbangsa India itu meletakkan sepinggan mee goreng dengan potongan ayam ke atas meja kami. Aku terpinga.

"Bukan boss punya?", tanyaku dengan pandangan penuh tanda tanya.

"Aku dah makan. Kau makan la. Aku tengok kau penat sangat", jawab Arif lembut. Sesungguhnya dengan alunan suara Arif begitu membuat hatiku tenang tapi bila datang angin puting beliung, aku rasa nak terbang.

Aku mengeluh, bukan aku tak berselera tapi aku penat. Jadi selera pun ke laut. Bantal lagi penting. Terbayang bayang keempukan tilam bercadar abstrak hitam putih di bilik kecil aku. Walaupun katil bersaiz bujang, itu cukup melegakan tubuh lesuku.

"Cepat makan, nanti aku hantar balik", tambah Arif seolah memujuk aku supaya makan. Ya, aku tak seperti dulu. Berselera saja bila nampak makanan. Terutamanya aroma kopi, boleh buat air liurku menitis.

"Apa nak hantar hantar ni,Ā  tak payah. Housemate saya kat meja sana tu. Nanti saya balik dengan dia", kataku menuding ke meja Joy. Kebetulan Joy dan Aedy sedang memandang pada kami - mengumpat aku la tu.

"Kau makan, aku pergi sana jap", ujar Arif bangun dari kerusi.

"Eh.. kenapa?", soalku melangut pandangan padanya.

"Makan je la", arahnya dan meneruskan langkah ke meja Joy. Tak sempat aku nak menarik tangannya.

Mataku hanya memerhatikan mereka bertiga sambil menyuap sedikit demi sedikit. Sedap mee goreng mamak ni. Aku menyuap sekadar yang aku mampu untuk makan.

Arif siap berjabat tangan dengan Aedy kemudian duduk semeja macam kenal sangat. Berbual pun mesra je. Arif ni kalau datang angin baik, memang sangat mesra dengan orang. Kemudian mereka bertiga menghampiri meja aku. Arif duduk di kerusi tadi.

"Enjoy your night babe!",Ā  kata Joy sewaktu melepasi mejaku, tersenyum penuh makna. Sempat juga dia tepuk bahuku. Aku rasa macam nak tercekik ketulan ayam yang sedang kukunyah bila Aedy mengenyit mata dengan penuh makna. Aku pandang pada Arif yang melambai pada pasangan tersebut.

Sampai hati korangkan tinggalkan aku dengan Arif.

"Weii.. tunggu aku", rayuku. Namun, lakonanku tak menjadi. Sia sia saja. Aedy dan Joy tak terkesan pun.

"Ish.. kau ni. Biarlah diorang. Aku hantar kau karang. Habiskan dalam pinggan tu". Arif menghidupkan sebatang rokok selepas berkata demikian. Mataku memandang saja Mitsubishi Evo milik Aedy berlalu pergi.

"Gaji kau berapa?", tanya Arif membuatkan aku terpaksa membuka mulut. Aku kalau penat, memang malas nak buat apa apa. Nak melentang je, berdengkur.

"Seribu. Kadang kadang lebih sikit kalau buat full shift atau ganti orang, buat OT", jawabku perlahan dan satu satu.

"Hmmmm... cukup?", tanyanya lagi, mengangkat kening.

Aku ketawa kecil, kira sendiri la Arif. Sungguhpun aku menumpang di rumah Joy, aku bayar juga sewa bilik dan bil - separuh sorang. Duit beli barangan dapur pun begitu. Aku tahu la daddy Joy tu kaya dan aku bukanlah parasit. Takkan nak semuanya gratis. Adakalanya Aedy yang keluarkan duit ketika kami berbelanja, itu kira bonus.

"Ada saving tak?".

Terus tersedak aku bila dia tanya tentang simpanan. Aku menarik nafas sebelum menjawab.

"Ada sikit"

"Esok kerja?". Aku mengangguk.

"Joy kata jarang kau cuti", ujar Arif mencuri pandang padaku sesekali. Aku perasan tu. Aku tau la muka aku berminyak.

"Baru kerja, nak cuti apa. Bukan syarikat bapa saya", balasku cuba bercanda dengan nada sarkastik.

"Maksud aku, cuti sehari dalam seminggu", terang Arif.

"Ohhh.. tak cukup orang", jawabku berdalih walaupun sebenarnya aku yang tak nak bercuti. Tak mungkin aku akan bercerita yang aku sedang mengumpul duit untuk buat deposit beli kereta. Aku tak mahu la asyik menyusahkan Joy dan Aedy. Dapat beli kereta second hand pun jadi la.

Dan takkan aku nak mengadu yang adik aku nak aku sponsor hantarannya. Dan bukanlah lagi rahsia jika aku bercerita bila aku nak ambil cuti untuk temujanji doktor dan kenduri adik aku nanti.

"Kau nak kerja dengan aku?", ujar Arif menghembus asap berbentuk O ke atas.

"Ke.. kerja apa?", soalku curiga. Mula teringat kata kata Joy dan sengihan Aedy.. diorang jual aku kat Arif ke?

"Jadi PA aku", jawabnya serius. Tangannya mengusap pipi yang dipenuhi jambang nipis.

Aku ketawa. Setakat jadi pengarah nak ambil PA?

"Boss... boss tu bukan pengarah filem atau drama macam Michael Ang. Bukannya famous top star macam Aaron Aziz, Remy Ishak atau Siti Nurhaliza. Tak payah la nak create job semata mata nak bantu saya", ujarku sedikit sinis. Aku tak mahu Arif tolong aku lagi. Masa intern, dia selamatkan aku dari mati kebosanan di pejabat Mr. Yong. Sekarang dia nak wujudkan satu kerja buat aku pula.

"Kau ni... underestimate aku kan? Aku ni tak cukup masa nak uruskan appoinments, calls, accounts, dengan orang tax kejar aku lagi. Aku penat. Aku baru nak rehat, orang sana call nak jumpa, orang sini call ingatkan appoinment. Dengan bank call offer loan lagi. Tu belum lagi scammer call kata aku ada saman. Aku penat tau".

Penat? Dah tu apsal kau ajak aku melepak. Pergi la rehat kat rumah, golek golek atas katil sambil peluk bantal. Peluk awek ke, opss....

Baki mee goreng yang belum habis aku kuis dalam pinggan, diam tak bersuara.

"Nak tak?"

Aku cuba berfikir tapi tak mampu. Tubuh aku penat.

"Kau risau soal gaji ke?

Aku mengangkat muka, memandang Arif.

"Dengar gaji terus pandang aku ye? Kau nak berapa?"

Aku mengangkat bahu. Mana la aku tau hal hal gaji ni, lagipun aku kan baru bekerja, sekadar jadi pembantu kedai pulak tu. Sekarang ditawarkan sebagai Personal Assistant. Aku bukannya ambil jurusan secretarial. Majlis graduasi aku pun belum diadakan lagi. Aku tak tau apa yang PA perlu buat.

"Kenapa kau tak riuh macam selalu? Putus cinta eh?", soal Arif mencuit pipi aku yang tak berapa gebu katanya tadi.

Buntang mata aku bila Arif buat begitu. Aku menggeleng. Bila masa pula aku bercinta.

"Saya penat. Dah banyak minggu full day", aduku sambil mengerling jam di tangannya. Selalunya waktu ni aku dah lama hanyut di lautan mimpi.

"Cuti la esok", pujuk Arif.

Aku menggeleng, "mana boleh main cuti je. Siapa nak cover tempat saya".

"Nak balik?"

Aku mengangguk.

"Habiskan dulu tu". Berkerut hidung aku bila diarahkan begitu. Aku muncungkan bibir sambil menggeleng.

"Ok ok. Aku gi bayar jap", kata Arif mengambil cebisan kertas bawah cawannya. Di situ telah tercatat jumlah yang perlu dibayar.

"Ni tau ke saya tinggal mana?", soalku bila Arif terus membelok ke jalan utama. Nampak yakin sangat akan jalan yang dipilih.

"Tau la. Joy dah bagitau blok mana, taman mana, tingkat berapa, bilik yang mana. Cadar warna apa, langsir apa", jawab Arif mengenyit mata. Eh eh.. orang tua ni.

"Detail camtu sekali? Pandai boss korek rahsia", sindir aku.

"Mesti la. Aedy tu tinggal sekali ke?"

Soalan itu buat aku terdiam. Dengan nada suara yang dilontarkan, aku tak pasti apa jawapan yang aku harus beri. Arif ni pemikiran terbuka atau tak. Tapi melihat dari gaya hidupnya...

"Kadang kadang je dia tidur situ. Dia ada rumah sendiri", jawabku bersahaja. Padahal boleh dikatakan seminggu tu tiga empat hari juga aku tidur memakai headphone. Akibatnya aku terlajak bangun.

"Dah ada rumah sendiri, kenapa nak tidur rumah korang?", soal Arif. Aku tau dia cuba mengorek rahsia. Memang aku tak jawab la soalan berbaur begitu. Membuka pekung di dada.

"Ala boss ni. Mana la saya tau, takkan saya nak tanya pula..", dalihku.

"Kau okay ke? Aedy tak usik kau?". Aku dah agak, mesti ke sini tujuan soalan Arif. Risau sangat la kat aku. Dia lupa kot aku pernah belasah orang.

"Saya ni buruk la. Takde siapa yang nak pun...", luahku nada kecewa. Ya aku kecewa. Luka itu masih ada.

Arif menggeleng kepala dengan jawapan aku. Dihidupkan radio dengan alunan muzik sentimental, bukan genre yang aku gemar tapi aku layankan saja. Melihat Arif seperti biasa dengan laluan yang diambil, aku biarkan dia. Mata semakin berat dengan badan yang sudah lesu, perut kenyang, suhu dingin dalam kereta serta alunan muzik yang menenangkan - tanpa sedar perlahan lahan aku menutup mata.

******

"Best malam tadi?", tanya Joy sebaik terlihat aku keluar dari kamar mandi . Dia mendekati aku. Jari telunjuknya sengaja dilalukan atas kulitku. Aku yang hanya bertuala dari paras dada ke paha, sementara kepala berbungkus dengan tuala kecil mengelak dari terus disentuh begitu. Geli!

Mata Joy liar memerhati tubuhku yang tak bertutup.

"Kau tengok apa?", soalku sambil menepis jari gatal Joy cuba menyentuh leherku yang tak berapa jinjang.

"No hickey?", tanya Joy.

"What? Apa tu?", soalan menjawab soalan. Berkerut dahi aku pagi pagi ni.

"Lovebite", jawab Joy tersengih, menganjing la tu.

"Ha???". Nyaris tersembur air masak yang aku minum.

"Erm.. Arif tak jadi drakula ke semalam", usik Joy sambil mengetap ngetap bibir.

"Hantu kau Joy!". Ishh... ingatkan apa. Boleh pula fikir ke situ.

"Kau baru balik kan??". Joy masih tak berpuas hati.

"So?".

"Kau overnight dengan dia la kan? Takkan takde apa apa", terang Joy maksud tersembunyi kepada soalan soalan yang diberi tadi.

Aku berlalu meninggalkan Joy. Tak kuasa nakĀ  melayan. Aku masuk bilik, pintu kututup. Baru aku longgarkan tuala, Joy membuka pintu. Cepat cepat aku tarik tuala rapat ke dada

"Oii.. aku nak pakai baju la. Kau dah kenapa?", jeritku pagi pagi buta.

"Ha..... Mesti arif buat in between your boobs kan? Ke between your leg? Best kan? Best kan??", ujar Joy mendekati aku dengan mimik muka miang umpama kucing nak mengawan.

"Apa? Woii.. apa tarik tarik tuala aku", kataku menepis tangan Joy yang dah umpama sotong. Patut la Aedy selalu melolong lolong dalam bilik, entah apa dia buat kat mamat tu.

"Kau tak buat apa apa dgn Arif?", soal Joy hairan bila tualaku hampir terlondeh. Dan dia nampak sebahagian.

"Nope. Why must I?". Aku pun pelik dengan soalan Joy.

"Dia hot dude beb. Kalau takde Aedy, aku dah try dia", bisik Joy tersenyum simpul penuh makna.

"Euwww... dah tua la", bidasku.

"Tua la best. Banyak pengalaman tu", usik Joy.

"He was my boss. My boss, ok? Itu je. Puas?".

Joy mencebik, "Boss konon. Pirah!!!".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience