BAB 8

Humor Completed 8905

Hari ni aku pulang lebih lewat dari biasa kerana terdapat beberapa masalah di tapak projek binaan syarikat tempat aku bekerja. Aku ditugaskan untuk meninjau dan meneliti kerosakan besar yang terdapat di situ sehingga sedar tak sedar, waktu sudah beransur malam.

Aku hairan melihat rumahku yang masih terang-benderang walaupun jam sudah menunjukkan angka 12 . Ish, membazir elektrik betul lah Norman ni. Rungutku di dalam hati.

" Kau pergi mana malam-malam buta baru balik?!" Aku tersentak apabila suara mak bergema sebaik sahaja aku memasuki ruang tamu rumah. Kelihatan ibuku sedang bercekak pinggang memandangku. Norman hanya duduk diam di situ.

" Mak! Bila mak datang?Kenapa mak tak cakap dulu kat Yah yang mak nak datang?" Aku terus menyalami ibuku.Aku tidak sangka ibuku akan mengunjungi aku tiba-tiba tanpa memaklumkan dulu. Ni mesti ibuku nak buat spot check apabila melihat wajah bengangnya.Ini yang aku tak suka ni .

" Kau tahu tak dah pukul berapa sekarang?" Suara ibuku semakin meninggi. Aku tersenyum kelat .Mula la tu nak membebel.

" Mak, Yah baru balik kerja la..ada hal sikit tadi..," jawabku malas. Memang terkantoi habislah kerana aku melanggar perintah ibuku supaya aku tidak bekerja.

" Yah! Siapa suruh kau kerja hah?! Ooo kau kerja lepas tu kau biar suami kau jaga rumah ye? Kau suruh dia masak, basuh baju dalam kau ye?!" Berdesing telingaku mendengar hentaman kata-kata dari ibuku. Aku memandang geram pada Norman. Kurang asam punya Norman, sesuka hati dia mengadu kat mak aku.

" Mak..Burd tak salah mak..saya yang setuju dia pergi kerja .Kerja-kerja rumah ni saya yang nak buat..," Norman menyampuk .Mungkin memahami maksud jelingan tajamku terhadapnya.

" Kau diam Norman!" Norman tergamam mendengar tengkingan ibuku.Dia kembali duduk.Ternyata ibuku benar-benar marah.

"Mak tak suka kalau anak mak sendiri buat suami macam tu! Mak tak pernah ajar kau derhaka pada suami! Mak tak pernah ajar kau jadi jantan! Keluar kerja sampai balik lewat-lewat malam!Kau nak jadi apa hah?!" Amarah ibuku kian menjadi-jadi.

" Mak! Kenapa mak cakap macam tu? Yah bukan buat kerja jahat pun. Yah cuma nak kejar cita-cita Yah.Norman bagi Yah kerja, kira dah dapat keizinan suami la..jadi, Yah tak dikira derhaka la.." aku menjawab. Aku tidak akan sesekali berdiam diri .

" Ooo pandai kau menjawab sekarang ye..kau tu tahu sangat ke hukum agama? Tak kira, lepas ni kau mesti berhenti kerja! Kau kena tunjuk sikit yang kau tu dah jadi bini orang. Kerja rumah tu kau je yang kena buat, bukan Norman! Ubah sikit pakaian kau tu. Kau tu bukan jantan Badariah oiii..kau tu perempuan..perempuan! Kau tak malu dengan jiran-jiran ke?!" Hatiku semakin panas mendengar bebelan ibuku yang benar-benar menghinaku. Sampai hati ibuku menghina anak dia sendiri tetapi menantu dibela.Aku merengus geram.

" Mak! Dulu mak yang paksa Yah kahwin kan?! Yah tak nak pun,mak paksa jugak. So, sekarang jangan salahkan Yah kalau dah jadi macam ni.Yah pun ada hak nak tentukan hidup Yah sendiri. Yah dah besar mak, bukan budak-budak lagi! Mak ingat Yah suka sangat ke kahwin dengan budak lembik nih? Dahla lembik, pengecut pulak tuh! Sebab tu senang kena buli kat bini! Entah-entah dia ni pondan!"

" Panggg!!!!" Satu tamparan hebat mengenai pipiku sebaik sahaja aku habis mengungkapkan kata-kata itu. Aku terkesima . Aku perlahan-lahan mengusap pipiku yang terasa perit. Aku memandang tajam wajah ibuku dan Norman silih berganti. Norman turut tergaman melihat tindakan spontan ibuku.

" Mak tak pernah ajar kau jadi kurang ajar macam ni! Apa dosa dia pada kau sampai kau hina dia macam tu? Cepat minta maaf dengan Norman!" Sebak ibuku menuturkan kata-kata. Dia benar-benar kecewa dengan diriku. Air mataku turut tumpah.

Arghh..persetankan semua ini! Ibuku sudah tidak sayangkan aku lagi, dia lebih sayangkan Norman dari aku! Tanpa memandang ke belakang, aku terus berlari keluar dari rumah itu dan mendapatkan keretaku .Aku nekad, malam ini aku akan pergi jauh dari sini! Pergi jauh dari Norman, budak nerd telah menjadi orang yang paling aku benci kini!!

" Yah, kau nak pergi ke mana tu?!"

" Burd, jangan pergi!"

"Burd!" Sahutan demi sahutan daripada kedua-duanya tidak aku pedulikan lagi. Mereka cuba menghalang aku pergi namun langsung aku tidak hiraukan . Aku memandu laju meninggalkan mereka .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience