empat puluh lapan

Romance Series 207196

"I need to go. Jangan ke mana-mana faham?"

Khalish membetulkan kancing di lengan kemejanya sambil menjeling Shira sekilas di atas katil mereka, masih berselubung dengan selimut tebal hotel.

"Ala.. awal lagi.. perlu ke abang pergi awal-awal?" rengeknya manja. Hanya kepala dan jari-jemarinya saja yang kelihatan dek selimut yang menutupi diri.

Pagi itu hujan selebat-lebatnya. Shira yang sememangnya kepenatan dengan perjalanan dan bermandi riang bersama Khalish semalam kembali tidur semula selepas solat subuh tadi.

Kini, Khalish pula perlu menghadiri mesyuaratnya. Meninggalkan dia..

"Hmm.." angguk Khalish sekali tanpa memandang. Rambut yang hampir menutupi pangkal anak mata itu disikat kemas di hadapan cermin.

Beg bimbit diambil dan juga dompet serta phone nya, sesekali wajah mencuka yang mamai si isteri di atas katil dikerling melalui cermin dia meja solek.

Argh.. too cute.

"Shira..." panggilnya lembut sebelum mengeluh perlahan.

Sengaja gadis itu tersembik-sembik bagaikan mahu menangis apabila Khalish mahu meninggalkannya. Memujuk..

Khalish meletakkan kembali begnya sebelum melangkah ke arah katil, diduduknya di birai katil.

"Kan abang dah beritahu awal semalam.. hmm?" gumpalan bulat si isteri yang berselubungi selimut itu ditariknya menghampiri.

"Tapi kenapa awal sangat? Lagipun hujan lebat ni.. tak boleh tangguh ke? Please.." pujuk Shira lagi. Wajah penuh pengharapan ditayangkan.

"Mana boleh yang.. abang bukan meeting's chief la." balas Khalish lagi. Buntu mahu memujuk Shira yang bertambah manja tiba-tiba.

"Sayang bukan mengantuk lagi ke? Tidurlah.. rehat, hmm?" selimut di sekeliling tubuh Shira cuba dirungkainya, mahu memeluk wanita itu.

"Kalau abang pergi.. Shira tak mengantuk dah la. Mana boleh tidur abang takde.." adunya pula di dalam pelukan.

Berkerut kening Khalish dengan celoteh Shira sejak tadi lagi. Ada saja perkara mahu diutarakannya agar tak meninggalkan wanita itu berseorangan. Sedangkan semalam, Shira jugalah yang berkata tak mengapa.

Tapi kini..

"Okay.. macam ni." pelukan dileraikan, wajah pucat dan sejuk itu dipegangnya kedua pipi.

"Abang benarkan sayang keluar. But. Jangan jauh-jauh, jangan kawasan yang sunyi.. hmm?" ujarnya lembut, mengharapkan persetujuan Shira.

"Hmm.. kalau macam tu, Shira boleh pergi spa, restoran?" tanyanya teruja.

"Hmm.." Khalish membalas dingin. Malas melayan.

"What about beach? Can I?" rengeknya manja lagi. Kedua tangan sudah melingkar pada leher Khalish.

"No." kendur terus senyuman pada wajah Shira tadi. Bibir mula memuncung, tak puas hati.

"But why?" rengeknya manja, tak puas hati!

"Sebab abang risau la. Kenapa degil sangat ni?" pipi isterinya dikucup-kucup geram. Tak faham bahasa betul!

"Fine.. tapi lepas habis segala urusan abang.. abang janji abang balik terus ye? Bolehkan?" dikerdipkan matanya berkali-kali sebelum mula tersenyum manis apabila memperoleh anggukan dari Khalish.

"Yes! Sayang abang!" si suami dipeluknya sayang, erat!

"Ye ye.. Am late already yang. I need to go now. Hmm?" belakang tubuh si isteri ditepuk-tepuk perlahan sebelum dirungkaikan pelukan mereka.

"Okay!" senyuman manis diberikan Shira.

Khalish bangun dan membetulkan vase pada tubuhnya. Kot dan beg bimbitnya diambil sebelum melangkah ke muka pintu.

"Abang pergi kerja dulu." ujarnya tanpa mengalihkan pandangan.

Kasut kulitnya dipakai cermat sebelum menoleh. Shira sudah sedia ada terpacak di belakangnya dengan keadaan yang..

..menyeksakan?

Glup.

Terbuka sedikit mulutnya memandang atas bawah tubuh di hadapannya kini. Jelas kelihatan halkum jantan itu naik turun meneguk liur dengan 'santapan' paginya itu.

"Kenapa?" tanya Shira manja. Wajah comel ditayangkan sambil jari kaki sudah dimain-mainkan bersama. Sengaja!

"Am.. abang.. am.." gumam Khalish tanpa sebab. Tak terkeluar ayat dari ulas bibirnya.

Mata masih meliar meneroka tubuh Shira yang jelas hanya memakai sehelai t-shirt loose bewarna putih separas pertengahan peha dan berkeadaan...

Ehem. Ehem.

"Memandangkan abang ade keje.. abang pergilah dulu. Shira tunggu abang balik dekat bilik je ek? Okay?" senyuman Shira punya seribu satu makna.

Khalish sudah terkebil-kebil tanpa niat mahu mengalihkan pandangannya tadi mula tersentak dengan kata-kata si isteri.

"Ah ye.. boleh. Ab-abang pergi dulu." pintanya perlahan-lahan. Kaki dirasakan malas saja mahu melangkah keluar dengan keadaan mereka kini.

Damn.

"Okay.. abang bawa kereta tu elok-elok. Jaga diri. Apa-apa call je Shira, faham?" pesannya panjang seraya menyalami tangan Khalish.

"Sure thing darl.." ulas bibir Shira dicarinya tetapi sebelum dapat dicurinya, Shira mengalihkan muka, mengenai pipi kanannya.

Terkekek ketawanya dapat mengenakan Khalish, cemberut wajah itu menatapnya. Merajuk dengan sikap Shira, kaki pantas saja berjalan mahu keluar tetapi sepantas kilat lengannya ditarik semula kebelakang, menghadap Shira.

Chup!

Agak lama Shira leka dengan servis khayal Khalish sebelum lelaki itu meleraikannya. Tersenyum manis Shira dengan keadaan mereka.

"Take care sweet.." kucupan jatuh pada dahi Shira sebelum melangkah keluar.

"Miss you abang.." ucap Shira sambil melambai teruja.

"Hmm.." Khalish mengangguk sebelum menutup pintu.

Tersengih Shira dengan reaksi Khalish tadi. Sengaja dia menukar pakaian selepas subuh tadi. Hehehe.

Tubuhnya dilihat pada cermin di dinding. Sehelai baju yang nipis, bewarna putih dan sedikit sebanyak menyerlahkan warna kulitnya kerana agak jarang.

Tiba-tiba.. dia terperasankan sesuatu..

Oh Gosh.

Tubuh dibaringkan ke atas katil dengan perasaan sebal dan malu yang amat!

'Aduh! Malunya.. kenapa la aku tak check dulu sebelum pakai? Memang teruk betul!' desis hatinya.

'Ah sudahlah! Suami aku bukan orang lain.. Apa nak malu Shira? Sekarang aku nak buat apa ek? Order breakfast la.' phone di meja kopi di sebelah katil dicapainya sebelum melakukan pesanan.

~~~~~~~~~~~~

Khalish pula sudah angau seorang diri. Masuk saja ke dalam lif, terngiang-ngiang tubuh si isteri pada memorinya.

'Urghh.. Why she's wearing like that now? You torturing me sayang..' gumam hatinya geram.

Mana tidak tergugat imannya tadi, keadaan 'braless' dan pakaian jarang itu amat menggiurkannya.

'Aku akan balik awal la nanti.. mana la tahu, ade chance.' angannya sendiri.

'Shirahani Maisarah.. you driving me crazy.'

~~~~~~~~~~~~~~~

Sudah ke angka 9.

Dia sudah peroleh maklumat bilik daripada Darien. Shura berlegar-legar di bahagian dalam hotel dengan niat untuk meninjau keadaan.

Kalau nasibnya baik.. segalanya akan berjalan dengan sangat lancar.

Dan mungkin memang dia seorang yang bernasib baik pada tika itu apabila Shura terlihat kelibat seorang wanita di kafe di bawah hotel itu.

'Senang nye nak jumpa kau kak.' sengihan sinis terukir di bibirnya.

"Hai Long." Shura menyapa Shira yang sedang sibuk dengan morning tea nya. Kelihatan wanita itu hanya berseorangan.

Terjenguk-jenguk juga dia mencari kelibat Khalish, tapi tak kelihatan.

"Eh. Kau buat apa kat sini?" tanya Shira sedikit terkejut.

"Saja.. bercuti. Tak sangka pulak jumpa kau kat sini Long." sengaja dimainkan wataknya.

Shira hanya mengangguk memahami dan tanpa sebarang syak, mereka mula berbual seperti biasa.

'Yen.. aku dah jalankan part aku.. harapnya bahagian kau pulak berjaya.' desis hatinya sambil pada luaran melayan saja bicara si kakak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience