Pagi itu Akmal keluar bersama Isha memandangkan kedua-dua mereka cuti. Kereta yang dipandu Akmal memasuki jalan Tun Abdul Rahman dan membelok ke arah kedai makan yang terletak di tepi tasik. “Kita nak kemana ni?” soal Isha kebingungan. “Nak pergi makanlah. Takkan karaoke pulak!” balas Akmal padanya. Sampai sahaja di kedai itu mereka mengambil tempat yang agak jauh dari orang ramai. Seperti yang telah diduga, sekumpulan lelaki yang makan disitu tidak berkelip memandang Isha. Mereka hanya memalingkan wajah ke lain setelah direnung tajam oleh Akmal. Akmal cemburu jika lelaki lain memandang apatah lagi bercakap dengan Isha. Dia sendiri aneh dengan perasaannya. Mungkin dia sudah dapat meneka perasaannya terhadap Isha. Ya. Dia mahu Isha menjadi miliknya. Tapi bila dia sendiri tidak tahu.mereka memesan makanan setelah seorang pekerja datang mengambil pesanan. Setelah makanan sampai, mereka menjamah dengan penuh selera. Akmal hanya memerhati gelagat Isha ketika makan. Ada satu perkara yang membuatkannya membawa Isha ke situ. Soal hatinya. Mungkin dia perlu berterus terang sebelum orang lain merebut gadis itu. Ya. Dia yakin dengan kata hatinya. “Isha.” panggil Akmal perlahan. Isha pantas mengalih pandangannya ke arah Akmal dengan matanya yang bundar itu. “Er.. I ada something nak bagi tahu you.” Akmal memulakan perbualan. “Bagi tahu apa? Macam penting je.” balas Isha ringkas. “Memang penting.” Akmal menjawab. Jantungnya sudah mula berdegup kencang. Dia takut jika memberi tahu Isha tentang perasaannya, gadis itu akan lebih jauh darinya kerana Isha pernah memberitahunya dia belum bersedia untuk bercinta kerana pernah dikecewakan dahulu. Tapi dia nekad. Dia tetap ingin meneruskan niatnya itu. Dia memberanikan dirinya. “Pasal kita.” Akmal mambalas. Isha yang sedang enak menikmati makanan itu tiba-tiba terkedu dan berhenti menguyah. “Maksud you? I tak faham.” Isha membalas. “I suka you.. Err... First time I tengok you I dah mula suka you. Tapi I pendam perasaan I sebab I takut you tolak I.” Akmal akhirnya berterus terang. ‘Suka? Dia pun rasa apa yang aku rasa ke?’ soalnya dalam hati. “Habis tu sekarang, you tak takut I tolak you?” Isha cuba menduga hati Akmal. “I dah nekad. I nak jugak terus terang dengan you hari ni. I tak nak peluang yang I dapat ni I sia-siakan macam tu je.” balas Akmal. “So. Apa jawapan you?” soalnya lagi. “I’m sorry but i think i kena fikir dulu. I harap you boleh tunggu lah jawapan I even lama mana pun.” Isha menjawab. “I akan tunggu you. Even I kena korbankan masa depan I pun I akan buat. Please! I need you.” Pinta Akmal penuh pengharapan. “I tak suruh pun you korbankan masa depan you. Tu dah teruk sangat tu!” balas Isha sambil ketawa. “Mungkin you ingat I main-main tapi tak. I akan buat kalau terpaksa. Demi you!” jelas Akmal sehingga membuatkan Isha tersedak makanan yang dimakannya. “Isha! You okey tak ni? Minum air ni. Makan tu elok-eloklah.” Kata Akmal. “Apa I pulak? You yang buat I tersedak.” balas Isha.. “Oh yeke. Sorry!” Akmal meminta maaf. Isha tiba-tiba ketawa. “Kenapa you ketawa?’ soal Akmal kehairanan. “Tak adalah. You ni kelakar lah. Sanggup korbankan masa depan demi cinta. Hebat jugak cinta you dekat I kan?” Isha membalas. “Kan I dah cakap. I tak main-main. I serius nak jadikan you isteri I.” Akmal akhirnya jujur. Kali ini Isha benar-benar terdiam. Isteri? Status yang bakal merubah kehidupannya. Sudah bersediakah dia? Mampukah dia menghadapi liku-liku dalam membina mahligai bahagia? Isha menjadi fobia apabila mendengar cerita rakan-rakannya yang menghadapi masalah rumah tangga dan mengambil jalan untuk bercerai sebagai penyelesaian akhir. Dia sedar bahawa jodoh dan takdir hidupnya telah tersurat tetapi sebolehnya dia tidak mahu perkara yang sama terjadi pada dirinya. Lamunanya dibawa pergi oleh suara Akmal yang menyapanya. “Isha. You berangan ke? You nampak apa dalam angan-angan you tu? Haha.” soal Akmal sambil mentertawakan Isha. Isha menjeling ke arah Akmal. “Bukan apa. I still tak ready lagi nak kahwin. I tak nak title janda tu jadi kat diri I. I takut semua tu.” Isha berterus terang. “Insyaallah. I akan cuba jadi suami yang baik. I akan bahagiakan you seboleh yang mungkin.”Akmal meyakinkan Isha. Isha tersenyum mendengar jawapan Akmal itu. Dengan perlahan Akmal mengeluarkan kotak kecil berisi cincin zhulian bertatahkan berlian yang sangat cantik di dalamnya. Dia membuka kotak itu di hadapan Isha dengan perlahan. “Apa ni Akmal? Untuk apa ni?” soal Isha penuh tanda tanya. “Kalau you sudi terima I. U pakai cincin ni.” balas Akmal tenang. Isha berfikir sejenak. Bukankah ini yang diimpikan selama ini? Dia akui yang dia juga menaruh hati pada lelaki itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menerima cincin tersebut setelah mendengar suara hatinya. Dia yakin lelaki itu adalah pilihannya.
Lamunan Isha terhenti apabila mendengar bunyi kereta di hadapan rumahnya. Dia dapat mengagak yang ibu dan ayahnya sudah pulang. ‘Tapi siapa yang ambik ayah dengan ibu dekat airport? Setahu aku hari ni Pak Mail cuti.’ Katanya dalam hati. Dia pantas menuju ke ruang tamu untuk menyambut ibu dan ayahnya. Kelihatan abangnya sedang mengeluarkan barang-barang daripada bonet kereta. ‘Oh! Mesti abang yang ambik ibu dengan ayah.’ Bisik hatinya. Setelah bersalaman dengan ibu dan ayahnya, Isha kembali ke biliknya. Dia membelek-belek cincin yang dihadiahkan Akmal kepadanya kelmarin. Tiba-tiba daun pintu terkuak dan abangnya berdiri di situ. “Ha!” sergah Aizal. “Oh mak engkau meletup!” latah Isha dengan pantas. “Hahaha.” terburai ketawa Aizal melihat aksi adiknya itu. “Ish abang ni! perangai macam mintak penumbuk Isha je!” balas Isha. “Amboi.. sejak dah ada buah hati ni dah pandai nak tumbuk orang.” Kata abangnya dengan nada sindir. “Apa abang merepek ni? Siapa cakap? Tak baik tau tuduh-tuduh.” Isha membalas. “Ala. Tak payah nak sorok la. Ingat abang ni budak-budak ke? Tu kat jari Isha tu apa? Takkan Nia yang bagi kan. Mesti kekasih bagi.” usik Aizal sambil melirikkan matanya ke arah adiknya itu. Mukanya sudah mula merah padam. Dia pantas menutup mukanya dengan bantal dan menolak abangnya. Aizal hanya ketawa melihat telatah adiknya. Dia memang suka mengusik adiknya yang seorang itu. Dia lebih rapat dengan Isya berbanding Arizza kerana jarak umur mereka hanya dua tahun. “Stop it! Dah. Keluar sekarang!” arah Isha pada abangnya. Sikapnya itu semakin membuatkan Aizal seronok mengusiknya. “Betul ni suruh abang keluar? Tak menyesal? Baru nak cakap yang tadi Akmal ada call abang. Dia tanya pasal Isha. Since Isha dah halau abang keluar.. Tak apalah.” Aizal cuba mengumpan perhatian adiknya. “Stop! Apa? Akmal call? Dia cakap apa?” soalnya penuh minat. “Eh, tadi bukan halau abang ke?” balas Aizal. “Okey-okey. Sorry.” Isha meminta maaf. “Dia tanya, kekasih dia kat sini okey tak? Abang cakap lah tak.”balasnya selamba. Isha kurang berpuas hati dengan jawapan abangnya itu. Dia pantas bertanya. “Kenapa pulak tak okey?” “Sebab dari kelmarin dia asyik belek cincin kat jari dia macam orang dah angau. Hahaha!” Aizal pantas melarikan diri setelah menjawab soalan adiknya. Bantal yang dibaling Isha ke arah abangya pergi tepat di belakang Aizal dan jatuh di atas lantai. Isha masih mendengar suara abangnya yang mentertawakannya di dapur. Dia segera menutup pintu bilik supaya abangnya tidak kembali. Dia benar-benar terkena dengan abangnya hari ini.
Share this novel