Rate

1

Humor Series 2272

Location: Los Angeles, California.

"Cik Daleena, selamat kembali." Ucap seorang lelaki tua berusia 50-an. Daleena hanya tersenyum dan mengangguk sambil menarik beg luggage miliknya yang ditolak dari tadi.

"Meh, saya angkatkan."

Daleena menepis tangan Pak Man. Habislah rahsianya terbongkar apabila Pak Man tahu nanti. "Eh, takpe Pak Man saya..boleh angkat." Daleena panik.

"Oh, kalau macamtu takpelah. Jemput masuk, Cik Daleena." Lelaki itu mengorak langkah lalu membukakan pintu untuk majikannya.

Di dalam kereta, mereka berdua senyap tanpa mengeluarkan sepatah suara pun. Maklumlah, dah 3 tahun tak jumpa.

Keluarga Daleena berpindah ke Los Angeles sejak Daleena baru sahaja dilahirkan. Ayahnya anggota polis yang berpangkatkan inspektor. Nyawa keluarga mereka selalu dalam bahaya. Geng 'Tiger' selalu mengekori mereka.

Geng 'Tiger' ialah sebuah kumpulan penjenayah yang paling berbahaya didunia. Mereka diburu kerana mencuri 9, 567, 793 USD, membunuh orang, mengedar lebih 456, 738, 999 dadah setiap hari. Kiranya, pengedar dadah yang terbesar di California ini.

Ayah Daleena, iaitu Inspektor Aziz ditugaskan untuk menangkap geng tersebut. Kini, Daleena juga mengikut jejak langkah ayahnya. Tiada siapa yang tahu rahsianya selain mereka berdua.

Patutlah Daleena seperti ayam yang kehilangan anaknya tadi. Beg luggage miliknya dipenuhi dengan baju dan beberapa laras pistol dan sebilah pisau lipat. Manalah tahu, nyawa sentiasa terancam.

Meskipun begitu, Daleena hidup seperti orang normal juga. Mahu makan, minum, tidur, sedih, kahwin pun ada. Eh, jangan menggatal!

Setelah beberapa minit, kereta velfire itu tiba di sebuah banglo yang tersegam indah.

"Home sweet home." Dia menarik nafas lega. Sudah tiga tahun dia tidak menapakkan kakinya kedalam rumah ini.

"Mama!" Dia memeluk Puan Azlea dengan erat sekali. Sudah terubat rindunya yang selama ini dipendam-pendamkan didalam hati.

Puan Azlea. Wanita yang bergelar isteri kepada Encik Aziz.

"Mama ada masak makanan favourite Daleena. Jom makan." Puan Azlea mempelawa anak tunggalnya makan malam bersama-sama dengannya.

"Udang masak petai ke?"

"Ketam masak cili api?"

"Tak pun ikan siakap tiga rasa." Tanyanya bertubi-tubi. Perutnya sudah membuat konsert 3 hari 3 malam.

"Ta-daa!" Puan Azlea membuka tudung saji yang menutupi makanan kegemaran Daleena kesayangannya.

"Pasta! Dah laaaaaaaaaaaaaaama tak makan ni." Dia terus mengambil sudu dan garfu lalu menjamah hidangan tersebut.

Dia makan dengan laju. Selepas 10 minit kemudian, Daleena membasuh pinggan yang diambilnya tadi.

"Cik Daleena, janganlah basuh pinggan. Nanti puan nampak, dia marah saya pulak." Keluh Mak Limah.

"Sikit je ni. Lagipun, Daleena dah besar." Dia ketawa kecil.

"Dah siap." Dia meletakkan pinggan keatas rak pinggan dan berjalan keluar rumah.

'Aik, aku tak perasan pun ada orang kat sebelah rumah ni. Baru pindah ke?' Detik hatinya.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang kacak keluar memakai baju kemeja putih dan seluar jeans hitam.

Daleena cepat-cepat menyorok. "Hoi!"

Alamak...

************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience