BAB 13

Family Completed 4130

Mereka semua selamat sampai di shopping complex kepunyaan Tuan Izz. Selepas dia menjamu seleranya di salah sebuah restoran terkemuka di shopping complex itu, dia terus sahaja membawa dirinya ke setiap pelusuk kedai-kedai yang terdapat di situ.

Setiap kedai, ada sahaja barang-barang yang dibelinya. Entah kenapa. Baginya, membeli belah ini boleh membuat hatinya yang sunyi menjadi sedikit terisi walaupun sedikit. Sebab itu semua pengawal peribadinya dikerahkan untuk menjadi tukang bawa barang-barang beliannya. Bukan main banyak. Kalau boleh siap bawa trolley.

Setelah selesai membeli belah, mereka semua terus pulang ke villa besar Tuan Izz. Semua barang-barang belian dimasukkan ke bilik khas Tuan Izz. Tuan Izz hanya duduk di sofa besar yang terletak di ruang tamu. Matanya melihat semua pengawal-pengawalnya membuat kerja memasukkan barang-barang yang baru sahaja dibelinya.

"Tuan Izz. Semua barang sudah dimasukkan tempat biasa. Kami semua akan kembali ke markas."

Tuan Izz hanya menganggukkan kepalanya sebelum Otman menutup pintu besar utama. Diam. Sunyi. Itu yang dia rasa saat ini.

Tuan Izz merehatkan kepalanya dengan meletakkan di atas bahu sofa itu sambil menutup kelopak matanya seketika. Bagaimanakah dia mahu mencari secebis kegembiraan di dunia yang penuh dengan tipu muslihat ini? Akan adakah tempat itu?

Dengan keluhan yang berat, Tuan Izz mengangkat dirinya untuk berjalan ke bilik khas di mana barang-barang belian ditempatkan. Dibukanya satu persatu barang-barang itu.

Satu skluptur angsa cantik yang dibeli di kedai perhiasan rumah. Sungguh cantik. Tapi... pegangannya tiba-tiba terlepas. Skluptur angsa tadi juga terjatuh ke atas lantai.

"Aghhhhh! I hate myself!!"

Dinding cermin yang hampir dengan dirinya di tumbuk dengan tangannya kuat berkali-kali. Tidak cukup dengan itu, dahinya juga turut di hentakkan di dinding cermin itu. Setelah puas, dia menatap dirinya sendiri dari pantulan cermin di hadapannya kini. Tanpa pamitan, air mata lelaki keluar dari matanya.

Air mata kesunyian. Dia adalah lelaki yang mempunyai banyak harta, malah masih dapat mengekalkan posisinya di dalam senarai jutawan terkenal di Malaysia. Namun, buat apa banyak harta kalau hati lelakinya sunyi. Teramat sunyi. Tidak ada secebis kegembiraan yang dapat disalurkan kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience