CHAPTER ONE : SAAT AKU KECIL

Vampire Series 2384

*Di tepi kolam.. aku dan ayahku pergi memancing...tetapi cacing kami mati. Jadi, kami mencari cacing di bawah pokok yang besar. Kami namakan pokok itu Pokok Ajaib. Kerana pokok tu tak ada akar. Tetapi pokok itulah pokok kegemaran ayah aku.

"Ayah!Ayah! Tengok ni! Dian dapat cacing!". Aku menjerit kerana jarak aku dan ayah sangat jauh..
"Cacing? Mana? Anak Ayah dapat cacing, yay! ". Ayahku gembira kerana aku mendapat cacing walaupun cacing yang aku dapat tu badan dia terputus kerana terkena cangkul.

"Kejap! Dian datang ni! ". Aku berlari ke arah ayahku dengan gembira sekali.. tiba tiba aku terdengar seseorang memanggil namaku,aku melihat sekeliling. Tiada orang. Kecuali aku dan ayahku sahaja yang berada di kolam itu. Memang pasti bukan suara ayahku kerana suara ayahku lain dari yang lain. Secara tidak sengaja, aku terlanggar batu dan jatuh tergolek masuk ke dalam kolam. "DIAN!!!! ". Ayahku terkejut air mata ayahku menggenang di mata lalu berlari ke arah kolam dan terjun. Ayahku menyelam sedalam mana ayahku dapat.. ayahku tidak menyerah dan tiba tiba ayahku ternampak aku lalu ayahku mencapai tanganku kemudian berenang semula ke darat. Aku tak sedarkan diri. Ayahku panik dan segera memanggil ambulans. 45 minit kemudian, ambulans pun sampai. Beberapa doktor mengangkat aku ke atas katil pesakit dan ayahku juga ikut bersama masuk ke dalam kereta ambulans.

Dalam perjalanan ke hospital, dadaku di tekan sebanyak 25 kali.. namun aku masih belum terbangun..
setelah sampai di hospital, doktor doktor itu mengangkatku dengan segera dimasukkan ke dalam bilik kanak kanak. Aku dibaringkan di atas katil yang berasingan dari yang lain. Kerana takut aku kesesakan nafas. Aku kemudian dipakaikan 'OXYGEN MASK'. Doktor doktor itu sedaya upaya dan tidak berputus asa untuk menyelamatkan seorang kanak kanak perempuan yang berumur 4 tahun.

Ayahku berada diluar menunggu keputusan keadaaan aku.

28 minit kemudian, ayahku diberitahu oleh seorang doktor,bahawa keadaan aku stabil,dan mengingatkan ayahku jangan bawa budak kecil di tepi kolam dengan jarak yang dekat.
Ayahku menangis sambil tersenyum dan memegang tangan doktor dan berkata, "Terima kasih doktor! ". Doktor itu kehairanan dan berkata "Sama sama...". Ayahku pergi masuk ke dalam bilik kanak kanak dan melihat aku yang sedang tidur...

Apa akan jadi seterusnya? *bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience