(novantauno) 91

Other Series 152486

"Kau balik, atau aku yang cari kau." suara si ibu masih jelas di pendengarannya.

Keinginan keluarga cuba dipenuhinya setiap kali.. Setiap kali.. Tetapi mengapa, satu pun keinginannya langsung tidak diendahkan?

Tidak pernah dia meminta atau berharapkan apa-apapun selama ini. Jadi mengapa..

Apakah begitu payah permintaanya yang satu ini?

"Ma please jangan paksa Isya. Isya tak nak mama.. isya tak nak kawin." tuturnya lembut.

Air mata yang sudah menitis di pipi disekanya lembut sambil membuang pandangan ke luar balkoni rumah sewanya.

"Kamu jangan pentingkan diri boleh tak?! Dato Adham akan beli company kita jika kamu setuju dengan pinangan mereka. Apa yang susah sangat?!" sedikit meninggi suara Puan Alia mendesak si anak.

Kedudukan keluarga mereka kini terancam. Hutang yang bertimbun dan company yang hampir bankrupt menyebabkan mereka ketandusan akal bagi mengelakkan isu itu.

Satu-satunya cara adalah dengan mengahwinkan anak tunggal wanita mereka, Aisyah dengan anak kepada Dato Adham dan isteri kerana si teruna sudah lama tergila-gilakan Aisyah.

Seluruh hidupnya menjadi taruhan.

"Kamu balik jugak hujung minggu ni.. atau aku tak ada anak nama Aisyah." kata-kata si ibu menggamamkannya.

Mereka terdiam agak lama sebelum kedengaran Pn Alia mengeluh berat di sebelah sana talian.

"Syah.. dengar cakap mama." wanita itu berjeda sebentar.

"Kamu satu-satunya harapan keluarga kita.. kalau kamu tak nak jugak, kita akan jatuh miskin.. rumah kita akan dilelong, syarikat papa dan abang pun akan bankrupt. Kos perbelanjaan belajar kamu dan adik-adik, kos perubatan nenek lagi..kamu tak pedulikan ke nasib keluarga kite?" suara Pn Alia mulai keruh.

Cuba bertolak ansur.

"Atau kamu sudah ade sesiapa yang penting dalam hidup kamu?" soalnya lagi.

Aisyah terdiam. Raut wajah beku si pujaan hati bermain di kotak mindanya. Betulkah dia punya peluang untuk bersama jejaka itu?

Layakkah mereka bersama? Adakah dia berkesempatan meluahkan rasa hati sedangkan lelaki itu sudah hilang entah ke mana? Aisyah buntu buat sekian kalinya..

'Mungkin aku terlalu memikirkan dia.. aku perlu move on. Aku tak boleh terus-terusan mengharapkan perkara yang tidak pasti.'

Berat hatinya dengan keputusan yang hendak dibuat. Tak semena-mena, air matanya bertakung kembali, menunggu masa untuk tumpah.

Nafas ditarik dalam, cuba menenangkan diri dan reda dengan segalanya.

"Baiklah ma.. Isya akan balik hujung minggu ni." ucapnya perlahan.

Didengarinya ucap syukur si ibu di dalam talian. 'Ya.. mungkin inilah yang terbaik untuk aku.'

'Untuk semua orang..'

"Ma, Isya letak dulu ye. Assalamualaikum." talian lekas saja ditamatkan. Esak tangisnya sudah tidak dapat ditahan, mulai bergema memenuhi kesunyian blik itu.

Lara sudah pun ke biliknya tadi, dapatlah dia melayan perasaan malam ini. Menenangkan diri dan bertawakkal dengan segala keputusannya.

Frame gambar mereka dilihatnya di tepi meja kopi sambil duduk di birai katil.

Gambar Zen, Aleena, Lara dan dia semasa di taman hijau berdekatan U mereka. Lelaki tanpa senyuman itulah yang selalu menarik perhatianya, yang menambat hatinya.

'Nampaknya kita tak boleh bersama Zen.. walaupun hanya sekadar di dalam mimpi.. saya akan berkawin dengan seorang lelaki..'

'..dan ianya bukan awak.'

Air mata Aisyah gugur lagi malam itu. Memikirkan masa depannya yang tidak pernah dia jangkakan.

~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience